3 pakar pediatrik dan klinik pakar kanak-kanak yang terkenal di Malaysia

lead image

Selain perlu berpengalaman dan berpendidikan tinggi, pakar pediatrik juga harus berdepan dengan pelbagai ragam si kecil anda. Jom kenali mereka dengan lebih rapat

Apabila membabitkan kanak-kanak, kita biasanya akan berjumpa pakar pediatrik. Golongan profesional ini merupakan doktor yang dikhususkan untuk merawat kanak-kanak. 

Biasanya, pakar pediatrik mempunyai klinik kanak-kanak sendiri ataupun bekerja dengan hospital pakar. 

Sebelum membincangkan siapa pakar pediatrik yang terkenal di Malaysia, mari kita semak apakah tugas doktor pakar ini dulu.

Apa itu pakar pediatrik? 

Menurut Dr. Melanie, bidang perubatan pediatrik merupakan kumpulan khusus untuk merawat pesakit dalam lingkungan umur bayi hingga peringkat remaja yang berumur 18 tahun. 

Ia membabitkan rawatan penyakit yang biasa dan jarang kali berlaku kepada kanak-kanak dalam peringkat umur tersebut. Selain itu, doktor pakar pediatrik juga akan meneliti perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak dalam tempoh tertentu. 

DSC05738 3 pakar pediatrik dan klinik pakar kanak kanak yang terkenal di Malaysia

Pakar Pediatrik, Dr. Melanie

Menurutnya lagi ketika dalam sebuah wawancara media tempatan, had umur pesakit di Malaysia untuk dirawat pakar pediatrik adalah sehingga 18 tahun jika pesakit menerima rawatan di klinik kerajaan.

Manakala individu yang berumur 12 tahun ke atas yang mempunyai kad pengenalan akan dirawat di bahagian pesakit dewasa. 

“Pesakit yang mempunyai masalah kesihatan semenjak kecil seperti asma, talassemia atau masalah jantung akan meneruskan rawatan hingga kanak-kanak tersebut berumur 18 tahun,”. 

“Hal ini kerana, jika kanak-kanak tersebut di hantar ke wad dewasa, mereka mungkin sedikit kekok untuk menguruskan diri sendiri kerana keluarga tidak dibenarkan berada di wad tersebut ketika waktu malam,” katanya. 

Cabaran menjadi pakar pediatrik 

  • Cabaran untuk mendapatkan maklumat sejarah perubatan pesakit kerana ia hanya diceritakan oleh penjaga atau ibu bapa pesakit. 
  • Tidak mudah untuk mendapatkan simptom penyakit dengan lebih tepat. 
  • Sukar mendapatkan kepastian dari pesakit kanak-kanak kerana mereka hanya boleh cakap ‘ya’ atau ‘tidak tahu’ saja. 
  • Perlu menjadi lebih fleksibel kerana ada ketikanya kanak-kanak tidak tahu duduk diam ketika menerima rawatan. 
  • Pakar pediatrik perlu banyak bersabar, bersikap terbuka dan belajar mencuri perhatian kanak-kanak supaya mereka senang dirawat. 
  • Berkomunikasi dengan ibu bapa sangat penting untuk membuat sebarang keputusan ketika anak mereka sedang dirawat. 

Kes atau penyakit yang membabitkan pakar pediatrik 

  1. Masalah pernafasan
  2. Sakit tekak
  3. Asma
  4. Pneumonia (jangkitan paru-paru)
  5. Cirit-birit
  6. Jangkitan virus seperti demam denggi
  7. Penyakit lain yang mungkin pesakitnya adalah kanak-kanak 

2 pakar pediatrik yang terkenal di Malaysia 

Dr Teoh Soh Lan mydoctiny 3 pakar pediatrik dan klinik pakar kanak kanak yang terkenal di Malaysia

Dr. Teoh Soh Lan 

  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) dari Universiti Malaya pada tahun 2004.
  • Menamatkan pengkhususan Pediatrik dengan Royal Kolej Kesihatan Kanak-Kanak (RCPCH), UK pada tahun 2009
  • Bekerja di Hospital Melaka sehingga tahun 2014 dan ditauliahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia atas kecekapannya dalam Pediatrik Am dan Neonatologi
  • Didaftarkan sebagai Pakar Pediatrik Umum dengan Daftar Pakar Kebangsaan (NSR).
  • Beliau telah telah dianugerahkan Sijil Kecemerlangan oleh Hospital Melaka pada tahun 2009.

dr long yew gin mydoctiny 3 pakar pediatrik dan klinik pakar kanak kanak yang terkenal di Malaysia

Dr. Long Yew Giin 

  • Merupakan seorang pakar perunding pediatrik 
  • Mempunyai kepakaran dalam Pediatrik Kardiologi dan Neonatologi.
  • Beliau berkelulusan dari Pusat Perubatan Pertahanan Negara, Taiwan pada tahun 2000.
  • Beliau seterusnya memperolehi kelayakan sebagai pakar perunding pediatrik dari Persatuan Pediatrik Taiwan pada tahun 2004.
  • Dr. Long telah memegang jawatan Pakar Perunding Pediatrik di Hospital Madou Sin Lau, Taiwan lebih daripada 10 tahun.
  • Beliau juga terlatih dalam mendiagnosis dan merawat kanak-kanak yang mengalami masalah jantung.

8 klinik pediatrik atau pakar kanak-kanak area Lembah Klang

wanita bercerita 3 pakar pediatrik dan klinik pakar kanak kanak yang terkenal di Malaysia

  • Klinik Kanak-Kanak Ong Sdn Bhd

    Alamat: No 34, Jalan Mamanda 7 Taman Dato Ahmad Razali, 68000 Ampang

  • Klinik Kanak-Kanak Pauline

    Alamat: 42 Jalan Hujan Rahmat 2, Overseas Union Garden, 58200 KL

  • Dr. Chin’s Children Specialist Clinic

    Alamat: 3-18, Jln Desa 2/2, Desa Aman Puri, 52100 Kepong

  • Baby and Beyond Clinic (Bangsar)

    Alamat : 3F-5, Level 3, Bangsar Village II, 2 Jalan Telawi Satu, Bangsar Baru, 59100 KL

  • Klinik Pakar Kanak-Kanak Chye

    Alamat: 41, Jalan USJ 10/1F, USJ 10, 47620 Subang Jaya

  • Klinik Pakar Kanak-Kanak & Keluarga Liang

    Alamat: Unit G02, Block A, Perdana Condominium No 15, Jalan PJU8/1, Bandar Damansara Perdana, 47820 PJ

  • Klinik Pakar Kanak-Kanak Kota Kemuning

    Alamat: No. 5G, Jalan Anggerik Vanilla X31/X, Kota Kemuning, Shah Alam, 40460 Shah Alam

  • Klinik Pakar Kanak-Kanak Little One

    Alamat: No. 5, Jalan Usj 9/3F, 47620 Subang Jaya

Semoga perkongsian ini berguna untuk anda!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan: BidadarigetdocMydoc AsiaMakchic.com 

Baca juga

5 Perkara Pakar Pediatrik Percaya Yang Para Ayah Patut Tahu