Niat Mandi Nifas & Cara Mandi Yang Wajib Ibu Buat Selepas Bersalin

lead image

Jika anda tertanya-tanya apa niat mandi nifas dan cara melakukannya. Baca artikel ini untuk ketahuinya dengan lebih lanjut.

Mungkin ramai ibu yang baru lepas bersalin, lebih-lebih lagi ibu yang pertama kali bersalin tertanya-tanya apa niat mandi nifas? Sama ke dengan mandi hadas besar?

Cara mandinya macam mana pula?

Dalam artikel kali ini, kami akan berkongsi jawapan kepada persoalan-persoalan ibu yang baru bersalin dan mahu mandi nifas ini. 

Tapi sebelum itu, jom kita semak 2 perbezaan ini:

Apa itu darah nifas?

src=https://asianparent assets my.dexecure.net/wp content/uploads/sites/6/2018/03/hukum dan cara mandi wajib selepas bersalin.jpg Niat Mandi Nifas & Cara Mandi Yang Wajib Ibu Buat Selepas Bersalin

Selepas bersalin, ada dua istilah yang sering digunakan oleh ibu selepas bersalin:

  1. Wiladah – Satu keadaan di mana seorang ibu itu baru lepas melahirkan anak.
  2. Nifas – Darah yang keluar selepas seorang ibu itu baru lepas melahirkan anak.

Jika anda bersalin atau keguguran, tapi tak keluar darah, anda perlu mandi wiladah. 

Jika selepas anda wiladah (baru lepas bersalin) dan keluar darah selama 40 ke 60 hari, anda perlu mandi wiladah dan nifas dalam satu mandian sahaja.

Niat mandi nifas

Niat mandi nifas ini hendaklah dilafazkan dalam hati, tapi jika sukar, anda juga boleh lafazkan secara lisan.

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/10/niat mandi nifas.jpg Niat Mandi Nifas & Cara Mandi Yang Wajib Ibu Buat Selepas Bersalin

Nawaitul ghusla lirofi’i hadatsinnafaasi lillaahi ta’aala.

Maksudnya: Sahaja aku mandi untuk menghilangkan hadas nifas kerana Allah ta’ala.

Cara lengkap mandi nifas beserta niat mandi nifas

src=https://d2m3klzcmjgreb.cloudfront.net/wp content/uploads/2018/10/shower2 w630.jpg Niat Mandi Nifas & Cara Mandi Yang Wajib Ibu Buat Selepas Bersalin

Cara untuk mandi nifas ini sangat mudah. Ia hampir sama dengan mandi wajib atau mandi junub.

  • Siapkan air, syampu dan sabun mandi
  • Niat dalam hati seperti niat di atas (atau secara lisan)
  • Baca kalimah basmallah (bismillahirrahmaanirrahiim)
  • Berwuduk dengan sempurna

Barang siapa yang berwudhu dengan sempurna, maka akan keluarlah dosa-dosa dari badannya, sehingga ia akan keluar dari bawah kuku-kukunya. (Hadis riwayat Muslim dalam Kitab at-Thaharah)

  • Menyiram air di kepala sebanyak tiga kali dan gosokkan sehingga mencapai akar rambut
  • Menyiram air ke seluruh badan
  • Menggosok bahagian rahim dan bahagian yang terkena bekas-bekas darah nifas dengan kain
  • Membasuh kaki

Wuduk akan terbatal sekiranya anda menyentuh kemaluan anda semasa mandi nifas dan perlu mengambil wuduk semula selepas mandi jika anda perlu berada dalam keadaan berwuduk selepas mandi.

Semoga bermanfaat.

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: SatriaBajaHitam

Baca juga:

Hukum dan cara mandi wajib selepas bersalin untuk para ibu muslimah

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!