Najis Bayi Anda: Apa Yang Normal Dan Apa Yang Tak Normal?

Anda tak pasti najis bayi anda normal atau tak? Jom semak artikel ini. Kami telah kongsikan bagaimana bentuk dan warna najis si manja yang perlu anda tahu.

Najis bayi – apa yang normal dan apa yang tak normal?

Sebagai seorang ibu baru, tentulah kita akan menghabiskan masa untuk memeriksa najis bayi.

Najis bayi yang normal atau tidak bergantung pada beberapa faktor seperti: usia bayi, sama ada dia menyusu badan atau diberikan susu formula, dan sama ada dia sudah mula makan makanan pejal atau tidak.

Apabila bayi lahir, mereka anda akan mengeluarkan mekonium iaitu bahan melekit yang berwarna hitam kehijauan yang terdiri daripada sel, hempedu, mukus dan cecair amnion selama 2-3 hari.

Bayi yang diberi susu badan biasanya akan membuang air besar lebih kurang 4 kali sehari atau jika bayi anda membuang air besar sekali dalam 3 hari pun, ia masih dikatakan normal.

Bayi yang diberi susu formula, harus membuang air besar setiap hari untuk mengelakkan sembelit. Jangan risau sangat tentang kekerapan mereka membuang air besar, asalkan najis bayi anda lembut dan mudah keluar.

Najis bayi anda akan sentiasa berubah mengikuti pembesarannya. 

Najis akan berubah dari segi kepejalan dan warna. Daripada lembut dan berwarna kuning cair kepada warna kuning dengan tompok-tompok hijau, dan seterusnya berubah lagi pada keesokan harinya. Ini adalah normal.

Rupa najis bayi yang diberi susu badan

Najis bayi yang diberi susu badan berbeza dengan najis bayi yang diberi susu formula.

Kolostrum atau “susu pertama” akan membantu bayi anda mengeluarkan mekonium dan selepas 3 hari, najis bayi anda akan berwarna kuning cerah dan bertekstur biji sawi dan lembik

Rupa najis bayi yang diberi susu formula

najis bayi, bayi, najis anak, warna najis bayi, bayi anak berwarna, pemakanan penyumbang najis bayi

Najis bayi yang diberi susu formula akan berwarna kuning pucat atau coklat kekuningan, dan sisa susu formula akan menjadikannya kelihatan lebih besar dan lebih terbentuk berbanding najis bayi yang diberikan susu badan.

Ini kerana susu formula tidak senang dicerna jika dibandingkan dengan susu badan.

Baunya pula lebih kuat seperti najis orang dewasa. 

Anda harus menggalakkan bayi anda untuk membuang air besar setiap hari kerana lebih lama najis berada dalam ususnya, lebih susah untuk mengeluarkannya dan akan menyebabkan sembelit.

Rupa najis bayi yang diberi makanan pejal

Najis yang mula diberi makanan pejal akan menjadi lebih pekat dan berbau. 

Najis anak anda juga akan menyerupai makanan yang dimakannya. Contoh; jika bayi anda memakan lobak lenyek, najisnya akan berwarna jingga cerah dan terdapat sisa-sisa lobak.

Bila najis bayi anda tidak normal?

Berikut adalah beberapa keadaan tak normal dalam najis bayi anda:

najis bayi, bayi, najis anak, warna najis bayi, bayi anak berwarna, pemakanan penyumbang najis bayi

  • Cirit-Birit

Cirit-birit adalah perkara biasa dan simptomnya terdiri daripada najis cecair dalam jumlah yang banyak dan kerap serta najis yang “meletup” keluar dari lampin anak anda.

Bayi yang diberi susu formula lebih cenderung untuk mengalami cirit-birit. Antara punca cirit-birit adalah jangkitan, mengambil terlalu banyak buah atau jus, pengambilan ubat atau alahan.

Cirit-birit biasanya pulih dalam masa 24 jam. Jika tidak, anda harus berjumpa dengan doktor.

  • Sembelit

Sembelit bermakna bayi anda harus meneran najisnya semasa membuang air besar.

Simptom sembelit terdiri daripada – kesukaran untuk membuang air besar, najis berbentuk batu kecil yang kering, sakit perut, perut keras, juga terdapat darah pada najis akibat proses meneran najis yang keras.

Anda boleh memberi si manja anda makan buah prun atau aprikot untuk membantu mereka membuang air besar.

  • Najis Hijau

Najis hijau dan berbuih bermaksud bayi anda mengambil terlalu banyak laktosa (gula semulajadi dalam susu) dan kurang susu berlemak yang mengenyangkan. (Lebih “foremilk” dan kurang “hindmilk”)

Ia juga boleh bermaksud bayi anda terlebih menyusu atau kurang menyusu atau juga terdapat kuman di dalam perut anak anda.

Pastikan bayi anda menghisap satu payudara sebelum memberinya payudara yang lain.

  • Palitan Darah

Palitan darah berlaku apabila bayi anda meneran dengan kuat, mengakibatkan rekahan pada dubur.

Anda harus dapatkan perhatian doktor untuk memastikan paitan darah berpunca daripada sembelit dan bukan penyakit lain.

Rujukan: Baby Centre

Baca juga:

Panduan lengkap Warna Najis Bayi – Apa yang Normal dan Tak Normal?