5 Cara Rangsang Perkembangan Otak Anak, Salah Satunya Adalah Jaga Kesihatan Ususnya!

Ramai ibu bapa mahu anak bijak. Mereka juga lakukan pelbagai perkara yang boleh merangsang otak anak. Usus juga penting dan beri kesan pada prestasi anak.

Ramai ibu bapa yang sangat mementingkan perkembangan otak anak yang bijak. Tetapi kadang kala mereka terlepas pandang bahawa usus memainkan peranan yang sangat penting kepada perkembangan otak anak.

Bagaimana otak berkembang sangat dipengaruhi oleh nutrisi yang baik dan pengalaman anak bersama individu lain serta dunia di sekelilingnya.

Anda mungkin tidak sedar tetapi otak dan usus kita mempunyai banyak persamaan. Usus mempunyai lebih 100 juta sel saraf neuron. Kandungan neuron di usus adalah yang kedua tertinggi selepas otak, dan kedua-dua organ ini adalah sangat berkait rapat.

Otak anak yang sihat bergantung kepada ususnya

otak anak

Kredit: kurio.id

Banyak kajian saintifik mendapati bahawa terdapat kaitan di antara pesakit yang mengalami gangguan penghadaman seperti sindrom usus rengsa (atau Irritable Bowel Syndrome, IBS) dan isu kesihatan mental seperti kegelisahan, kemurungan dan gangguan emosi.

Satu lagi contoh bagaimana otak boleh memberi kesan kepada perut dan usus ialah dengan hanya berfikir tentang makanan kegemaran boleh membuatkan anda terliur dan perut berbunyi!

Pada masa yang sama, usus juga bertindak balas kepada emosi yang kuat seperti tekanan perasaan, kemarahan, kegelisahan atau kemurungan; ini boleh mengganggu proses penghadaman dan menyebabkan kekembungan atau ketidakselesaan perut atau usus.

Cara merangsang perkembangan otak anak

Jadi apakah aktiviti atau cara merangsang perkembangan otak anak yang boleh dilakukan ibu bapa?

#1. Makan dengan betul

Bekalkan khasiat untuk usus anak anda dengan memberikan buah-buahan dan sayur-sayuran yang cukup setiap hari. Pemakanan yang sihat seharusnya kaya dengan serat pemakanan.

Serat pemakanan tertentu atau prebiotik) penting kerana membantu menggalakkan pertumbuhan bakteria yang baik; antara contohnya ialah pisang, bawang putih, bawang besar dan bawang merah.

Anak anda boleh mendapatkan probiotik daripada makanan yang kaya probiotik seperti produk tenusu yang ditapai minuman susu berkultur, keju, yogurt) atau produk soya yang ditapai (tempe

Hadkan pengambilan makanan bergoreng dan minuman manis dan galakkan anak anda meminum sekurang-kurangnya lapan gelas air kosong sehari atau lebih pada hari panas atau jika terlibat dalam aktiviti fizikal yang lasak.

#2. Kekal aktif

otak anak

kredit: pekesbag.com

Aktiviti fizikal penting untuk kesihatan anak anda sekarang dan apabila meningkat dewasa nanti. Buat sekurang-kurangnya sejam sehari untuk melakukan aktiviti fizikal.

Aktiviti fizikal penting kerana ia membantu sistem penghadaman supaya berjalan lancar dengan menggalakkan pergerakan usus yang teratur dan sekaligus membantu mengekalkan berat badan yang sihat.

#3. Jaga kebersihan

Ajar anak anda mengenai penjagaan kebersihan peribadi. Mulakan dengan perkara asas seperti teknik mencuci tangan, dan tekankan kepentingan mencuci tangan selepas keluar tandas dan sebelum makan.

Ini adalah tabiat yang baik dan boleh membantu mencegah bakteria tidak baik daripada memasuki usus dengan mudah. Kebersihan makanan juga penting, terutamanya jika anak anda membantu di dapur.

Cuci tangan sebelum menguruskan makanan dan untuk mencegah pencemaran makanan dan sentiasa membasuh tangan selepas mengendalikan makanan yang mentah.

#4. Kurangkan tekanan

Terlalu banyak tekanan boleh memberi kesan buruk kepada sistem penghadaman anak anda, lalu boleh menyebabkan simptom seperti kembung perut dan ketidakselesaan perut dan usus.

Simptom seperti ini bukannya disebabkan oleh penyakit atau faktor fizikal yang lain, tetapi kerana hubungan di antara usus dan otak menjadi tidak serasi.

#5. Menyentuh tekstur

otak anak

kredit: mypolacy.de

Kanak-kanak adalah individu kecil yang gemar menggunakan sensori sentuhan, bau dan merasa untuk memahami dunia di sekitar mereka.

Lukiskan nombor atau huruf menggunakan pen marker pada sekeping kertas poster dan minta anak untuk menghiasnya dengan barangan bertekstur seperti kertas pasir, kekacang, bola kapas, pasta atau hiasan kerang.

Menyentuh lukisan dapat memberikan peluang kepada kanak-kanak untuk mengetahui dan merasai bagaimana ia dibentuk.

Bagi anak yang sedang belajar menulis, jari mereka dapat bereksperimen dengan bentuk huruf sebelum menggenggam alat tulis.

Jadi anda harus tahu, bukan segalanya berpunca dari otak, ada perkara lain juga yang berkait sama ya!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: Prof Dr Raja Affendi Raja Ali

Baca juga: Lihat Perbezaan Otak Anak Yang Terima Cukup Kasih Sayang Dan Tidak Cukup

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!