Pakai Stoking Ketika Berpantang - Keperluan Atau Membahayakan? - Ini Pendapat Doktor
Bila saja berpantang, ibu-ibu yang tidak pakai stoking ketika berpantang mesti akan mendapat teguran daripada sesiapa saja lagi-lagi orang yang lebih tua.
Stoking dan berpantang ibarat isi dengan kuku yang tidak dapat dipisahkan. Bila saja berpantang, ibu-ibu yang tidak pakai stoking ketika berpantang mesti akan mendapat teguran daripada sesiapa saja lagi-lagi orang yang lebih tua.
Ada pendapat mengatakan, jika tidak memakai stokin kaki ibu akan masuk angin yang boleh menyebabkan bentan kepada ibu yang sedang berpantang.
Bentan ini amat ditakuti dan seboleh-bolehnya perlu dielak daripada terkena kepada ibu yang sedang berpantang kerana ia boleh mengundang meroyan.
Pakai stoking ketika berpantang perlu atau tidak?
Ini adalah pilihan ibu berpantang itu sendiri. Jika kaki terasa sejuk, tidak salah untuk anda mengenakan stoking dibimbangi suhu badan akan cepat berubah kerana baru saja mengalami proses bersalin dan kehilangan darah yang banyak.
Jadi tidak salah untuk anda mengenakan stoking cuma ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian bagi mengelak sebarang perkara tidak diingini berlaku kepada anda, bayi malah keluarga.
Menurut perkongsian seorang doktor, Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, pemakaian stoking semasa berpantang tiada salahnya.
Berikut adalah perkongsian Doktor berkenaan di laman Facebook:
Emmm, nak berstoking tu takda masalahnya. Tapi kena jaga-jaga stoking ni kadang2 licin tak pasal-pasal jatuh tersembam, satu hal pulak lagi.
Sekadar nak pakai stoking masa tidur untuk elakkan kedinginan malam, saya rasa bukan satu masalah besar.
‘Angin’ masuk melalui kaki orang berpantang tak pakai stoking tu saya rasa agak keterlaluan dan tiada kajian santifik yang menyokong kenyataan tersebut.
Bahaya Pakai Stoking Semasa Berpantang?
Compression stoking
Ni saya bagitahu, kalau nak berstoking skalipun, guna Ted stokin atau compression stoking lagi elok dari stoking biasa. Ted stoking ni agak ketat dan betul2 mengikut bentuk kaki – cover tapak kaki sehingga ke betis dan ada yang sampai ke peha. Dengan stoking yang ketat ini pengaliran darah pada kaki dikekalkan lancar sekaligus membantu mencegah pembentukkan darah beku pada kaki.
Baca betul-betul, saya cakap pakai ted stoking ni untuk cegah darah beku pada kaki bukan cegah angin dari masuk ke dalam badan. Stoking biasa yang dipakai kebanyakkan ibu tu tak cegah darah beku dari terbentuk pun, nak elakkan sejuk saja boleh la pakai. Kalau rasa menyusahkan nak pakai stokin biasa tu toksah la pakai. Ok saja
Tak salah pun pakai stoking masa pantang
Menurut perkongsian doktor berkenaan, tiada salahnya memakai stoking ketika berpantang malah sebaliknya tidak memakainya pun tidak mengapa.
Cuma katanya, mengatakan jika tidak memakai stoking kaki akan masuk angin mungkin agak keterlaluan kerana tiada kajian saintifik mengenainya.
Katanya, ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian ketika memilih stokin untuk dipakai ketika berpantang ia termasuklah
#1. Material stoking
Pastikan material stokin itu tidak licin di tapaknya kerana dibimbangi apabila berjalan dengan stoking yang licin ibu pula tergelincir jatuh. Lebih parah jika jatuh ketika membawa bayi, lain pula cerita jadinya.
Jadi pemilihan material stokin amat penting bagi memastikan ibu berpantang sentiasa selamat, tidak memudaratkan ketika memakainya.
Jika sekadar nak pakai stoking untuk mengelak kedinginan malam tiada salahnya, yang penting tidak membahayakan sesiapa.
#2. Compression stoking
Mungkin ibu berpantang boleh memilih compression stoking yang mana ia sebenarnya lebih elok dari stoking biasa.
Ted stoking ni agak ketat dan betul2 mengikut bentuk kaki – cover tapak kaki sehingga ke betis dan ada yang sampai ke peha. Dengan stoking yang ketat ini pengaliran darah pada kaki dikekalkan lancar sekaligus membantu mencegah pembentukkan darah beku pada kaki.
Berdasarkan perkongsian doktor itu ted stoking ini menutupi tapak kaki sehingga ke betis dan ada yang sampai ke peha.
Dengan stoking itu pengaliran darah pada kaki dikekalkan lancar sekaligus membantu mencegah pembentukan darah beku pada kaki.
Baca betul-betul, saya cakap pakai ted stoking ni untuk cegah darah beku pada kaki bukan cegah angin dari masuk ke dalam badan. Stoking biasa yang dipakai kebanyakkan ibu tu tak cegah darah beku dari terbentuk pun, nak elakkan sejuk saja boleh la pakai. Kalau rasa menyusahkan nak pakai stokin biasa tu toksah la pakai. Ok saja
Beliau menekankan, ted stoking ini untuk mencegah darah beku pada kaki bukan mencegah angin dari masuk ke dalam badan.
Katanya , stoking biasa tidak mencegah darah darah beku dari terbentuk, tetapi jika nak elakkan sejuk boleh saja dipakai, tiada masalah pun.
Sumber: thezuriat
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Selalu stokin hilang sebelah? Cuba check dalam mesin anda seperti ini, anda pasti terkejut!