6 Mitos Tentang Pembedahan Caesarean Yang Terbukti Salah Dan Tak Patut Dipercayai!

Rupanya, banyak mitos salah dan tak patut dipercayai oleh ibu-ibu hamil tentang pembedahan caesarean. Mitos ini sengaja disebarkan tanpa bukti pun!

Mitos tentang pembedahan caesarean

Mitos tentang pembedahan caesar selalunya berpunca dari anggapan salah, yang muncul daripada mulut orang yang tak pernah mengalaminya pembedahan ini! 

Ia menyebabkan ramai orang percaya dan ia pun disebar, sehingga menyebabkan stigma negatif di kalangan ibu-ibu.

Tapi ibu-ibu yang pernah menjalani pembedahan, pasti sudah tahu yang kebanyakan mitos ini tidak benar

Namun suara mereka ditenggelamkan komen-komen yang suka memburuk-burukan pembedahan cesarean.

Menurut Huffington Post, inilah 6 mitos tentang pembedahan caesar yang terbukti salah:

#1 Tidak dapat melakukan sentuhan skin-to-skin

pembedahan caesaraen

Tanggapan yang ibu bersalin cara pembedahan caesaraen tak dapat bersentuhan dengan anaknya adalah salah!

Mitos ini sudah tentu tidak benar.

Jika ibu ingin merasai pengalaman skin-to-skin-contact (SSC), jangan segan untuk beritahu doktor.

Anda boleh melakukan SSC sejurus selepas bayi dilahirkan. Apabila doktor sedang menjahit luka pada perut, bayi boleh diletakkan di atas dada ibu.

Daniela Carusi, Pengarah Hospital Obstetrik Brigham & Wanita, berkata dia selalu membenarkan pesakitnya melakukan SSC walaupun pembedahan masih berlangsung.

#2 Tidak boleh mengambil Birth Photography

Pada masa ini, trend tangkap gambar ketika bersalin semakin popular di Malaysia.

Bergantung pada polisi hospital, anda boleh melakukan sesi ambil gambar walaupun anda bersalin secara caesar.

Setiap kelahiran adalah satu keajaiban dan ia patut dibuat kenangan.

Bincang dengan doktor jika anda mahu melakukan sesi bergambar.

#3 Akan ada masalah penyusuan awal

6 Mitos Tentang Pembedahan Caesarean Yang Terbukti Salah Dan Tak Patut Dipercayai!

Mungkin anda pernah dengar, ibu yang melakukan pembedahan caesar akan menghadapi cabaran untuk melakukan penyusuan awal. 

Tapi, Dr. Carusi menafikan mitos palsu ini. Masalah penyusuan boleh berlaku pada sesiapa sahaja, termasuklah pada ibu yang bersalin secara normal.

Dr. Carusi berkongsi cerita beberapa pesakitnya yang berjaya menyusu dengan segera sambil menunggu doktor untuk menyelesaikan prosedur pembedahan.

Menyusukan bayi sebaik sahaja mereka dilahirkan, banyak manfaatnya!

Jika ibu tidak mula menyusu di bilik bersalin, ibu masih boleh menyusu di bilik rawatan selepas dipindahkan ke sana.

Ibu juga boleh meminta ubat tahan sakit yang selamat supaya boleh menghayati pengalaman menyusu pertama dengan selesa.

#4 Ibu tidak sedar semasa pembedahan caesarean

Sekali lagi, mitos ini tidak terbukti

Walaupun jumlah pembedahan semakin meningkat setiap tahun, anestesia semasa pembedahan masih dilarang

Hanya anestesia setempat boleh digunakan seperti suntikan epidural atau ubat bius yang diberi melalui tulang belakang.

Kedua-dua anestesia ini akan mengebaskan bahagian bawah badan ibu yang sentiasa terjaga semasa pembedahan.

Jika anestetia itu kehilangan kesannya, ibu akan merasakan kesakitan yang teruk!

Artikel berkaitan: 4 Masalah Kesihatan Ibu Hamil Punca Pembedahan Caeser Meningkat

#5 Pembedahan caesarean adalah cara mudah untuk ibu yang mementingkan diri sendiri

6 Mitos Tentang Pembedahan Caesarean Yang Terbukti Salah Dan Tak Patut Dipercayai!

Ramai berpendapat ibu-ibu yang memilih untuk melahirkan anak melalui pembedahan hanya kerana gaya atau kerana tak ingin merasakan kesakitan bersalin secara normal. 

Menurut WHO, kebanyakan kes pembedahan hanya berlaku jika terdapat masalah atau kecemasan.

Contohnya kontraksi yang terlalu panjang, bayi yang tenat dalam rahim, ataupun kedudukan bayi yang tidak normal.

Sudah tentu, risiko melahirkan anak melalui pembedahan caeserean jauh lebih tinggi berbanding bersalin secara normal, namun demi keselamatan anak, setiap ibu pasti akan mengambil risiko itu.

Artikle berkaitan: 8 Tip Cara Pulih Selepas Pembedahan Caesar

#6 Ibu tak akan merasa sakit

Mitos ini bukan main lagi.

Memang betul ibu tidak akan merasakan apa-apa semasa dibedah, kerana bahagian bawah tubuhnya telah dibius. 

Namun, apabila kesan bius telah habis, ibu akan merasai kesakitan yang agak ketara kerana pembedahan caeserean masih pembedahan yang besar.

Bahkan sesetengah ibu masih akan berasa sakit pada parut luka beberapa minggu selepas bersalin.

Terdapat juga ibu-ibu yang akan mengalami sakit di bahagian tulang belakang selama bertahun-tahun selepas pembedahan!

Jadi, mitos tidak benar sama sekali.

Ha… bagaimana? Ada antara mitos di atas yang anda percaya dulu? 

Lepas ini jangan sewenang-wenangnya percaya sebarang mitos lagi, ya. Mari sama-sama kita memperkayakan ilmu tentang kehamilan dan keibubapaan untuk menjaga si kecil kita ini.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada anda!

Sumber: Huffington Post

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comwanita-bersalin-pembedahan-harus-elak/

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!