Nak Badan Sihat dan Kesejahteraan Mental? Segalanya Bermula dengan Usus Yang Sihat!
Usus yang sihat asas kepada kekuatan sistem imun tubuh badan dan kesejahteraan mental dan emosi.
Usus yang sihat asas kepada kekuatan sistem imun tubuh badan dan kesejahteraan mental dan emosi.
Kepentingan Memiliki Usus Yang Sihat
Tahukah anda, usus kita bukanlah sekadar berfungsi sebagai organ pencernaan semata-mata. Usus kita merupakan “HQ” kepada mikrobiota di dalam badan kita.
Mikrobiota usus merupakan populasi mikroorganisma yang terdapat di dalam usus seperti bakteria, virus dan kulat, yang berfungsi untuk menyokong sistem penghadaman tubuh serta menyokong perkembangan sistem imun badan1.
Lakaran digital untuk menggambarkan mikrobiota usus.
Daripada melawan jangkitan virus dan menyerap nutrien-nutrien penting hinggalah kepada mempengaruhi emosi dan tenaga kita, usus yang sihat sememangnya kunci kepada kesihatan tubuh badan yang menyeluruh.2
Okey, mari kita fahami bagaimana usus kita memainkan peranan penting dalam memastikan kesejahteraan mental dan kekuatan imuniti kita.
Usus-Otak-Imuniti: Bagaimanakah Ketiga-tiga Ini Saling Berkaitan?
Paksi Usus-Otak (Gut-Brain Axis)
Fakta: Hampir 95% daripada serotonin, iaitu hormon “gembira” dihasilkan di dalam usus.
Usus dan otak kita dihubungkan secara menerus melalui saraf vagus, iaitu saraf utama yang menghubungkan batang otak dengan usus besar. Mereka juga berkomunikasi menggunakan utusan kimia seperti hormon dan neurotransmitter, seperti serotonin, yang dihasilkan oleh bakteria usus. Kesalinghubungan inilah yang menyebabkan tekanan perasaan boleh mengakibatkan sakit perut, dan mengapa masalah usus boleh menjejaskan emosi kita.3,4
Usus-Imuniti
Fakta: Hampir 80% daripada sistem imun kita terletak di dalam usus1
Usus kita merupakan organ sistem imun terbesar, yang mengandungi hampir 80% sel imun.1 Bakteria usus membantu tubuh kita mengawal sel imun, contohnya dengan “mengajar” sel imun untuk mengenal pasti kehadiran “ancaman” atau “rakan”. Ini bagi mengelakkan sistem imun kita daripada bertindak balas secara berlebihan terhadap bahan yang selamat seperti makanan, dan memastikan sel imun melawan kehadiran ancaman seperti virus.1
Kesimpulannya, apabila usus kita sihat dan seimbang, maka begitu jugalah sistem imun kita.

Tanda-tanda Usus Yang Tidak Sihat
Menurut pakar kesihatan, keadaan usus yang tidak sihat dikenali sebagai disbiosis.1
Mikrobiota usus yang seimbang bermakna bakteria, virus dan kulat wujud dalam keadaan yang harmoni, tanpa didominasi oleh mana-mana satu mikroorganisma ini.1
Lakaran imej usus yang mengalami disbiosis, atau ketidakseimbangan mikrobiota.
Disbiosis, atau ketidakseimbangan mikrobiota berlaku apabila “keharmonian” mikrobiota usus terganggu, mengakibatkan kesan negatif terhadap sistem penghadaman tubuh. Ketidakseimbangan ini boleh menyebabkan tubuh kita mudah diserang jangkitan kuman/virus dari dalam atau luar tubuh kita.1

Kini anda telah pun tahu betapa pentingnya untuk kita menjaga kesihatan usus demi menikmati kesihatan tubuh dan mental yang optimum. Jadi, bagaimanakah pula caranya untuk memastikan kesihatan usus kita terjaga setiap hari? Tip-tip yang bakal kami kongsikan ini bukan sahaja bermanfaat untuk si kecil anda, malah anda juga!
Amalan Yang Menyokong Kesihatan Usus

Dalam rutin harian kita yang penuh dengan aktiviti dari pagi ke malam hari, tidak dinafikan salah satu cara yang paling mudah untuk mendapatkan sumber probiotik pada bila-bila masa, di mana sahaja ialah dengan menikmati minuman susu kultur yang lazat, seperti VITAGEN.

VITAGEN ialah minuman susu kultur pertama yang diperkenalkan di Malaysia sejak 1977 dan telah membantu meningkatkan kesihatan usus rakyat Malaysia selama lebih 4 dekad. VITAGEN ialah minuman susu kultur No.1 di Malaysia.
VITAGEN – Minuman Probiotik Untuk Kesihatan Usus

VITAGEN padat dengan berbilion probiotik hidup yang terbukti secara klinikal, dikenali sebagai Lactobacillus acidophilus dan Lactobacillus paracasei dalam satu botol.
Menurut kajian klinikal oleh Kumpulan Penyelidikan GUT, UKM, pengambilan VITAGEN setiap hari dapat membantu:
- Meningkatkan kesihatan usus untuk sistem pencernaan yang lebih baik
- Meningkatkan sistem imun
- Meningkatkan hormon serotonin (hormon gembira) yang membantu menstabilkan emosi dan mengurangkan stres
Diperbuat daripada jus buah-buahan sebenar dan kurang gula, rasanya yang lazat dengan kebaikan penuh khasiat, tidak hairanlah mengapa rakyat Malaysia memilih VITAGEN sebagai minuman probiotik yang menjaga kesihatan usus mereka setiap hari.
Dengan VITAGEN, memang mudah untuk menjaga kesihatan usus setiap hari, supaya sistem imun kita bertambah kuat dan tubuh badan juga sihat sejahtera secara menyeluruh.
Rasai Sendiri Manfaat Usus Yang Sihat Hari Ini
VITAGEN boleh didapati dalam pelbagai perisa yang lazat dan menyegarkan, dan sesuai untuk seisi keluarga. Ibu bapa, jangan berlengah lagi. Jika anda belum pernah memfokuskan kepada kesihatan usus anda dan si kecil anda, inilah masanya. Nikmati kebaikan VITAGEN bersama anak-anak anda setiap hari dan rasai sendiri manfaat memiliki usus yang sihat!
Mulakan rutin harian anda dengan VITAGEN. Beli VITAGEN hari ini di laman VITAGEN di sini.