100 nama bayi perempuan Islam dengan makna yang baik (huruf A-J)

lead image

Anda mencari nama bayi perempuan islam yang terbaik? Cuba semak 100 nama dengan maksud yang baik ini. Ada yang berkenan tak?

Anda sedang mencari nama bayi perempuan Islam?

Kehadiran si manja anda itu haruslah dilengkapi dengan pemberian nama bayi perempuan Islam dengan maksud yang indah serta penuh makna, kan?

Sebab itu proses memilih nama anak perempuan amat menarik untuk ibu bapa. 

Setiap harapan kita disemat indah dalam pemberian nama yang indah, unik dan bermakna itu. Jadi jom semak 100 nama bayi perempuan Islam dari huruf A sampai J ini.

Minggu hadapan kami kongsi nama anak perempuan dari huruf K sampai Z pula, ya!

Nama bayi perempuan Islam huruf A

Muslim Baby Girl Names With Their Meanings 1 100 nama bayi perempuan Islam dengan makna yang baik (huruf A J)

Kredit: MomJunction

  • Abidah – orang yang rajin beribadah
  • Adiba – bersopan santun dan terpelajar
  • Adila – orang yang lurus dan bersifat keadilan
  • Afia – wanita yang sihat
  • Afifah – yang menjaga kesucian diri
  • Afrin – ramah, berani
  • Afsana – cerita
  • Afshin – bersinar seperti bintang
  • Afra – salju
  • Aidah – Anugerah
  • Aisya – nama isteri Nabi
  • Akifah – terpilih
  • Aliyah – mengagungkan
  • Alia – mulia
  • Alimah – penuntut ilmu
  • Aminah – terpercaya
  • Amirah – yang berlimpah
  • Aara – manis
  • Asia – harapan
  • Aleena – sutera dari syurga
  • Aliza  – gembira
  • Alishba – cantik
  • Amalia – inspirasi
  • Amani – harapan, keinginan
  • Amelia – cantik
  • Amna – damai
  • Anum – hadiah dari Tuhan
  • Arfa – kejayaan
  • Arisha  – yang mulia
  • Arwaa – pemandangan yang menawan
  • Ashiyah – nama wanita yang taat
  • Atifa – kasih sayang
  • Ayesha – baik

Nama anak perempuan Islam huruf B

  • Badra – unik, belum pernah terjadi sebelumnya
  • Badriyah – seperti bulan purnama
  • Baha – nilai, layak
  • Bahira – pintar
  • Balqis – ratu negeri Saba
  • Barihah – cahaya yang terang
  • Basimah – tersenyum
  • Benazir – unik
  • Bushra – khabar gembira, senang

Nama bayi perempuan Islam huruf D

MuslimMotherHoldingBaby 100 nama bayi perempuan Islam dengan makna yang baik (huruf A J)

Kredit: Leader Today

  • Daniyah – dekat
  • Diinah – taat
  • Dina – cinta
  • Durah – mutiara

Nama anak perempuan Islam Malaysia huruf E

  • Eliza – unik, berharga
  • Erina – wanita cantik
  • Eshal – nama bunga di syurga

Nama anak perempuan Islam 2018 huruf F

  • Fadhila – keutamaan, keunggulan
  • Fadiyah – yang terlindung
  • Fadwah – pengorbanan diri
  • Fahima – cerdas, orang yang bijak
  • Faiha – berbau syurgawi
  • Fairuz – batu permata biru kehijauan
  • Fakihah – buah-buahan
  • Fakhra – baik
  • Fathinah – cerdas, pintar
  • Fathiyah – memiliki sifat kemenangan

Nama bayi perempuan Islam Malaysia huruf G

  • Ghaada – wanita yang lembut
  • Ghaitsaa – awan yang menurunkan hujan
  • Ghaziyah – pejuang
  • Ghayda – muda dan halus

Nama anak perempuan Islam moden huruf H

anayah 100 nama bayi perempuan Islam dengan makna yang baik (huruf A J)

Kredit: thescottishsun.co.uk

  • Haifa – ramping, indah tubuhnya
  • Hamra – berwarna merah
  • Hana – kegembiraan
  • Haniyah – lemah lembut
  • Hasna – cantik, elok
  • Haura – wanita berkulit putih bermata hitam
  • Hawa – wanita pertama, isteri Nabi Adam a.s
  • Haya – bagus lahiriyahnya
  • Hifza – malaikat pelindung
  • Humaira – yang kemerah-merahan pipinya

Nama anak perempuan Arab huruf I

  • Iffah – kehormatan
  • Imani – bersifat keimanan
  • Inas – baik hati
  • Inayah – perhatian
  • Insha – penciptaan
  • Ishmah – pemeliharaan
  • Isya – waktu isya, kehidupan
  • Izzah – kehormatan, kejayaan

Nama bayi perempuan Arab huruf J

  • Jahan – tanah, perhiasan dunia
  • Jahida – membantu yang lemah
  • Jamia – cantik nan indah
  • Jana – nama buah di syurga
  • Janan – hati, jiwa
  • Jannah – syurga
  • Jasmin – bunga melati
  • Jauharah – mutiara
  • Jauza – bintang
  • Jihan – bunga yang indah, tempat syurgawi

Senarai ini ada sambungan untuk nama anak perempuan dalam Islam bagi huruf K hingga huruf Z juga, tau. Jangan lupa save artikel ini untuk rujukan kelak.

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

100 Nama Bayi Perempuan Yang Unik Dan Ada Maksud Bagus Ibu Bapa Boleh Pilih