4 Sebab Kenapa Nenek Sebelah Ibu Amat Penting & Istimewa Pada Cucu

lead image

Datuk dan nenek memainkan peranan penting dalam kehidupan anak-anak. Tapi, sains mengatakan yang nenek sebelah ibu lebih istimewa pada cucu. Kenapa pula?

Adakah nenek menjaga anda semasa beberapa tahun pertama kelahiran anda? Atau anak anda sekarang dijaga oleh nenek kandung mereka?

Sains kini telah membuktikan kenapa datuk dan nenek penting dalam kehidupan cucu selain dari kasih sayang mereka. Lebih-lebih lagi nenek sebelah ibu! Dan ini sebabnya…

Ini sebab kenapa nenek sebelah ibu penting & istimewa pada cucu

src=https://t3.ftcdn.net/jpg/02/29/21/64/240 F 229216464 sW0SJDNHifmL2XDXdhd8jYQRl7ymUewC.jpg 4 Sebab Kenapa Nenek Sebelah Ibu Amat Penting & Istimewa Pada Cucu

1. Mereka mempunyai pengaruh genetik pada cucu mereka

Setiap organisma di bumi ini dibuat dari DNA, seperti huruf yang membentuk arahan. Genetik adalah kumpulan DNA yang membuat keseluruhan pesanan pada arahan. ‘Arahan’ diwarisi dari ibu bapa kepada anak-anak pada setiap generasi.

Datuk dan nenek sebelah ibu dan ayah mempunyai suku DNA yang sama dengan cucu mereka.

Kedua-dua genetik datuk dan nenek diwarisi oleh cucu. Tapi, sains menemui yang nenek sebelah ibu mempunyai kesan yang lebih pada cucu mereka.

2. Mereka lebih dari hanya sekadar menjaga cucu 

src=https://media.istockphoto.com/photos/up close photo of a senior womans hands being held picture id468720832?k=6&m=468720832&s=612x612&w=0&h=DOP2xe1QIa7yJZOcrxoXSEWp3JDibISOmLlXJdnkUvo= 4 Sebab Kenapa Nenek Sebelah Ibu Amat Penting & Istimewa Pada Cucu

3. Bukti saintifik genetik yang kuat antara nenek sebelah ibu dan cucu mereka

Menurut teori, kromosom X menerangkan kenapa nenek sebelah ibu dan sebelah ayah berhubung dengan cara berlainan pada cucu mereka.

Seperti yang kita tahu, kromosom lelaki adalah XY. Kromosom perempuan pula adalah XX. Kromosom X dan Y diturunkan oleh sperma dan telur ibu bapa dan akan menentukan jantina.

25% kromosom X pada nenek kandung sebelah ibu mempunyai hubungan dengan cucu mereka (perempuan atau lelaki) tapi nenek sebelah ayah hanya menurunkan satu kromosom X pada anak perempuan.

Tapi tak ada kromosom X yang diberikan pada cucu lelaki. Ini bermakna, nenek sebelah ayah kongsi 50% kromosom X dengan cucu perempuan tapi 0% kromosom X pada cucu lelaki.

Saintis percaya yang “ketidakpastian ayah” boleh mempengaruhi motivasi datuk dan nenek sebelah ayah untuk menjaga cucu mereka. Teori ini mencadangkan yang ahli keluarga lelaki tak yakin yang mereka boleh 100% ambil berat pada anak-anak. 

Lama kelamaan “ketidakpastian ayah” mengurangkan kerelaan saudara belah bapa untuk menjaga anak mereka – termasuk nenek sebelah ayah.

Wanita pula yakin dengan anak yang mereka lahirkan dan hubungan ini diturunkan dari generasi ke generasi.

4. Mereka ada peranan istimewa sebagai nenek sebelah ibu

src=https://cdn.someecards.com/posts/girl comes out by accident DDB.png 4 Sebab Kenapa Nenek Sebelah Ibu Amat Penting & Istimewa Pada Cucu

Teori lain dari penulis novel Alejandro Jodorowsk mengatakan, di antara keempat-empat datuk dan nenek, cucu lebih rapat dengan nenek pada sebelah ibu.

Menurutnya, hal ini kerana genetik diturunkan dari generasi ke generasi. Kerana ini, beberapa orang lebih menyerupai nenak dan atuk mereka dari ibu bapa mereka.

Dia juga percaya yang ibu bukan saja menurunkan genetik dan DNA-nya kepada anak perempuan mereka. Dia juga menurunkan emosi kepada anak perempuan mereka dan proses ini berulang pada anak perempuan kepada anak perempuan mereka.

Beberapa teori ini menerangkan kenapa nenek sebelah ibu penting pada cucu. Tapi, orang datang dari latar belakang yang berbeza dan tak semestinya ia sama dengan realiti.

Sebagai cucu, kita perlu bersyukur dan menghargai datuk dan nenek kita tak kisah berapa banyak genetik yang mereka kongsi dengan kita. Serta, hargai mereka sementara mereka masih ada.

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Penulis asal Kevin Wijaya, mendapat kebenaran theAsianparent Singapore untuk diterjemahkan

Baca juga: 

10 Cara Atuk Nenek Selalu Kepoh Apabila Ibu Bapa Mengajar Anak

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!