Untuk ibu ayah yang bakal menimang cahaya mata lelaki tak lama lagi, pasti tercari-cari nama baby lelaki kan? Jangan risau, di sini kami akan senaraikan nama baby lelaki huruf I.
Ini adalah senarai nama bayi lelaki huruf I yang boleh dijadikan panduan dan inspirasi untuk ibu bapa mencari nama anak lelaki yang bakal lahir.
Senarai nama baby lelaki huruf I ini juga mempunyai maksud yang baik. Semoga dengan pemilihan nama ini, anak lelaki anda akan menjadi seorang anak yang soleh dan menjadi kebanggaan anda.
Senarai Pilihan 100 Nama Baby Lelaki Huruf I

- Ibad – Rajin beribadah, hamba-hamba Allah
- Ibkar – Pagi hari
- Ibnu – Anak lelaki
- Ibnu Abbas – Nama sahabat dan pak cik Nabi Muhammad SAW, ahli tafsir
- Ibnu Hajar – Nama ulama penyusun kitab hadits Bulughul Marom
- Ibnu Kholdun – Pakar falsafah dan sosiologi Islam
- Ibrahim – Nama nabi, ayah yang baik
- Id – Musim perayaan
- Iddi – Cahaya bulan
- Idin – Kesatuan
- Idir – Mulia
- Idlan – Keadilan
- Idraki – Pengetahuanku, kefahamanku
- Idris – Nama nabi
- Idrus – Singa
- Iffat – Kesucian, kemurnian, kesopanan, kesederhanaan, kehormatan diri
- Ifaz – Pembantu
- Iftikhar – Kehormatan, pembawa kehormatan, kebanggaan
- Iftiqar – Keperluan
- Ifwat – Yang terbaik
- Ihan – Bulan penuh
- Ihsan – Kebaikan
- Ihtisyam – Kehebatan
- Ijas – Pengetahuan, bersinar
- Ijlal – Penghormatan, petunjuk, mulia, terhormat
- Ikhlas – Memuliakan
- Ikhtiari – Pilihanku
- Ikhtiaruddin – Pilihan agama
- Ikhwan – Persaudaraan
- Ikram – Memuliakan
- Iktidal – Keadilan
- Iktimad – Berserah
- Iktisham – Tenaga
- Iktizaz – Keagungan
- Ilham – Wahyu, ilham, isyarat yang baik
- Iliya – Nama nabi
- Ilman – Berilmu
- Ilyas – Nama nabi
- Ilyasa – Nama nabi
- Imad – Sokongan
- Imad al Din – Sokongan iman
- Imadi – Sokonganku
- Imaduddin – Tiang agama
- Imam – Pemimpin
- Iman – Iman, keimanan
- Imaz – Baik
- Imdad – Tolong, bantu, sokong
- Imran – Budi bahasa, nama ayahanda Maryam AS
- Imtiyaz – Pilihan
- Inas – Kebaikan, keramah-tamahan, Kelembutan

Nama Bayi Lelaki Huruf I
- In’am – Perbuatan yang menguntungkan
- Inayat – Pertolongan
- Insaf – Kesedaran
- Insyad – Nyanyian
- Intisar – Keberhasilan, kemenangan
- Iqbal – Kejayaan, pujangga muslim, kemajuan
- Iqra – Taman di syurga
- Iqtidar – Kekuatan, tenaga
- Irfan – Kebijaksanaan, kesyukuran, pengetahuan
- Irsa – Pelangi
- Irsyad – Nasihat, panduan, petunjuk
- Irsyaduddin – Panduan agama
- Isa – Nama nabi
- Isam – Orang sukses dengan usahanya sendiri
- Isbah – Cahaya
- Ishak – Nama nabi
- Isham – Maksum
- Ishaq – Nama nabi
- Ishmat – Kekuatan menjauhi maksiat
- Iskandar – Nama seorang raja
- Islah – Pembetulan
- Islam – Kesejahteraan
- Isma – Pemelihara
- Ismail – Nama nabi
- Ismat – Ketulenan, kesucian, Kekuatan menjauhi maksiat
- Isra – Perjalanan waktu malam
- Israr – Persendirian
- Issam – Orang berjaya dengan usahanya sendiri
- Istafa – Pilih, suka
- Isyhad – Penyaksian
- Isyq – Sayang
- Isyraf – Pengganti, pengawasan
- Isyraq – Memberi sinar
- Ithar – Mengasihi orang lain
- Itisham – Menjauhkan diri dari perbuatan maksiat
- Iwadh – Pengganti
- Iyyad – Kepulangan
- Izaan – Kepatuhan
- Izdan – Orang yang mahu berkorban
- Izdihar– Berkilau, Perkembangan, kemajuan
- Izdiyad – Pertambahan
- Izyan – Perhiasan
- Izz – Kekuatan
- Izz al Din – Kekuatan iman
- Izzan – Kepatuhan
- Izzat – Kemuliaan
- Izzudin – Kemuliaan agama
- Izzul – Kemuliaan
- Izzul Haq – Kemuliaan yang haq, sebenar-benarnya kemuliaan
- Izzul Islam – Kemuliaan Islam
Panduan Memilih Nama Untuk Bayi Baru Lahir
credit to sources
Nama setiap manusia mempunyai nilai yang tinggi dalam kehidupan dan di sisi agama. Melalui nama itulah dia akan dikenali dan dipanggil ketika hari akhirat kelak.
Trend menamakan bayi baru lahir dengan nama-nama panjang dan sukar disebut eloklah difikirkan semula. Sebutan yang salah boleh menukar makna nama tersebut kepada maksud yang lain.
Menurut Imam an-Nawawi Rahimahullah dalam kitab al-Adzkar, waktu yang paling afdhal dan sunat menamakan anak ialah pada hari ketujuh ataupun pada hari kelahirannya.
Sunat menamakan anak dengan nama yang baik. Sebaik-baik nama dan yang paling disukai oleh Allah S.W.T ialah Abdullah dan Abdurrahman. Ia sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud daripada Ibnu Umar R.A, bahawasanya Rasulullah S.A.W telah bersabda:
وأَحَبُّ الْأَسْمَاءِ إِلَى اللَّهِ تَعَالَى عَبْدُ اللَّهِ، وعبدُ الرَّحمنِ
(رواه أبو داود)
Maksudnya: “Nama-nama yang paling disukai di sisi Allah ialah ‘Abdullah dan ‘Abdurrahman.” (Hadits riwayat Abu Daud)
Sebaik-baik nama selepas nama ‘Abdullah dan ‘Abdurrahman ini pula ialah nama-nama ‘Abd ” عبد ” (hamba) yang disandarkan kepada nama-nama Allah yang sembilan puluh sembilan (al-Asma ‘alHusna) seperti ‘Abdurrahim ” عبدالرحيم “, ‘Abdulmalik ” ,”عبدالملك‘Abdussalam ” عبدالسلام ” dan yang seumpamanya. (Fatwa: 24/1984)
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 100 Gabungan Nama Bayi Lelaki Dalam Islam Dengan Pengertian Yang Cukup Indah
Baca juga: Nama Bayi Lelaki Islam Moden Dan Ringkas Trending Untuk Tahun 2023!
Baca juga: Mencari Idea Nama Anak Lelaki Bermula Huruf O? Ini Senarai Nama Baby Boy Huruf O Yang Unik dan Mempunyai Makna Menarik!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!