Mengapa najis bayi saya berwarna hijau?

lead image

Ketahui sebab-sebab yang menyebabkan najis bayi warna hijau. Adakah ia berbahaya dan bagaimanakah ibu bapa boleh mengatasi masalah ini?

Kenapa najis bayi warna hijau!? Sebenarnya ini perkara biasa untuk bayi baru lahir di mana najis pertama yang berwarna hitam akan berubah menjadi warna hijau kekuningan selepas beberapa hari.

Kemudian, untuk bayi yang diberi susu ibu, najis mereka akan tukar lagi menjadi kuning sepenuhnya. Tetapi, masalah timbul apabila najis kekuningan itu bertukar menjadi najis bayi warna hijau.

Anak pun sudah berusia beberapa bulan. Ibu salah makan ke? Ada apa-apa ke yang tidak kena dengan anak saya?

Mengapa najis bayi warna hijau?

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/04/najis bayi warna hijau 3.jpg Mengapa najis bayi saya berwarna hijau?

Najis bayi warna hijau biasanya tanda anak tidak minum atau mendapat susu dengan baik. Jika terdapat lendir dalam najis dan bayi anda menunjukkan tanda-tanda kolic, ini mungkin disebabkan oleh ketidakseimbangan susu awal (foremilk) dan susu akhir (hindmilk).

Keadaan ini sering berlaku kepada ibu yang mempunyai bekalan susu yang berlebihan. Akibatnya, bayi minum terlalu banyak susu cair yang mengandungi kandungan laktosa yang lebih tinggi dan bukannya susu akhir yang kaya dengan lemak.

Tujuan susu awal yang lebih cair ialah untuk menghilangkan rasa haus bayi. Manakala susu akhir adalah susu yang lebih pekat, tinggi dalam nutrisi dan mengenyangkan untuk bayi. 

Tanda-tanda bayi mendapat terlalu banyak laktosa termasuklah:

  • perut kembung
  • tanda-tanda kolic
  • sering kentut
  • najis bayi warna hijau yang lebih cair dari biasa

Cara mengatasi najis bayi warna hijau

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/04/najis bayi warna hijau 2.jpg Mengapa najis bayi saya berwarna hijau?

Cara untuk mengatasi keadaan ini ialah untuk membiarkan bayi anda menyusu sepenuhnya dari satu payudara, sebelum menawarkan payudara yang satu lagi. Ini akan memastikan bayi anda mendapat susu akhir berlemak yang lebih banyak sambil mengosongkan payudara.

Pastikan mulut bayi melekap dengan betul semasa menyusu. Mulut bayi harus menutupi puting susu dan sebahagian besar dari areola ibu.

Biarpun ibu tidak dapat melihat jumlah susu yang masuk ke dalam mulut bayi, ibu masih boleh semak jika anak sedang menelan susu dari pergerakkan mulut si manja. Sekiranya ibu menyusu dengan cara ini, bayi anda pasti lebih bahagia, kenyang, tidur lebih lama dan berhenti membuang najis bayi warna hijau.

Sebab-sebab lain najis bayi warna hijau

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/04/najis bayi warna hijau 1.jpg Mengapa najis bayi saya berwarna hijau?

  • Bayi dengan penyakit kuning – najis bayi warna hijau gelap.
  • Susu formula yang diperkayakan dengan zat besi.
  • Ibu makan makanan yang berwarna hijau, seperti sayuran hijau –  najis bayi warna hijau terang.
  • Ubat ibu seperti antibiotik ataupun ubat yang diberikan kepada bayi.
  • Bayi sensitif terhadap makanan ibu – selain najis yang berwarna hijau, bayi anda juga boleh menunjukkan tanda-tanda lain ataupun ruam. Bawa bayi berjumpa doktor untuk mendapat pengesahan.
  • Jangkitan, terutama jika bayi anda juga mengalami cirit-birit dan/atau demam. Bawa bayi untuk berjumpa doktor dengan segera jika ini berlaku.

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Babycenter, Kellymom

Baca juga:

Panduan lengkap Warna Najis Bayi – Apa yang Normal dan Tak Normal?