Inspirasi nama-nama bayi perempuan dari selebriti Malaysia yang ibu ayah boleh pilih

lead image

Anda sedang mencari nama nama bayi perempuan untuk anak yang bakal lahir nanti? Jom kita dapatkan inspirasi daripada beberapa selebriti di Malaysia.

Mencari nama nama bayi perempuan untuk si kecil kita yang bakal lahir merupakan satu aktiviti yang sangat mengujakan.

Pada waktu inilah, kita dan pasangan akan sibuk membelek buku dan Google secara online bagi mendapatkan nama yang indah dan penuh dengan makna baik untuk diberikan pada anak kita nanti.

Inspirasi nama nama bayi perempuan yang anda boleh pilih

Kali ini, kami menyediakan beberapa nama anak perempuan selebriti di Malaysia yang diharapkan boleh memberi idea kepada anda dalam memilih nama cahaya mata yang bakal lahir nanti. 

Jom kita lihat beberapa nama nama bayi perempuan yang cukup cantik untuk disebut dan elok maknanya. Bolehlah anda pilih selepas bersalin nanti!

1. Nama anak Siti Nurhaliza – Siti Aafiyah

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/03/anak siti.jpg Inspirasi nama nama bayi perempuan dari selebriti Malaysia yang ibu ayah boleh pilih

Kredit: IG @ctdk

Siti Aafiyah membawa pelbagai maksud yang meliputi perlindungan, keselamatan dan jauh dari kesengsaraan di dunia dan akhirat.

2. Nama anak Rozita Che Wan – Aaisyah Dhia Rania

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/03/anak che ta.jpg Inspirasi nama nama bayi perempuan dari selebriti Malaysia yang ibu ayah boleh pilih

Kredit: IG @aaisyahdhiarana111

Aaisyah Dhia Rania merangkumi nama isteri Rasulullah iaitu Aisyah dan Dhia Rania yang membawa maksud “sinar kecantikan”.

3. Nama anak Erra Fazira – Engku Aleesya

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/03/anak erra.jpg Inspirasi nama nama bayi perempuan dari selebriti Malaysia yang ibu ayah boleh pilih

Kredit: IG @errafazira

Erra Fazira memilih nama indah Aleesya kerana ia membawa maksud yang cukup bermakna untuk dirinya, iaitu “yang dilindungi”.

4. Nama anak Vivy Yusof – Mariam Iman Shah

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/03/anak vivy.jpg Inspirasi nama nama bayi perempuan dari selebriti Malaysia yang ibu ayah boleh pilih

Kredit: IG @vivyyusof

Vivy Yusof sememangnya gemar meletakkan gelaran “Shah” di belakang setiap nama anaknya – Daniel Azim Shah dan Mariam Iman Shah. Nama “Mariam” diambil sempena nama ibu Nabi Isa.

5. Nama anak Linda Onn – Ungku Zara

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/03/anak linda.jpg Inspirasi nama nama bayi perempuan dari selebriti Malaysia yang ibu ayah boleh pilih

Kredit: IG @lindaonn7

Nama cahaya mata pertama DJ radio terkenal, Linda Onn, adalah Ungku Zara. Perkataan Zara membawa maksud “yang paling tinggi, atas”.

6. Nama anak Nabil Ahmad – Nayra Mikaila dan Layla Damita

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/03/anak nabil.jpg Inspirasi nama nama bayi perempuan dari selebriti Malaysia yang ibu ayah boleh pilih

Kredit: IG @ziranabil

Nama nama bayi perempuan Nabil Ahmad juga cukup cantik untuk disebut iaitu Nayra Mikaila dan Layla Damita. Nayra itu sendiri bermaksud “bercahaya” dan nama anak keduanya, Layla, bermaksud “malam”.

7. Nama anak Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya – Lara Alanaa

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/03/anak awal.jpg Inspirasi nama nama bayi perempuan dari selebriti Malaysia yang ibu ayah boleh pilih

Kredit: IG @laraalanaa

Pada mulanya, ramai yang mempersoalkan maksud nama anak Awal Ashaari iaitu Lara. Sebenarnya, dalam bahasa sepanyol, Lara itu mempunyai maksud yang cukup baik iaitu “perlindungan”.

8. Nama anak Alif Satar – Alisha Anugerah dan Ariana Mecca

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/03/anak alif.jpg Inspirasi nama nama bayi perempuan dari selebriti Malaysia yang ibu ayah boleh pilih

Kredit: IG @alifsatar

Nama nama bayi perempuan Alif Satar juga cukup cantik iaitu Alisha Anugerah dan Ariana Mecca. Alisha membawa makna “dilindungi” dan Ariana bermaksud “kehidupan”.

9. Nama anak Marion Caunter dan SM Nasarudin – Leia Rose dan Lana Rose

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/03/anak marion.jpg Inspirasi nama nama bayi perempuan dari selebriti Malaysia yang ibu ayah boleh pilih

Kredit: IG @marioncaunter

Maksud nama sulung Marion Caunter dalam bahasa sepanyol, Leia, adalah “kesetiaan” manakala Lana bermaksud “batu” dalam bahasa Hawaii atau “cahaya” dalam bahasa yunani.

10. Nama anak Fasha Sandha – Putri Raysha Jemaima

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/03/anak fasha.jpg Inspirasi nama nama bayi perempuan dari selebriti Malaysia yang ibu ayah boleh pilih

Kredit: IG @fashasandha

Raysha membawa maksud “pemimpin”. Manakala, nama Jemaima diambil daripada nama salah satu anak Nabi Ayub yang cukup cantik wajahnya.

Sedapkan nama nama bayi perempuan selebriti di Malaysia ini? Agak-agaknya, mana satu yang menjadi pilihan kalbu anda? Jom berkongsi pendapat di ruangan komen ya!

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

100 nama bayi perempuan Islam dengan makna yang baik (huruf A-J)

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!