Wajarkah netizen dengan kejam mengutuk dan hina 4 anak artis tak berdosa ini?

lead image

Kebebasan hak bersuara bukan tiket untuk kita mengutuk orang sesuka hati mereka seperti apa yang dilakukan ini, netizen kutuk anak artis yang tidak berdosa.

Kehadiran media sosial seolah-olah memberi kebenaran kepada netizen untuk bercakap apa sahaja. Ini termasuklah mengutuk kanak-kanak yang tidak berdosa.

Inilah apa yang sering berlaku di laman sosial kini. Lebih-lebih lagi pada artis atau orang terkenal. Menjadi terkenal seolah memberi lesen untuk netizen kutuk anak artis.

Kita sebagai ibu bapa pasti marah dan kecewa apabila ank yang kita kandung dikutuk oleh orang yang entah kita kenal atau tidak itu. Siapa mereka nak mengatakan anak yang kita lahirkan ini buruk atau cacat?

Ini jugalah yang dirasai oleh para selebriti berikut apabila netizen sewenang-wenangnya meluahkan apa yang mereka rasa tanpa berfikir.

Ini adalah antara anak artis yang dikutuk oleh netizen.

1. Netizen kutuk anak artis – Mohamed Neqayl

netizen kutuk anak artis, kutuk anak, siber buli, pembuli siber, kecam anak artis

Sebelum ini pelakon comel Nora Danish dan pasangannya, Nedim seringkali dikritik oleh netizen dari zaman mereka bercinta hingga mereka berkahwin.

Anak mereka yang lahir pada awal tahun ini juga tak terlepas dari dikutuk netizen. Pelbagai tohmahan dan cacian dilemparkan pada bayi yang tidak bersalah ini.

Sengaja kami siarkan komen-komen tersebut seperti di bawah:

netizen kutuk anak artis, kutuk anak, siber buli, pembuli siber, kecam anak artis

Nora Danish yang kecewa dengan komen segelintir netizen ini mengatakan yang buli siber perlu dihentikan.

Dia juga tidak boleh terima anaknya yang suci dan tiada dosa ini dikutuk tanpa belas.

2. Netizen kutuk anak artis – Lara Alana

netizen kutuk anak artis, kutuk anak, siber buli, pembuli siber, kecam anak artis

Anak kepada pasangan popular Scha Alyahya dan Awal Ashaari ini juga tak terlepas dari kutukan netizen. Awal dan Scha yang kerap kongsikan video Lara di Instagram mendapat kecaman dari netizen yang mengatakan anak mereka lembab.

Ini kerana netizen menganggap yang Lara sudah besar dan masih tidak tahu bercakap.

Ada juga netizen yang mengatakan muka Lara Alana seperti kanak-kanak down syndrome! Melampau betul!

Awal dan Scha juga memberikan komen pengkutuk-pengkutuk ini dengan menyuruh netizen untuk tidak menghakimi kehidupan mereka berdasarkan apa yang mereka kongsi di media sosial.

Awal dan Scha juga tidak perlu untuk berkongsi segala-galanya tentang perkembangan anak mereka.

3. Netizen kutuk anak artis – Airit Qaqa Arjuna

netizen kutuk anak artis, kutuk anak, siber buli, pembuli siber, kecam anak artis

Rita Rudaini turut mendapat nasib yang sama apabila seorang individu memberi komen tentang rambut anaknya.

Individu itu berkata “Kenapa rambut macam perempuan. Kalau lelaki buat cara lelaki. Ini sudah dididik cara begini, esok jadi Sajat, padan muka.”

Komen Rita tentang perkara ini adalah “Bagi saya, orang macam itu penuh dengan sifat dengki dan iri hati sesama manusia.

Kalau dengan budak kecil pun mereka kecam, maknanya hati mereka hitam. Itu anak saya dan saya tidak menyusahkan netizen. Jadi, kenapa perlu melayangkan komen sedemikian.”

Takkan sampai rambut kanak-kanak pun nak kita kutuk? 

4. Netizen kutuk anak artis – Yahaira Leanne

netizen kutuk anak artis, kutuk anak, siber buli, pembuli siber, kecam anak artis

Lisa Surihani juga pernah memberikan komen di laman Instagramnya apabila seorang netizen menulis yang anak sulungnya, Yahaira tidak cantik.

netizen kutuk anak artis, kutuk anak, siber buli, pembuli siber, kecam anak artis

Lisa yang juga giat menjalankan kempen anti buli menyuruh semua orang berhenti membuli kerana ia boleh membuatkan seseorang hilang keyakinan diri.

Lebih-lebih lagi jika mereka sering dibuli dari kecil.

Setiap perkara yang kita lakukan perlu ada hadnya. Apa hak kita untuk mengutuk ciptaan Tuhan dan mendoakan perkara yang bukan-bukan kepada anak kecil yang tidak berdosa?

Hentikan budaya tidak sihat ini dan hargai orang sekeliling, pasti hidup kita akan lebih bermakna.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

7 cara bagaimana ibu bapa boleh elak anak jadi seorang pembuli siber