MTUC: Bapa perlu diberi cuti sebulan bagi menjaga isteri bersalin

undefined

Sekarang, cuti bersalin untuk para bapa adalah sebanyak 7 hari saja, bergantung pada bos. Setuju tak kalau cuti bersalin ini dilanjutkan selama sebulan?

Patutkah bapa diberi cuti bersalin sebulan untuk jaga bayi baru lahir?

Astro Awani telah melaporkan satu cadangan daripada Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) agar cuti bersalin untuk bapa diberikan selama sebulan kepada kakitangan kerajaan dan swasta dengan bayaran gaji penuh. J. Solomon, setiausaha Agung MTUC berkata, cuti sedia ada yang diperuntukkan adalah tidak mencukupi.

Pada ketika ini, cuti bersalin bagi para bapa ialah 7 hari bagi kakitangan kerajaan dan bergantung pada majikan masing-masing untuk kakitangan swasta atau dipanggil cuti ihsan.

Menurutnya lagi, sudah tiba masanya untuk ‘paternity leave’ diteliti kerana pada masa ini, para pengkhidmat awam mendapat tujuh hari, malah ada negeri mendapat dua minggu dan bagi mereka yang berkhidmat di swasta mendapat lima hari atau kurang, namun banyak syarikat swasta tidak memberi peluang untuk si bapa berada di sisi isteri dan anak ketika dilahirkan.
MTUC: Bapa perlu diberi cuti sebulan bagi menjaga isteri bersalin
 
Justeru menurutnya lagi, kerajaan perlu mewujudkan satu undang-undang bagi memastikan cuti bersalin untuk bapa dengan bayaran gaji penuh dikuatkuasa dalam akta tersebut.

“Ketika ini, tiada peruntukan dalam mana-mana akta yang memasukkan cuti bersalin bergaji untuk bapa. Malah, Akta Kerja 1955 juga tidak menyentuh mengenai paternity leave itu. Jadi kerajaan perlu mewujudkan undang-undang berkaitan demi pembangunan institusi sesebuah keluarga,” tambah beliau lagi.

Cadangan dari pihak MTUC itu juga berikutan banyak kes melibatkan pospartum psikosis atau meroyan yang dihadapi ibu-ibu selepas bersalin hingga ada yang bertindak secara ganas dan kejam seperti mencederakan anak-anak malah ada yang hingga membunuh anak mereka.

Cuti bersalin yang lebih panjang mampu mengatasi masalah meroyan pada isteri

 Cuti yang lebih panjang dilihat sebagai salah satu cara untuk membantu mengatasi masalah perubahan emosi wanita selepas bersalin kerana para suami mempunyai lebih masa untuk menjaga mereka dan anak.
MTUC: Bapa perlu diberi cuti sebulan bagi menjaga isteri bersalin
 
“Janganlah kita membiarkan lebih ramai yang kehilangan nyawa baru kita hendak bertindak sesuatu,”ujar Soloman.
Oleh itu, dengan adanya cuti panjang, penjagaan ibu bersalin oleh keluarga terutamanya suami adalah lebih rapi dan dapat mengelakkan kejadian ini seumpama itu berulang.

Tambahnya, sekarang adalah masa yang sesuai untuk melaksanakan cadangan berkenaan selaras dengan keperluan institusi keluarga dan ke arah matlamat negara menuju kepada sebuah negara maju.”Kerajaan harus memberi perhatian kepada perkara-perkara asas seperti memberi sebulan cuti bergaji paternity leave. Ini akan membawa satu kebaikan dan akan melahirkan generasi muda yang lebih sihat, hubungan keluarga yang sihat demi masa depan negara Malaysia,” katanya lagi.

Mengikut Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), Norway direkodkan sebagai negara paling banyak memberikan cuti bersalin bergaji untuk bapa iaitu 112 hari.

Mari kita ambil kesempatan ini untuk melihat kebaikan dan keburuk jika akta paternity leave bergaji penuh selama sebulan diberikan kepada para suami.

Kebaikan paternity leave lebih lama

  1. Bagi mereka yang pertama kali menjadi ibu bapa, durasi masa ini akan dapat digunakan untuk menyesuaikan diri mereka dengan fasa baru. Jadi mereka akan sama-sama dapat belajar mengenali kehidupan sebagai ibu bapa kepada ahli baru di dalam keluarga mereka.
  2. Bagi yang sudah mempunyai anak lain, di dalam masa ini, si bapa boleh membantu menguruskan anak-anak lain bagi memberi ruang buat si isteri baru bersalin mendapatkan lebih banyak rehat. Urusan rumah seperti menyediakan makanan, menyiapkan pakai dan menghantar anak-anak ke sekolah boleh dilakukan tanpa terkejar-kejar masa ke pejabat.
  3. Tidak semua kelahiran adalah lancar, ada juga yang mengalami komplikasi dan memerlukan si ibu dan anak untuk kerap ke hospital. Kita ambil contoh paling biasa, anak demam kuning, ibu bapa akan perlu kerap membawa si kecil ke klinik atau hospital bagi memeriksa darahnya. Jadi, daripada terpaksa menyusahkan orang lain atau menaiki kenderaan awam, lebih baik jika si bapa yang menghantar mereka.
  4. Ibu selepas bersalin memerlukan rehat yang maksima, mereka harus kurangkan bergerak. Jika semua perkara harus diuruskan sendiri, mereka tidak akan dapat rehat yang secukupnya. Jadi, dengan adanya para suami menjaga mereka, mereka dapat berehat dengan lebih ideal.
  5. Jika suami mendapat cuti sebulan untuk menjaga isteri baru bersalin, ini dapat mengurangkan kos penjagaan selepas bersalin. Tahukah anda mengupah penjaga di dalam pantang boleh mencapai RM10,000 hanya untuk penjagaan selama seminggu? Jadi, jika tugas ini di ambil oleh suami sendiri, bukan sahaja dapat menjimatkan duit malah, isteri lebih selesa dijaga oleh orang yang rapat dengannya.

MTUC: Bapa perlu diberi cuti sebulan bagi menjaga isteri bersalin

Keburukan paternity leave atau cuti bersalin lebih lama pada golongan bapa

Tidak dinafikan, semasa cadangan ini diutarakan, ada juga yang memberi komen negatif mengatakan yang cuti seumpama ini tidak wajar. Antara alasan mereka ialah:

  1. Bagi suami yang tidak bertanggungjawab, mereka akan memilih masa ini untuk lebih banyak melepak dan berseronok diluar dan menjadi lebih malas.
  2. Jika suami dan isteri bekerja di tempat yang sama, akan mengurangkan tenaga kerja di tempat kerja.
  3. Lelaki tidak dapat bertahan duduk di rumah untuk jangka masa yang lama bagi menguruskan hal-hal penjagaan kerana mereka tidak tahu menjaga isteri di dalam pantang
  4. Takut mengganggu isteri sedang berehat seperti mengajak hubungan intim yang perlu dielakkan sepanjang tempoh berpantang.
MTUC: Bapa perlu diberi cuti sebulan bagi menjaga isteri bersalin

Foto ehsan healthy living

Namun begitu, pendapat saya sendiri, berdasarkan suami yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji bagi menjaga saya, merasakan cuti bersalin bergaji penuh buat para suami adalah perlu untuk dilaksanakan.

Ilmu penjagaan pantang boleh dicari dan dipelajari malah sudah masanya lelaki lebih mengambil tahu tentang hal-hal penjagaan pantang isteri bersalin. Ini barulah dikatakan susah senang bersama 🙂

Got a parenting concern? Read articles or ask away and get instant answers on our app. Download theAsianparent Community on iOS or Android now!