Senarai Nama Bayi Klasik & Tradisional Yang Jarang Digunakan, Mana Satu Pilihan Ibu?

Senarai Nama Bayi Klasik & Tradisional Yang Jarang Digunakan, Mana Satu Pilihan Ibu?

Nama klasik dan unik ini sememangnya lain dari yang lain boleh diberikan kepada bayi anda bakal lahir kelak. Pastinya tidak ramai menggunakan nama ini!

Pernah tak terfikir nak letak nama klasik pada anak? Sebabnya kami ada beberapa senarai nama yang menarik untuk anda pilih. 

Sekarang ini boleh dikatakan ramai ibu bapa suka memilih nama anak dengan panggilan yang sangat unik, menarik dan sedap bila didengari.

70 nama klasik bayi perempuan dan lelaki English

nama bayi klasik tradisional

Apatah lagi, nama-nama tersebut memiliki aura dan maksud yang baik sekaligus ia membuatkan ibu dan ayah rasa teruja untuk menggunakan nama itu untuk si jantung hati.

Di Amerika Syarikat, nampaknya tred nama vintaj kembali muncul pada tahun 2020 ini.

Pilihan nama seperti Hazel, Leo dan Stella kembali menjadi top 50 nama anak di alaf baru ini. Ia dipetik daripada sumber data terkini Pendadbiran Keselamatan Sosial di sana.

Memetik dalam laman website Huffpost, pihaknya mengumpul koleksi nama bayi yang popular sekitar tahun 1880 an. Namun, nama tersebut pernah jatuh kedudukannya tapi kini naik semula dalam carta sejak beberapa tahun
kebelakangan ini.

Berikut ini kami kongsikan antara nama bayi vintaj yang makin popular.

Ini antara beberapa nama bayi perempuan vintaj yang sedap dan biasa kita dengar dalam drama-drama english.

1)  Violet
2)  Hazel
3)  Faye
4) June
5) Ada
6) Millie
7) Eloise
8) Cora
9) Dorothy
10) Vera

11) Elsie
12) Stella
13) Rosalie
14) Alice
15) Leila
16) Olive
17) Josie
18) Esther
19) Frances
20) Jane

Nama klasik bayi perempuan 

21)Rosemary
22) Nora
23) Ruth
24) Eleanor
25) Rose
26) Lola
27) Josephine
28) Mae
29) Vivian
30) Leona

31) Rosalyn
32) Amelia
33) Mabel
34) Isla
35) Georgia
36) Rosie
37) Clara
38) Penelope
39) Florence
40) Opal

Nama bayi lelaki vintaj

Ini pula antara nama bayi lelaki vintaj yang biasa digunakan pada zaman dahulu tapi kini makin mendapat tempat di hati ibu bapa untuk memberikan nama pada si kecil.

41) Clyde
42) Warren
43) Silas
44) Everett
45) Otto
46) August
47) Emmett
48) Hugh
49) Jasper
50) Leon

51) Harrison
52) Amos
53) Theo
54) Henry
55) Otis
56) Dean
57) Cyrus
58) Archie
59) Turner
60) Isaiah

61) Leo
62) Benedict
63) Forest
64) Wallace
65) Augustine
66) Levi
67) Gus
68) Arlo
69) Enoch
70) Theodore

32 nama klasik dan tradisional untuk anak perempuan

nama anak klasik

credit to sources

  • Melur/Melati/Jasmine
  • Kenanga
  • Seroja
  • Kuntum
  • Dahlia
  • Mawar/ Rose
  • Lily
  • Orked
  • Cempaka
  • Teratai
  • Kemboja
  • Jamilah
  • Fatimah
  • Laila
  • Aminah
  • Puspawangi
  • Lily
  • Wardah
  • Wardiyah
  • Hana
  • Zara
  • Liya
  • Rozana
  • Lianna
  • Suri
  • Rosa
  • Naurah
  • Adila
  • Zalila
  • Norehan
  • Norizan
  • Noraini

Panduan memilih nama untuk anak

panduan memilih nama bayi

credit to sources

Sebelum membuat keputusan untuk memilih nama anak sebaiknya anda ikut beberapa panduan berguna ini supaya dapat memberi nama yang terbaik untuk si kecil itu. Malah dengan nama tersebutlah mereka akan membawanya sampai dewasa. 

#1. Memilih nama yang disukai

Untuk anak lelaki, biasanya ramai ibu bapa akan memilih nama yang bermula dengan Muhammad sempena nama Nabi junjungan kita Nabi Muhammad SAW dan kemudian akan diikuti dengan nama lain yang mereka pilih.

#2. Ada makna yang baik dan jelas

Setiap nama yang dipilih itu juga memiliki makna yang sangat baik dan cukup jelas.

Malah jika memilih nama yang ada maksud yang mendalam adalah lebih bagus seperti kuat beriman, seorang yang berhati lembut, seorang yang berjiwa kental dan sebagainya.

#3. Jangan letak nama yang terlalu panjang

Paling penting jangan letak nama yang terlalu panjang kerana boleh menyebabkan maksud nama telah hilang atau membawa makna yang tidak bagus.

Jadi pilihan nama yang tidak melebihi dua atau tiga perkataan adalah lebih bagus. Asalkan ada makna yag baik.

#4. Lidah tidak terbelit semasa memanggil nama anak

Selain itu, jangan memilih nama yang boleh membuatkan lidah terbelit bila mahu memanggil namanya. Ataupun nama yang sukar untuk dieja hingga tertinggal mana-mana huruf.

#5. Nama yang menunjukkan penghambaan

Anda harus menjauhi nama anak yang menunjukkan pengabdian dan penghambaan kepada selain Allah seperti Abdul-Kaabah (Hamba Kaabah), Abdun-Nabi (Hamba Nabi), Abdul-‘Uzza (Hamba Tuhan ‘Uzza) dan lain-lain.

Menurut Syeikh Abdullah Nasih ‘Ulwan dengan memberi nama ini hukumnya adalah haram dengan sepakat ulama.

#6. Makruh memberi nama yang buruk

Selain itu, dimakruhkan memberi nama dengan nama-nama yang buruk seperti Harb, Murrah, Kalb, Ashiyah, Syaitan, Dzalim, Himar dan lain-lain.

Begitu juga dimakruhkan memberi nama yang dijadikan tengok nasib dengan penafian pada adat/ kebiasaan seperti Yasar (mudah), Rabah (untung), Najih (berjaya) dan  sebagainya. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Rangkaian Nama Bayi Perempuan Islam Dengan Maksud Pembawa Rezeki & Kebahagiaan

Baca juga: Koleksi Nama Bayi Kembar Islam Yang Comel & Terkini Bagi Tahun 2021, Ibu Jom Semak!

Baca juga: Koleksi Nama Bayi Malaysia Yang Unik & Jarang Digunakan, Ibu Ayah Wajib Semak!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!