Inspirasi Nama-Nama Bayi Perempuan Dari Selebriti Malaysia Yang Ibu Ayah Boleh Pilih

undefined

Nama bayi perempuan Malaysia dengan maksud yang baik boleh diambil dari beberapa nama anak selebriti terkenal ini. Jadikan ia sebagai rujukan anda

Mencari nama bayi perempuan Malaysia untuk si kecil kita yang bakal lahir merupakan suatu perkara yang sangat mengujakan. Mana tidaknya ada banyak pilihan nama unik dan sedap didengar.

Pada waktu inilah, anda dan pasangan akan sibuk membelek buku dan membuat carian di internet bagi mendapatkan nama yang indah serta penuh makna baik untuk diberikan pada anak kecil nanti.

Inspirasi nama bayi perempuan Malaysia dari nama anak selebriti terkenal

Kali ini, kami menyediakan beberapa nama anak perempuan selebriti di Malaysia yang diharapkan boleh memberi idea kepada anda dalam memilih nama cahaya mata yang bakal lahir nanti. 

Jom kita lihat beberapa nama nama bayi perempuan yang cukup cantik untuk disebut dan elok maknanya. Bolehlah anda pilih selepas bersalin nanti!

1. Nama bayi perempuan Malaysia- Anak Siti Nurhaliza: Siti Aafiyah

siti afiyah

Siti Aafiyah membawa pelbagai maksud yang meliputi perlindungan, keselamatan dan jauh dari kesengsaraan di dunia dan akhirat.

2. Nama anak Rozita Che Wan – Aaisyah Dhia Rana

aaisyah dhia rana

Aaisyah Dhia Rania merangkumi nama isteri Rasulullah iaitu Aisyah dan Dhia Rania yang membawa maksud “sinar kecantikan”.

3. Nama anak Erra Fazira – Engku Aleesya

engku aleesya

Erra Fazira memilih nama indah Aleesya kerana ia membawa maksud yang cukup bermakna untuk dirinya, iaitu “yang dilindungi”.

4. Nama anak Vivy Yusof – Mariam Iman Shah

mariam iman shah

Vivy Yusof sememangnya gemar meletakkan gelaran “Shah” di belakang setiap nama anaknya – Daniel Azim Shah dan Mariam Iman Shah. Nama “Mariam” diambil sempena nama ibu Nabi Isa.

5. Nama anak Linda Onn – Ungku Zara

ungku zara anak linda onn

Nama cahaya mata pertama DJ radio terkenal, Linda Onn, adalah Ungku Zara. Perkataan Zara membawa maksud “yang paling tinggi, atas”.

6. Nama anak Nabil Ahmad – Nayra Mikaila dan Layla Damita

anak nabil ahmad

Nama nama bayi perempuan Malaysia Nabil Ahmad juga cukup cantik untuk disebut iaitu Nayra Mikaila dan Layla Damita. Nayra itu sendiri bermaksud “bercahaya” dan nama anak keduanya, Layla, bermaksud “malam”.

7. Nama anak Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya – Lara Alana

lara alana

Pada mulanya, ramai yang mempersoalkan maksud nama anak Awal Ashaari iaitu Lara. Sebenarnya, dalam bahasa sepanyol, Lara itu mempunyai maksud yang cukup baik iaitu “perlindungan”.

8. Nama anak Alif Satar – Alisha Anugerah dan Ariana Mecca

anak alif satar

Nama nama bayi perempuan Alif Satar juga cukup cantik iaitu Alisha Anugerah dan Ariana Mecca. Alisha membawa makna “dilindungi” dan Ariana bermaksud “kehidupan”.

9. Nama anak Marion Caunter dan SM Nasarudin – Leia Rose dan Lana Rose

anak Marion Caunter dan SM Nasarudin

Maksud nama sulung Marion Caunter dalam bahasa sepanyol, Leia, adalah “kesetiaan” manakala Lana bermaksud “batu” dalam bahasa Hawaii atau “cahaya” dalam bahasa yunani.

10. Nama anak Fasha Sandha – Aisha Amaira

anak fasha sandha

Raysha membawa maksud “pemimpin”. Manakala, nama Jemaima diambil daripada nama salah satu anak Nabi Ayub yang cukup cantik wajahnya. Memandangkan kini Fasha sudah memiliki anak ketiga hasil perkahwinan bersama Aidil Aziz, dia meletakkan nama Aisha Amaira yang bermaksud bahagia dan cantik selamanya. 

Inspirasi nama bayi perempuan bermula huruf A-D

Nama bayi perempuan unik dari huruf A

  • Aeleasha : jujur
  • Athifa : penuh kasih sayang
  • Azkia : lebih suci, bersih
  • Aeera : angin
  • Alsava : ketenangan
  • Ayunina : bunga yang cantik

Nama bayi perempuan unik dari huruf B

  • Brunella : berambut coklat
  • Beril : permata yang bercahaya
  • Behati : beruntung
  • Barsha : hujan
  • Beatrisa : dia yang membawa kebahagian
  • Birdella : cerdas
  • Bonanza : pemandangan yang indah

Nama bayi perempuan unik dari huruf C

  • Claretta : berkilau
  • Cadenza : irama
  • Caera : teman
  • Calandra : kreatif, unik
  • Cyrinda : lembut, baik, bekerja keras
  • Calya : sempurna, tanpa cacat
  • Crescencia : pertumbuhan

Nama bayi perempuan unik dari huruf D

  • Daniza : kegembiraan
  • Dyra : rumah, hati
  • Diomira : wanita penting di sebuah desa
  • Davidya : yang disayangi
  • Dyvette : pemanah kecil
  • Dzafina : pengembara hari

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Rangkaian Nama Bayi Perempuan Islam Dengan Maksud Pembawa Rezeki & Kebahagiaan 

Baca juga: Koleksi Nama Bayi Kembar Islam Yang Comel & Terkini Bagi Tahun 2021, Ibu Jom Semak!

Baca juga: Kumpulan Nama Bayi Perempuan Dengan Maksud Ratu & Puteri, Lengkap Dari Huruf A-Z!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!