50 Pilihan Nama Bayi Turki Untuk Si Manja Yang Unik & Kreatif, Comel-Comel Semuanya!

Bagi bakal ibu ayah yang berhasrat mahu meletakkan nama Turki untuk si buah hati, kami ada sediakan 50 nama yang boleh anda pilih!

Cari nama anak tidak semestinya perlu dari senarai nama tempatan, ibu ayah boleh juga cari dari nama bayi dari negara lain. Misalnya nama bayi Turki yang bukan sahaja sedap disebut, malah setiap satunya dengan ejaan yang unik untuk si manja.

Nama yang diambil dari bahasa asing memang diketahui rare dan menarik!  Bagi ibu ayah yang ingin memberi nama si buah hati yang bakal lahir dengan nama yang berlainan dari kebiasaan dan berasal dari Turki, berikut kami sediakan beberapa nama pilihan nama bayi Turki dengan maksud yang indah.

Jika ibu ayah belum tahu jantina bayi, jangan risau ya. Ibu ayah boleh senaraikan nama pilihan untuk kedua-dua jantina terlebih dahulu, sekurang-kurangnya tak pening kepala nanti bila sudah ada yang berkenan di hati. Hihi.

25 Nama Bayi Turki (Perempuan)

Nama bayi perempuan Turki biasanya kedengaran lembut dan indah.

Ibu ayah di Turki juga sama seperti masyarakat di negara ini, mereka percaya nama yang tepat dan mempunyai maksud yang baik akan memberi pengaruh yang positif pada masa depan anak perempuan.

Oleh kerana itu, ibu ayah di Turki kerap memilih nama yang menunjukkan karakter yang lemah lembut, bermaksud kecantikkan dan bersifat feminin. Jom lihat senarai nama bayi perempuan yang mempunyai makna yang sangat baik di bawah, pasti ada yang ibu ayah suka. 

nama bayi perempuan
  • Aigul, bermaksud bulan.
  • Aishe, bermaksud bertenaga dan tangkas
  • Akila, bermaksud cerdas
  • Aliye, bermaksud berperibadi tinggi dan mulia
  • Ayla, bermaksud sinar bulan
  • Aylin, bermaksud sapaan untuk bulan
  • Ayse, bermaksud hidup
  • Elif, bermaksud senang bergaul
  • Elma, bermaksud berbuah manis
  • Elmas, bermaksud berlian
  • Emel, bermaksud keinginan
  • Emin, bermaksud jujur
  • Emine, bermaksud setia dan boleh dipercayai
  • Fatimah, nama seorang anak perempuan Nabi
  • Fatma, bermaksud dewasa
  • Fatin, bermaksud pintar
  • Feride, bermaksud unik
  • Feza, bermakna alam semesta
  • Goksel, bermaksud hujan dari surga
  • Harika, bermaksud indah
  • Leila, bermaksud kepekatan malam
  • Meryem, bermaksud kesayangan
  • Selma, bermaksud cinta damai dan sejahtera
  • Zehra, bermaksud bunga yang bersinar.

25 Nama Bayi Turki (Lelaki)

Sama juga dengan pemberian nama untuk anak perempuan, ibu ayah di Turki juga menitipkan doa yang bermaksud baik bagi anak-anak lelaki. Kebiasaannya, nama bayi lelaki memberikan maksud bijaksana, berani dan tegas.

Setiap maksud nama ini diharap dapat memberikan si kecil tersebut satu perjuangan berdasarkan maksud yang dihajati oleh ibu ayah.

Anak yang memiliki maksud nama yang baik dan hebat juga turut akan berbangga untuk membawa namanya kelak, betul tak ibu ayah?

nama bayi turki

  • Abizard, bermaksud lubuk emas
  • Adem, bermaksud bumi yang berwarna merah
  • Adli, bermaksud bijaksana
  • Adskhan,bermaksud pahlawan atau pangeran
  • Ahmed, bermaksud anak lelaki yang berhak mendapat pujian
  • Ahmet,bermaksud seseorang yang patut dipuji
  • Alp, bermaksud seorang yang berani
  • Bora, bermaksud ribut taufan
  • Deniz, bermaksudlautan
  • Derya,bermaksudsamudera atau lautan luas
  • Emin,  bermaksud seseorang yang jujur
  • Emir, bermaksud  seorang teman yang baik
  • Emre, bermaksud sahabat yang boleh dipercayai
  • Emru, bermaksud teman yang setia
  • Farhat, bermaksud kebahagiaan
  • Gaozhan, bermaksud raja atau pemerintah
  • Iskender,  bermaksud pembela umat manusia
  • Ismet, bermaksud seseorang yang memiliki kehormatan
  • Mirza, bermaksudanak yang baik
  • Murat, bermaksud harapan
  • Musa, bermaksud seseorang yang selamat dari tenggelam
  • Serhan, bermaksudraja
  • Suleiman, bermaksud perdamaian
  • Timur, bermaksud besi
  • Zeki, bermaksud cerdas dan pintar.

Wah menarik juga ya nama-nama bayi Turki ini? Sebutannya tidak jauh beza dari nama dalam masyarakat kita tetapi ejaannya sedikit berlainan sesuai untuk ibu ayah yang gemarkan sebutan yang unik untuk si manja.

Sekurang-kurangnya nama si kecil mudah diingati, tambahan lagi jika memiliki personaliti yang melambangkan nama tersebut. 

Semoga bermanfaat dan selamat memilih!

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.50 Pilihan Nama Bayi Turki Untuk Si Manja Yang Unik & Kreatif, Comel-Comel Semuanya!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: theAsianparent Indonesia

Kredit gambar: Unsplash

Baca juga:  100 Nama Bayi Perempuan Moden Dengan Maksud Penuh Suci & Indah

Baca juga: Koleksi Nama Anak Perempuan Islam Yang Unik & Bakal ‘Trending’ Untuk Tahun 2021

Baca juga: Inspirasi Nama-Nama Bayi Perempuan Dari Selebriti Malaysia Yang Ibu Ayah Boleh Pilih

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!