7 Tahun Kahwin Tapi Masih Tiada Anak, Miss Nina Tetap Positif & Bahagia

lead image

Mizz Nina dianggap ikon Islamik selepas mengambil keputusan mengenakan hijab meskipun suatu ketika dahulu dia pernah berimej seksi. Apa katanya tentang rezeki masih belum dikurniakan anak?

Siapa yang tak kenal dengan pengacara dan aktivis popular Mizz Nina yang merupakan isteri kepada vokalis Kumpulan Hujan, Noh Salleh ini? Kehidupan mereka banyak memberi inspirasi kepada masyarakat. 

Selepas berkahwin, Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman mula mengenakan hijab dan meninggalkan dunia seni sebagai penyanyi. 

Namun, dalam tempoh perkahwinan itu, mereka diuji apabila masih tidak punya zuriat seperti mana pasangan suami isteri yang lain.

Walaupun dia pernah berasa sensitif bila disoal tentang “bila nak ada anak” itu, namun dia akur dengan ketentuan Ilahi dan tetap positif menunggu ketibaan khabar indah terbabit. 

“Kejayaan seseorang itu adalah akhiratnya ” – Mizz Nina 

mizz nina, mizz nina tak ada anak, mizz nina bahagia, mizz nina tak ada zuriat, mizz nina buat IVF, mizz nina dan noh salleh, noh salleh dan isteri, mizz nina dan suami, penyanyi mizz nina, peribadi mizz nina, mizz nina tetap bahagia, mizz nina nak anak

Menurut Mizz Nina, kejayaan seseorang itu bukan terletak pada tittle suami, isteri atau sama ada kita ada anak atau tidak tapi akhirat adalah segalanya. 

Bagi wanita berusia 38 tahun ini, sukses seseorang itu adalah sejauh mana dia meletakkan sepenuh rasa syukur terhadap pemberian Tuhan kerana apa yang diperlukan oleh manusia itulah yang terbaik dan cukup. 

Walaupun tiada rezeki anak, namun Mizz Nina bersyukur dengan apa seadanya malah kehidupan mereka suami isteri tetap bahagia seperti mana pasangan lain. 

Pernah cuba teknik rawatan IVF 

mizz nina, mizz nina tak ada anak, mizz nina bahagia, mizz nina tak ada zuriat, mizz nina buat IVF, mizz nina dan noh salleh, noh salleh dan isteri, mizz nina dan suami, penyanyi mizz nina, peribadi mizz nina, mizz nina tetap bahagia, mizz nina nak anak

Meskipun begitu, dia dan suami tak pernah berputus asa untuk ada anak kerana dia selalu titipkan doa dan melakukan usaha lain seperti cuba teknik rawatan persenyawaan in-vitro IVF. Tapi, ia belum ada hasilnya. 

Baginya, mungkin ada hikmah di sebalik yang terjadi kerana disebabkan itulah dia boleh memberi fokus kepada kerja yang dilakukan kini. 

Apa yang menarik tentangnya, dia sangat aktif dengan misi kemanusiaan di negara Syria dan Palestin. Selain mengacara program Into Taqwa, dia juga bergelar pelajar yang  mengambil kelas atas talian dalam bidang Taklim Al-Quran di Al-Huda International. 

Kami di theAsianparent Malaysia berharap Mizz Nina tetap bahagia bersama suami dan keluarga hingga ke hujung nyawa kerana Allah SWT tahu bila masa sesuai untuk seseorang itu miliki cahaya mata. 

Di sini merupakan beberapa tips cepat hamil yang mungkin boleh dilakukan oleh suami isteri di luar sana yang cuba ingin hamil. Semoga ia bermanfaat.

Tips cepat hamil 

  1. Melakukan hubungan intim semasa waktu subur atau ketika proses ovulasi berlaku. 
  2. Lakukan hubungan kelamin tiga hingga empat kali seminggu
  3. Pasangan suami isteri perlu bijak mengawal orgasma masing-masing jika ingin hamil. 
  4. Semasa cuci vagina selepas hubungan seksual, hindari dari menggunakan cecair pembersih kerana ia bersifat toksik kepada sperma. Sebaiknya, cuci guna air suami atau air paip saja. 
  5. Hati-hati memilih pakaian dalam.
  6. Bagi suami jangan terlalu kerap mandi air panas
  7. Jauhi tekanan dan stres 
  8. Amalkan gaya hidup dan pemakanan yang sihat 
  9. Doa, ikhtiar dan jangan putus asa

Semoga artikel ini turut memberi inspirasi kepada orang lain yang masih tunggu kehadiran si comel dalam hidup. 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Kredit gambar : Astro Gempak 

Sumber : Kosmo 

Baca juga:

"Diuji Belum Ada Rezeki – Berdosa Ke Saya Terasa Dengan Soalan "Bila Nak Ada Anak"?"

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner
Baca artikel dix