MSG Dalam Ajinomoto Penyebab Pelbagai Penyakit

MSG adalah sejenis penambah perasa yang digunakan untuk menyedapkan rasa masakan. Baca artikel ini untuk mengetahui bagaimana MSG memudaratkan kesihatan.

Anda adalah apa yang anda makan

Peribahasa ini memberi maksud apa yang anda makan menentukan tahap kesihatan anda

Zaman ini, pelbagai penyakit berbahaya seperti kanser menyerang pelbagai golongan tidak kira usia. 

Salah satu punca yang disyaki membawa implikasi terhadap kesihatan manusia adalah Monosodium Glutamate dalam masakan.

MSG adalah sejenis penambah perasa yang digunakan untuk menyedapkan rasa masakan. Ia dibuat di makmal.

Bila produk ini mula dipasarkan, pengguna mengalami sindrom "Chinese Restaurant" iaitu sesak nafas, sakit dada dan beberapa sindrom lain lagi.

Unsur kimia dalam MSG?

shutterstock_288637829-1

Monosodium Glutamate juga dikenali sebagai Sodium Glutamate. Sodium (Na) adalah unsur kimia yang paling senang dijumpai di muka bumi ini.

Sodium Chloride adalah nama saintifik bagi garam masakan.

Jika kita bertindak secara kimia memisahkan unsur sodium dan klorida di dalam masakan, sodium tersebut boleh menjadi unsur kimia yang reaktif sehingga boleh menjadi bahan yang mudah letup jika dicampurkan ke dalam air. 

Ajinomoto yang berada di dalam keadaan pepejal dipanggil monosodium glutamate secara saintifik. Bila ia dicampurkan ke dalam air, ikatan ion di antara unsur sodium dan glutamate diputuskan lalu bergerak secara sendirian di dalam air.

Asal Glutamate?

shutterstock_282237176-1

Glutamate berasal daripada pelbagai sumber makanan yang lain terutamanya daripada sumber protein seperti ikan mahupun produk tenusu

Bahkan badan manusia sendiri menghasilkan glutamate. Glutamate juga adalah penting untuk sistem saraf supaya berfungsi dengan betul.

Di sini ingin ditegaskan, apa-apa perbuatan yang dilakukan secara berlebihan boleh membawa mudarat kepada si pelaku. 

Begitu juga dengan glutamate.

Apabila MSG digunakan secara berlebihan, ia boleh membawa mudarat kepada kesihatan manusia. 

Memudaratkan Atau Tidak?

Dengan penggunaan monosodium glutamate yang sedikit di dalam masakan dan dengan cara penggunaan yang betul, mungkin ia tidak membawa mudarat kepada pengguna.

Sebagai pengguna yang bijak, pilihan di tangan anda. 

Jika anda menggunakan MSG di dalam masakan, itu tidak salah. Tapi jangan berlebihan.

Jika tidak menggunakan langsung MSG dan hanya menggunakan garam masakan juga tidak salah dan lebih bagus!

Rencana dipetik daripada Root Of Science.

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!