Nak Kelainan Pada Nama Anak? Cuba Nama Dalam Bahasa Jepun Ini, Pasti Kawaii!
Nak cari kelainan untuk nama si kecil, jom pilih nama dari Jepun ini mana tahu ada yang berkenan di hati. Sangat kawaii!
Mencari dan memilih nama bayi yang bakal dilahirkan tentunya menjadi perkara yang cukup menyenangkan bagi pasangan suami isteri yang bakal bergelar ayah dan ibu. Namun sesekali pilih nama dalam bahasa Jepun ini pun sedap juga kerana ia juga memiliki maksud yang baik untuk sang puteri tercinta.
Walau bagaimanapun, tidak dapat disangkal apabila ada ibu bapa yang suka memilih nama anak panjang-panjang, tapi tak kurang juga yang lebih suka memilih nama yang lebih pendek sebab senang nak eja dan sebut.
Pun begitu, nama ini sebenarnya doa dan harapan dari kedua-dua ibu bapa kepada anak agar nama yang dibawa seiring dengan tingkah lakunya bila dewasa kelak.
Sebelum ini, theAsianparent Malaysia telah berkongsi banyak nama-nama Islam, Turki, Argentina, Arab, Cina, India dan banyak lagi. Jadi apa kata kali ini kita lihat pula nama dalam bahasa Jepun pula untuk bayi perempuan. Jom kita tengok satu-satu berserta maksudnya sekali.
100 nama dalam bahasa Jepun untuk bayi perempuan
Nama-nama di bawah ini sangat comel dan sesuai untuk puteri kesayangan anda. Bolehlah pilih mana-mana yang berkenan kemudian gabungkan dengan nama Melayu.
1. AIKO = cinta anak
2. AKIKO = anak yang cerdas
3. ASUKA = aroma
4. AYA = warna-warni
5. AYUMI = langkah dan berjalan
6. AZUMI = tinggal aman
7. AYAKO = warna
8. ASUKA = aroma
9. CHIEKO = anak bijaksana
10. CHIKA = bunga berserakan
11. EMI = berkah yang indah atau gambar yang indah
12. ERI = diberkati, hadiah
13. EIKO = panjang umur atau anak yang hebat
14. GINA = keperakan
15. HANA = kegemaran, bunga
16. IZUMI = air mancur
17. KAZUMI = kecantikan yang harmoni
18. KEIKO = bunga bellflower
19. KIREI = cantik
20. KAORI = aroma menenun
100 nama dalam Jepun untuk anak perempuan
21. KAORU = wangian
22. KEIKO = diberkati, anak beruntung, anak yang bahagia
23. KYOKO = anak kota
24. KAYA = tempat istirehat
25. KAYO = cantik/generasi yang bertambah
26. MAIKO = menari
27. MASAKO = anak elegan atau anak berkembang
28. MICHIKO = anak bijak dan juga indah
29. MIKA = aroma yang indah
30. MIKI = putri cantik/ keindahan yang tak ternilai
31. MIYAKO = anak cantik
32. MARIKO = anak dari desa
33. MASAYU = menguntungkan dunia
34. MARI = keras kepala
35. MAYUMI = busur (panahan)
36. MITSUKO = cahaya bersinar
37. MIYUKI = kebahagiaan, salju yang indah, atau salju tebal
38. MIZUKI = bulan yang indah
39. MAIYA = indah, lembah padi
40. MAI = kecerahan
100 nama bayi perempuan Jepun
Anak perempuan memang sesuai dengan nama-nama seperti di bawah ini. Comel je bila nak panggil.
41. MINA = selatan
42. MIDORI = hijau
43. MIO = generasi yang cantik
44. MINORI = mekar indah
45. NANA = tujuh
46. NAOMI = kecantikan
47. NAOKO = anak yang baik atau anak yang terhormat
48. NORI = upacara, tanda kerajaan, model, hukum, peraturan
49. NIKKI = dua pohon
50. RAN = bunga bakung atau anggrik
51. REI = cantik
52. REINA = permata
53. REIKO = anak yang cantik
54. RIE = berkat yang ternilai
55. RIN = dingin
56. RINA = rumah keluarga
57. RINI = kelinci kecil
58. RIKA = dihargai, aroma
59. RIKO = melati
60. RYOKO = Cerah atau anak menyegarkan
61. SAKURA = bunga ceri
62. SHIZUKA = tenang
63. SHIORI = puisi, menenun
64. SUZU = berumur panjang
65. SACHIE = kebahagiaan
66. SAORI = baik, mekar
67. YOKO = asing, laut anak anak dan cerah
68. YOSHIE = sungai yang indah, kasih kurniaan
69. YUKO = anak kasih sayang, anak liburan
70. YUMI = penyebab kecantikan
100 Nama bayi perempuan Jepun
Di bawah ini ada lagi, semuanya menggambarkan jiwa perempuan yang sukakan kecantikan, kelembutan, kebahagiaan dan sebagainya.
71. YUMIKO = kecantikan anak
72. YURIKO = anak yang sempurna
73. YUKI = kebahagiaan, nasib baik
74. YUKA = kebaikan
75. YUKARI = pohon pir yang indah
76. YUNA = kekuasaan
77. YUUNA = lemah lembut
78. YURI = bunga lily
79. OCHI = lautan lepas
80. SHOERA = langit
81. RIEKHO = anak dari Rie
82. AI = yang dicintai
83. AKARI = bersinar
84. AMI = teman, sahabat
85. ASUKA = keharuman yang tahan lama
86. CIKA = dekat
87. SAYURI = lily kecil
88. AKEMI = kecantikan, cerah
89. HARUKA = jarak
90. HARUMI = kecantikan bermusim
91. HIROMI = Kecantikan yang melimpah, atau keindahan disertai murah hati
92. HOSHIKO = bintang kecil
93. HANAKO = bunga
94. UMEKO = anak yang tumbuh dan mekar
95. OCHA = teh
96. OKI = lautan lepas
97. TAMI = manfaat
98. TOSHIKO = anak pintar
99. UKI = harapan, doa
100. IMA = pemberian
******
Amacam lepas kami kongsikan nama dalam bahasa Jepun ini, agak-agak ada yang anda berkenan tak? Semoga bermanfaat!
Sumber: Penulis asal Dyah D. Anggarini. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia