11 nama bayi lelaki inspirasi dari nama nabi, khalifah dan sasterawan Islam

lead image

11 nama bayi lelaki islam ini dinspirasi dari nama Nabi, sahabat Rasulullah, khalifah, para ilmuwan dan sasterawan ternama dalam Islam.

Anda nak cari nama bayi lelaki Islam yang mempunyai maksud yang baik dan unik? Kalau nak belek buku nama-nama Islam memang pening nak membaca satu-satu.

Kali ini kami sediakan 11 nama bayi lelaki Islam yang diinspirasi dari nama nabi, sahabat Rasulullah, para khalifah, para sasterawan dan para ilmuwan Islam pula.

Moga ia dapat memudahkan ibu bapa untuk mencari nama anak yang baik dan unik.

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/04/More20leave20for20new20parents20in20Singapore 1.jpg 11 nama bayi lelaki inspirasi dari nama nabi, khalifah dan sasterawan Islam

2 nama bayi lelaki Islam - Inspirasi dari nabi

Nabi bayi lelaki Islam #1 - Ayub

Nabi Ayub merupakan seorang nabi yang terkenal dengan kesabarannya yang tinggi. Semasa hayatnya, beliau telah diuji dengan sakit berpanjangan sehingga kehilangan harta, isteri dan nyawa anak-anaknya.

Dia menderita selama 18 tahun dan walaupun sakitnya semakin teruk, imannya tidak berkurang malah makin bertambah. Oleh sebab imamnya yang tinggi, Allah menyembuhkan penyakitnya dan isteri yang meninggalkannya juga kembali ke pangkuannya.

Nabi bayi lelaki Islam #2 - Yahya

Kisah Nabi Yahya tidak banyak diceritakan  dalam Al Quran, namun dalam Surah Maryam ayat 7, ada menyebut yang Nabi Zakaria akan dikurniakan anak bernama Yahya.

Nabi Yahya dikenali dengan sifat menghormati orang, tegas dan bertaqwa. Yahya dalam bahasa arab bererti 'hidup'.

2 nama bayi lelaki Islam - Inspirasi sahabat Rasulullah

Nabi bayi lelaki Islam #1 - Abizar

Abizar merupakan antara orang pertama yang masuk Islam tanpa paksaan. Beliau juga sanggup berjalan kaki ke Mekah untuk menemui Rasulullah.

Abizar berasal dari suku Ghiffar para perompak, tapi selepas memeluk Islam, beliau menjadi pejuang berani, setia dan sentiasa menolong orang susah.

Beliau juga dikatakan menyebar Islam bukan sahaja kepada keluarganya malah hampir semua suku Ghiffar berjaya diIslamkan.

Nabi bayi lelaki Islam #2 - Amru

Amru adalah seorang sahabat Rasulullah yang mempunyai banyak bakat dari pelbagai bidang. Beliau seorang pedagang yang juga mahir dalam pelbagai bahasa.

Amru juga sempat memimpin Palestine dan menjadi gabenor Mesir semasa hayatnya. Amru diambil dari perkataan Amr yang bermaksud hidup atu berumur panjang.

2 nama bayi lelaki Islam - Inspirasi dari khalifah

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/04/neonatology2.jpg 11 nama bayi lelaki inspirasi dari nama nabi, khalifah dan sasterawan Islam

Nabi bayi lelaki Islam #1 - Yazid

Ada 3 khalifah yang memimpin Bani Umayyah dan salah satunya adalah Yazid III atau Yazid Ibnu Al Walid.

Yazid III dikenali sebagai pemimpin yang adil, sederhana dan cekap. Namun, dia hanya memimpin selama 6 bulan kerana tumor otak. Yazid berasal dari perkataan Arab yang bermaksud, kemajuan, semakin kaya, atau semakin bahagia.

Nabi bayi lelaki Islam #2 - Umar

Umar Al Khattab adalah khalifah kedua selepas Abu Bakar As Siddiq. Beliau seorang yang tegas, berani dan berwibawa. Rasulullah juga pernah bersabda yang syaitan akan lari ketakutan jika bertemu Umar.

Selama 10 tahun kepimpinannya, Islam tumbuh pesat dan merebak sehingga ke Baitul Maqdis.

2 nama bayi lelaki Islam - Inspirasi dari para sasterawan

Nabi bayi lelaki Islam #1 - Sanai

Sanai merupakan seorang penyair Parsi yang hidup pada abad ke- 11 dan 12. Karyanya yang termahsyur adalah "The Hadiqat Al Haqiqah" yang menjadi karya epik Sufi pertama Parsi.

Sanai juga mendapat jolokan 'guru para sufi Parsi'.

Nabi bayi lelaki Islam #2- Rumi

Siapa yang tidak kenal Rumi? Penyair agung dunia dan ahli sufi di abad ke-13. Sebahagian besar karyanya ditulis dalam bahasa Parsi dankaryanya diterjemah dalam pelbagai bahasa di seluruh dunia.

2 nama bayi lelaki Islam - Inspirasi tokoh ilmuwan

Nabi bayi lelaki Islam #1 - Tsabit

Tsabit bin Qurra adalah sorang astronomi, ahli fizik dan ahli matematik serta penterjemah Arab pada abad ke-9 dan 10.

Tsabit menemukan beberapa penemuan penting seperti ilmu statika dalam matematik. Makna Tsabit adalah stabil di dalam bahasa arab.

Nabi bayi lelaki Islam #2 - Sina

Ibnu Sina merupakan seorang ilmuwan, doktor dan ahli falsafah yang berasal dari Parsi.

Ibnu Sina merupakan Bapa Perubatan Moden dan karya utamanya 'Qanun fi Thib' dijadikan rujukan dalam bidang kodoktoran selama berabad-abad.

Maksud Sina ialah gunung dah semenanjung Sinai dalam bahasa Arab. Manakala dalam bahasa Latin bermaksud diberkati.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.com/nama-nama-bayi-perempuan