Jangan jadi perampas suami orang kalau anda tidak mahu dihukum Mistress Killer ini!

Wanita ini akan mencari perempuan simpanan itu dan "menghukum" mereka ...

Jika suami anda curang, anda mungkin terasa ingin untuk mencuba perkhidmatan “Mistress Killer” untuk menghukum perampas suami orang tersebut.

Inilah matlamat seorang wanita bernama Zhang Yufeng di China yang dikenali sebagai “Mistress Killer” atau pembunuh perempuan simpanan.

Perkhidmatan yang aneh tapi sangat berjaya ini telah bermula dengan pengalamannya sendiri selepas mendapati suaminya curang. Menurut The Global Times, Yufeng berjaya memburu dan menghukum perampas suami orang tersebut.

Tidak lama kemudian, lebih ramai wanita lain telah meminta bantuan Yufeng untuk membalas dendam.

Selain memburu dan mendedahkan kecurangan si suami, Yufeng juga akan memberi kesempatan kepada si isteri untuk memalukan si perampas suami orang.

perampas suami orang, perempuan simpanan, perempuan simpanan suami

Sumber gambar: tangkap layar dari Shanghai YouTube

Awas perampas suami orang, kini ada Mistress Killer!

Yufeng memberitahu The Global Times dia bertekad untuk menghukum semua perampas suami orang dengan kejam. Yufeng membuat keputusan itu selepas salah seorang wanita yang meminta bantuannya telah membunuh diri.

Bersama dengan 9 rakan lain yang telah mengalami masalah yang sama, Yufeng menubuhkan Fire Phoenix Agency pada tahun 2003. 

Yufeng tidak akan melepaskan perampas suami orang

Perkhidmatan Mistress Killer ini sudah beroperasi hampir 20 tahun. Dengan peningkatan kes perceraian di China, Yufeng berharap perniagaannya akan semakin berjaya. 

Melalui perkhidmatan ini, para isteri mempunyai peluang untuk bertemu muka dengan perampas suami orang.

Di samping itu, Yufeng turut akan memberi petua bagaimana untuk menewaskan perampas suami orang dan cara menghina mereka di depan orang awam. 

Dia percaya isteri-isteri yang menjadi mangsa kecurangan harus meneruskan trend ini. 

perampas suami orang, perempuan simpanan, perempuan simpanan suami

Sumber gambar: tangkap layar dari Shanghai YouTube

5 cara untuk mengetahui sama ada anda mangsa perampas suami orang atau tidak

Di bawah adalah beberapa cara untuk tahu yang suami sendiri curang:

1. Tertiba obses dengan penampilannya 

Kenapa si suami tiba-tiba obses dengan penampilannya. Betul ke pening mencari baju ataupun dia sedang menipu? 

Perhatikan perubahan yang berlaku tiba-tiba, contohnya minyak wangi baru, sibuk nak pergi gim, gaya rambut yang baru ataupun almari penuh dengan pakaian baru. 

2. Tetiba banyak sangat kerja

Kenapa si suami tetiba kerja lewat setiap malam atau selalu traveling je? Sedangkan sebelum ini tak ada pun?

Mengapa si suami tak sempat habiskan kerja dalam masa yang ditetapkan?  Adakah si suami selalu bersikap mempertahankan diri apabila anda bertanya?  

3. Keluar bilik untuk menjawab ‘panggilan penting atau e-mel’ 

Adakah si suami menerima panggilan pada waktu yang pelik-pelik? Kenapa sengaja memperlahankan suara apabila menjawab telefon siap dengan nada yang lembut?

Jaga-jaga kalau si suami tiba-tiba banyak alasan dan perlu keluar dari bilik untuk bercakap berseoranganAdakah si suami selalu menghabis banyak masa bermain handphone, atau membalas message Facebook (tetapi bukan message anda).

4. Tidak benarkan isteri melihat telefonnya  

Kerana tidak mahu rahsianya terbongkar mungkin si suami akan melindungi telefon bimbit, komputer, e-mel dan atau akaun Facebooknya dengan kata laluan.

Tidak membenarkan si isteri untuk memeriksa atau menyentuh telefon atau komputernya biarpun secara tidak sengaja.

5. Tidak melakukan hubungan seks dengan isteri

Satu lagi tanda anda mangsa perampas suami orang – iaitu perubahan kelakuan suami yang berhenti melakukan seks dengan isteri mereka atau ingin seks yang lebih banyak. 

Selain itu, si suami juga boleh bertindak agresif terhadap isterinya. Suka berkelahi dan mencari kesalahan si isteri. Ini mungkin antara tanda-tandanya.

Sekiranya anda mengesyaki suami anda curang, bawa berbincang dulu untuk mengetahui cerita sebenar. Jika anda ingin mencari keadilan untuk diri sendiri, pastikan anda melakukannya dengan cara yang betul.

Kita perlu melihat masalah perkahwinan dari semua arah, maka perampas suami orang bukan hanya orang yang patut dipersalahkan.

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Shanghaiis

Kredit gambar: NextShark

Baca juga:

Lelaki suka curang dengan jenis wanita yang bagaimana?