9 mitos tentang kehamilan yang anda percaya sebelum ini

undefined

Apabila anda hamil, anda mendengar banyak mitos hamil atau pantang larang dari orang sekeliling. Tapi, sejauh mana kebenarannya?

Tentu anda ada banyak mendengar tentang mitos hamil, serta pantang-larang semasa hamil. Tapi, sejauh mana kebenarannya?

Sebagai seorang ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik untuk anak dalam kandungan serta tidak mahu memberi apa-apa kesan negatif kepada si kecil di dalam kandungan.

Tapi, oleh sebab terlalu banyak mitos dan salah maklumat yang diberikan, ia menjadi sukar untuk kita rasa yakin dengan apa yang kita lakukan.

Jadi, ini adalah senarai 9 mitos hamil yang biasa kita dengar. Sama ada ia hanyalah mitos semata-mata atau ada kebenaran di sebaliknya, baca dulu baru anda tahu!

9 mitos hamil: Adakah ia sekadar mitos atau fakta?

1 – Anda tak boleh bersalin normal selepas melakukan pembedahan cesarean.

mitos hamil, mitos kehamilan, kehamilan, hamil, mitos mengandung

Mitos: Ramai wanita yang berkemampuan untuk bersalin normal walaupun selepas melakukan pembedahan ceasarean. Jika anda berminat untuk bersalin normal, bincangkan situasi anda pada doktor. Tentu mereka boleh membantu.

2 – Tak boleh naik kapal terbang semasa trimester pertama atau ketiga

Mitos: Menaiki kapal terbang adalah selamat dan dibenarkan tanpa perlu surat dari doktor sehingga usia kandungan mencecah 36 minggu. Doktor akan menasihatkan anda untuk tidak menaiki penerbangan di minggu-minggu terakhir kandungan, khuatir anda bersalin awal.

Jika anda perlu menaiki kapal terbang, duduk di kerusi sebelah lorong supaya mudah untuk anda pergi ke tandas dan meregangkan kaki. Juga, pastikan anda minum air yang cukup.

3 – Anda patut elak mandi sauna, tab panas atau mandi air panas.

Fakta: Pada awal kehamilan, terutama minggu keempat hingga enam, anda perlu elak menaikkan suhu badan ke 38 darjah atau lebih selama 10 minit atau lebih kerana ia boleh menyebabkan hyperthermia.

Kajian mendapati, hyperthermia boleh menyebabkan abnormal pada otak dan saraf tunjang bayi belum lahir.

4 – Anda patut tidur mengereng sebelah kiri

Mitos: Secara anomali, aorta berada di sebelah kiri badan, tetapi tiada data yang menyarankan tidur sebelah mana yang bagus untuk wanita di akhir kehamilan.

Pilih posisi tidur yang mana paling selesa untuk anda.

5 – Membersihkan tempat tahi kucing berbahaya

mitos hamil, mitos kehamilan, kehamilan, hamil, mitos mengandung

Fakta: Toxoplasmosis adalah parasit yang wujud di dalam tahi kucing. Ia boleh menyebabkan kecacatan kelahiran jika ibu dijangkiti oleh parasit ini.

Jadi, lebih baik untuk anda menjauhkan diri dari tempat tahi kucing sepanjang kehamilan.

6 – Anda tidak patut ambil suntikan selsema semasa hamil

Mitos: Suntikan selsema adalah sangat disarankan semasa hamil. Selsema menjadi lebih berisiko kepada wanita hamil kerana perubahan yang terdapat di dalam sistem imunisasi mereka.

Wanita hamil lebih cenderung untuk mendapat selsema yang teruk hingga ia boleh menyebabkan kelahiran pramatang. Kematian akibat selsema juga selalunya terjadi pada wanita hamil berbanding wanita yang tidak hamil.

7 – Anda hamil selama 9 bulan

Tak semestinya: Tarikh bersalin dikira 40 minggu dari tarikh akhir anda mendapat haid. Kandungan dikira cukup bulan apabila anda mencecah 37 minggu.

8 – Anak dalam kandungan boleh rasa apa yang anda makan

joys of pregnancy

Mitos: Bayi menerima nutrisi melalui aliran darah mereka. Nutrisi diberi dari ibu melalui uri dan kemudian pada tali pusat. Oleh kerana ia tidak meibatkan deria rasa, mereka tidak boleh rasa apa yang ibu mereka makan.

9 – Anak pertama selalunya lambat lahir

Mitos: Ia tidak selalu terjadi. Ada bayi yang juga lahir awal. Tiada cara yang pasti untuk mengetahui sebelum sampai masanya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan : Carolina Parent

Baca juga

https://my.theasianparent.commitos-kehamilan-terbukti-benar

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!