X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Pakej Berpantang Terbaik di Lembah Klang Untuk Ibu Baru Bersalin, Lengkap Dengan Penyediaan Makanan Tau!

Waktu berpantang merupakan waktu untuk ibu merawat diri dan berehat untuk pemulihan badan. Perkhidmatan pembantu berpantang akan membantu ibu, jadi pilih pakej berpantang yang terbaik ya!

Menjelang tarikh bersalin, pasti ibu sudah mula mencari pakej bersalin bagi menguruskan hal ibu dalam tempoh berpantang. Bagi kawasan Lembah Klang, ada banyak syarikat yang menawarkan pakej bersalin mengikut bajet, malah ada yang ditempah seawal 3 bulan kehamilan!

Pakej bersalin biasanya didatangkan dengan servis menguruskan ibu dan bayi semasa tempoh berpantang, termasuklah mengurut ibu,  menyediakan perkhidmatan spa seperti lulur dan bertungku, memandikan bayi, serta ada juga yang membasuh baju dan menyediakan makanan.

Malah ada pakej bersalin yang menawarkan confinement lady untuk tinggal bersama ibu dan bayi mengikut tempoh yang dikehendaki. Wah, ini sangat membantu para ibu yang masih lemah selepas  bersalin.

Adakah Urut Selepas Bersalin Itu Perlu?

pakej berpantang Kredit gambar: Traditional Bodywork

Sementara definisi urutan selepas bersalin mungkin kedengaran seperti tiada langsung yang istimewa, tetapi menerima urutan itu dapat memberikan anda satu mood dan mempercepatkan kesembuhan.

Urutan selepas bersalin biasanya termasuklah kebanyakkan elemen yang sama pada urutan biasa. Ibu yang mendapat urutan selepas bersaling selalunya akan perasan akan beberapa kelebihannya ke atas tubuh dan moodnya yang dikaitkan dengan urutan itu secara amnya.

Jika ibu melalui proses kelahiran secara cesarean, bercakap dengan kedua-dua doktor dan pengurut anda untuk memastikan yang ia adalah selamat. Sesetengah tukang pantang tidak akan melakukan urutan pada mereka yang melakukan surgeri dalam 6 minggu selepas bersalin.

Jika anda mempunyai darah beku ketika mengandung atau sebelumnya, doktor anda biasanya akan sudah mencadangkan kepada anda untuk mengelak daripada urutan. Rujuk pada doktor anda apabila ia sudah kembali selamat untuk mendapatkan urutan.

Antara beberapa kelebihan urutan termasuklah: 

  • Melegakan kesakitan
  • Mengurangkan stress
  • Menenangkan

Sementara ia adalah antara sebab-sebab yang cukup baik untuk semua orang mahukan satu sesi urutan, ibu yang baru melahirkan khususnya boleh pertimbangkan urutan. Urutan menawarkan kelebihan spesifik untuk kesihatan anda ketika trimester ke-4. 

Kebaikan urutan untuk ibu yang baru melahirkan termasuklah:

  • Mengurangkan bengkak. Ramai para ibu mendapati yang tubuh mereka bengkak-bengkak sewaktu melahirkan. Mengurut boleh membantu untuk mengagihkan semula air di sekitar tubuh dan menggalakkan penyaliran dan peredaran cecair berlebihan.
  • Memperbaiki penghasilan susu. Untuk ibu-ibu yang mencari cara untuk meningkatkan bekalan susu ibu, urutan boleh menjadi satu cara yang terbaik untuk meningkatkan peredaran dan hormon penting untuk menjadikannya ia berlaku, seperti mana yang telah terbukti menerusi kajian.
  • Menggalakkan keseimbangan hormon. Tubuh selepas bersalin adalah yang sentiasa menghadapi hormon turun naik. Tambahan lagi kepada sentuhan, banyak urutan melibatkan minyak pati yang boleh membantu menaikkan mood seseorang dan mungkin dapat menggalakkan keseimbangan hormon.
  • Mengurangkan gemuruh dan kemurungan. Ramai pasangan yang baru bergelar ibu ayah mengalami "baby blues" atau malah juga postpartum depression. Mendapatkan sesi urutan boleh membantu mengurangkan stress yang membawa kepada gemuruh dan perasaan tertekan.
  • Tidur yang lebih baik. Setiap orang tahu yang pasangan yang baru bergelar ibu ayah memerlukan tidur yang cukup seboleh yang mungkin. Urutan boleh membantu ibu ayah untuk relaks dan membuatkan tubuh mereka bersedia untuk sesi tidur yang nyenyak dan pulih.

Memilih Pakej Berpantang Pilihan

pakej berpantang Kredit gambar: Beauty Mums & Babies

Walaupun banyak tawaran dari pelbagai pakej bersalin, pastikan ibu menitikberatkan beberapa perkara sebelum memilih pakej. Ini kerana harga untuk pembantu berpantang bukanlah murah ya, jadi ibu harus pilih yang perlu dan mengikut bajet anda.

Jenis perkhidmatan

Pastikan ibu memilih pakej bersalin yang lengkap dengan keperluan anda. Contohnya, sekiranya ibu berpantang di rumah keluarga, mungkin ibu tidak perlu mengambil pakej pembantu bermalam di rumah selama tempoh berpantang.

Rekomendasi

Pastikan ibu bertanya pada keluarga dan rakan-rakan yang pernah menggunakan khidmat dari syarikat, terutama mengenai servis yang dijalankan. Adakah mereka melakukannya dengan baik dan dengan harga yang berbaloi?

Profesional

Cari pembantu yang boleh menguruskan ibu dan bayi dengan baik dan lemah lembut, serta memberikan sepenuh perhatian semasa bekerja. Yang penting dia mematuhi kesemua perkhidmatan di dalam pakej dengan baik.

Oh ya, pastikan ibu memberitahu tarikh anggaran kelahiran @ due date lebih awal kepada pihak penjagaan berpantang ya. Ini bagi memastikan pihak syarikat dapat mengosongkan slot terlebih awal bagi memberikan sepenuh perhatian kepada anda!

6 Pakej Berpantang Di Sekitar Lembah Klang

Pakej Berpantang Di Sekitar Lembah Klang
product image
CINTAIBU Pre and Postnatal Care by Aprena
Pakej Berpantang Dan Urut Terbaik Untuk Sebelum Dan Selepas Bersalin
more info icon
View Details
Klik untuk temujanji
product image
Mama Baby Confinement Care
Pakej Berpantang Terbaik Lengkap Perkhidmatan Dengan Bertahun Pengalaman
more info icon
View Details
Klik untuk temujanji
product image
Pantang Mother Care HQ
Pakej Berpantang Terbaik Harga Berpatutan
more info icon
View Details
Klik untuk temujanji
product image
Perbidanan Melayu
Pakej Berpantang Terbaik Dengan Servis Makanan Pantang
more info icon
View Details
Klik untuk temujanji
product image
Elvira Postnatal Care
Pakej Berpantang Terbaik Dengan Bengkung Percuma
more info icon
View Details
Klik untuk temujanji
product image
Fazrina Postnatal Care
Pakej Berpantang Terbaik Mengikut Kesesuaian Dan Bajet Anda
more info icon
View Details
Klik untuk temujanji

CINTAIBU Pre and Postnatal Care by Aprena

Pakej Berpantang Dan Urut Terbaik Untuk Sebelum Dan Selepas Bersalin

pakej berpantang

Cintaibu merupakan perkhidmatan penjagaan pantang dan urut yang diasaskan oleh selebriti Aprena. Mereka juga menyediakan perkhidmatan mengurut sesiapa sahaja, ini bermakna yang belum berkahwin pun boleh ya!

Ibu boleh pilih mana-mana pakej yang menepati keinginan dan bajet, pastinya dengan CL yang berpengalaman. Mereka juga menawarkan pakej prenatal dan pakej penutup pantang.

Pakej berpantang yang disediakan:

  • Menguruskan bayi
  • Mengurut 
  • Sauna
  • Tangas
  • Scrub
  • Tungku
  • Mandi herba tradisional

Tugasan harian seperti:

  • Memasak masakan pantang
  • Mencuci baju ibu dan bayi
  • Mengemas rumah dan dapur (asas)

Instagram: 

www.instagram.com/cintaibu_hq

CINTAIBU Pre and Postnatal Care by Aprena

product imageKlik untuk temujanji

Mama Baby Confinement Care

Pakej Berpantang Terbaik Lengkap Perkhidmatan Dengan Bertahun Pengalaman

pakej berpantang

Buat yang masih mencari pakej berpantang, ibu boleh cuba perkhidmatan CL dari Mama Baby Confinement Care yang sudah bertahun-tahun beroperasi. Selain itu, mereka juga menawarkan pakej penutup pantang dan pakej urutan wanita yang keguguran.

Oh ya, di sini juga anda boleh tempah pakej makanan berpantang sahaja yang akan dihantar terus ke rumah!

Pakej berpantang yang disediakan:

  • Menguruskan bayi
  • Urutan bersalin (normal/czer)
  • Urutan lancar susu
  • Bertungku
  • Naikkan peranakan/urutan sengkak
  • Mandian dan lulur herba
  • Bertangas wangi
  • Sauna herba
  • Pam/pilis/tapel perut/pakaikan bengkung

Tugasan harian seperti:

  • Memasak masakan pantang 2kali sehari (Bahan mentah disediakan CL)

Instagram:

https://www.instagram.com/mama_baby_confinement_care/

Mama Baby Confinement Care

product imageKlik untuk temujanji

Pantang Mother Care & Beauty

Pakej Berpantang Terbaik Harga Berpatutan

pakej berpantang

PMC Postnatal adalah salah satu penyedia penjagaan selepas bersalin di rumah yang berpatutan di Malaysia dan telah bertapak selama 4 tahun.  PMC Postnatal akan bantu ibu dengan memberi perkhidmatan berpantang yang lengkap dengan harga mesra poket. Layanan pantang akan diberikan oleh terapis yang terlatih dan berpengalaman.

Selain pakej berpantang, mereka juga menawarkan urutan prenatal dan pakej keguguran.

Pakej berpantang yang disediakan:

  • Menguruskan bayi
  • Mengurut 
  • Sauna
  • Tangas
  • Scrub
  • Tungku
  • Mandi herba tradisional

Tugasan harian seperti:

  • Memasak masakan pantang
  • Mencuci baju ibu dan bayi
  • Mengemas rumah dan dapur (asas)

Facebook: 

https://www.facebook.com/PANTANGMOTHERCARE/

Pantang Mother Care HQ

product imageKlik untuk temujanji

Perbidanan Melayu

Pakej Berpantang Terbaik Dengan Servis Makanan Pantang

pankej pantang lembah klang

Perbidanan Melayu menawarkan harga pakej berpantang yang disertakan sekali dengan pengangkutan percuma. Selain itu, bagi yang berniat untuk mencukur kepada bayi, boleh request sekali tau. Alang-alang dimanjakan, ibu akan diberikan servis penjagaan muka dalam pakej yang sama.

Bagi tempahan 14 hari ke atas, ibu boleh mendapatkan servis makanan pantang secara percuma!

Pakej berpantang yang disediakan:

  • Menguruskan bayi
  • Urutan tradisional
  • Urutan lancar susu (jika perlu)
  • Mandi limau
  • Mini facial
  • Urutan totok wajah
  • Body mask
  • Ungkup wangi 
  • Lulur bara
  • Mandi bunga
  • Bertangas herba
  • Sauna dan urutan scrub
  • Pam/pilis/tapel perut/pakaikan bengkung

Tugasan harian seperti:

  • Memasak masakan pantang

Instagram:

https://www.instagram.com/perbidananmelayu/

Perbidanan Melayu

product imageKlik untuk temujanji

Elvira Postnatal Care

Pakej Berpantang Terbaik Dengan Bengkung Percuma

pantang lembah klang

Elvira Beauty Care & Services menawarkan pelbagai pakej yang menarik khusus untuk ibu-ibu yang belum mempunyai jumpa CL yang sesuai. Perkhidmatan berpantang yang ditawarkan juga boleh ditempah dari 3 hari sehingga mencecah sehingga 44 hari keseluruhan.

Menariknya, mereka juga menawarkan bengkung percuma buat para pelanggan.

Pakej berpantang yang disediakan:

  • Menguruskan bayi
  • Urutan tradisional khas
  • Mandian herba wangi
  • Tungku
  • Sauna
  • Tangas
  • Lulur/scrub
  • Pam/pilis/tapel perut/pakaikan bengkung

Tugasan harian seperti:

  • Memasak masakan pantang
  • Mencuci baju ibu dan bayi
  • Mengemas rumah dan dapur (asas)

Instagram:

https://www.instagram.com/elvira_postnatal_care/

Elvira Postnatal Care

product imageKlik untuk temujanji

Fazrina Postnatal Care

Pakej Berpantang Terbaik Mengikut Kesesuaian Dan Bajet Anda

Pakej Berpantang Terbaik di Lembah Klang Untuk Ibu Baru Bersalin, Lengkap Dengan Penyediaan Makanan Tau!

Fazrina Postnatal Care mempunyai pakej penjagaan pantang selepas bersalin dari rumah ke rumah mengikut kesesuaian dan bajet anda. Pakej half day sesuai untuk ibu yg mahukan privasi dan hanya perlukan rawatan separuh hari, dan pakej full day juga ada ya dimana CL akan datang waktu pagi dan pulang pada waktu petang bagi membantu ibu menguruskan diri dan si manja.

Mereka juga menawarkan perkhidmatan CL untuk tinggal di rumah pelanggan sepanjang tempoh  yang dipilih, memang sesuai buat ibu yang berjauhan dengan suami atau berpantang tanpa keluarga.

Pakej berpantang yang disediakan:

  • Menguruskan bayi
  • Urutan tradisional (termasuk pulih rahim dan urut susu)
  • Mandian herba wangi
  • Tungku
  • Sauna
  • Tangas
  • Lulur/scrub
  • Pam/pilis/tapel perut/pakaikan bengkung

Tugasan harian seperti:

  • Memasak masakan pantang
  • Mencuci baju ibu dan bayi

Instagram:

https://www.instagram.com/fazrina_postnatalcare/

Fazrina Postnatal Care

product imageKlik untuk temujanji

Penafian: Harga pakej pantang adalah berbeza-beza mengikut harga terkini yang ditawarkan syarikat. Sila rujuk pada pihak yang berkaitan. 

Tips Pantang Selepas Bersalin Menurut Dr. Rusyainie Ramli

pakej ibu pantang Kredit gambar: Boston Children's Anwers

Dr. Rusyainie Ramli merupakan seorang doktor perubatan yang pernah mengetengahkan tentang penjagaan wanita selepas bersalin. Menurut perkongsiannya di laman Facebook miliknya, Dr. Rusyainie ada berkongsi tips-tips baik dan mudah untuk wanita selepas selamat melahirkan anak.

Ikuti tips berikut di bawah:

1. Minum air secukupnya

Hakikatnya manusia dewasa perlu mengambil 2 ke 3 liter air sehari, apatah lagi buat wanita yang baru selamat melahirkan anak. Pengambilan air yang cukup setiap hari amat penting bagi menghasilkan susu ibu yang banyak untuk penyusuan bayi. Ini kerana susu ibu mempunyai komponen air yang tinggi. 

Malah, dengan pengambilan air yang secukupnya juga dapat menghindar daripada masalah sembelit. Jika dilihat pada kata orang dahulu, yang mana mengatakan jika wanita bersalin minum air yang banyak semasa proses pantang akan menyebabkan urat menjadi kembang, ia sebenarnya tidak lagi relevan pada dunia masa kini.

Ini kerana logiknya pada zaman dahulu sumber air adalah sukar untuk didapati dan sangat terhad. Tidak seperti kemudahan yang kita ada masa kini, segalanya mudah dan sudah tersedia. Jadi tiada istilah kembang urat dan sebagainya untuk ibu bersalin minum air dengan banyak ketika berpantang.

2. Makanan berkhasiat itu penting 

Zat nutrisi amatlah penting bagi ibu yang baru melahirkan anak. Ia boleh didapati menerusi makanan yang berkhasiat. Disarankan untuk mengamalkan pengambilan makanan berkhasiat dengan sukatan ini; suku pinggan karbohidrat, suku pinggan protein, separuh pinggan adalah sayur dan buah.

Makanan ibu berpantang tidak sepatutnya dicatu atau disekat yang mana dengan hanya nasi putih dan ikan bilis atau ikan kering semata, ini kerana ia sudah pasti membuatkan para ibu tidak mendapat nutrisi yang mencukupi.

3. Kekal aktif 

Berpantang tidak bermaksud anda patut menghentikan segala aktiviti aktif anda sebelum ini. Yang penting, jangan bermalas-malasan. Ibu yang sedang dalam proses berpantang perlu banyakkan bergerak mengikut pada kemampuan sendiri. Dengan melakukan sedikit sebanyak kerja rumah adalah salah satu aktiviti yang boleh ibu berpantang lakukan disamping dibantu suami. 

Ini kerana kekal aktif bertujuan untuk mengelakkan darah beku pada kaki kerana jika darah beku tersebut bergerak ke arah paru-paru, ia sangat merbahaya dan boleh membawa maut.

Namun, ibu berpantang tidak perlu melakukan kerja rumah sehingga membebankan diri serta membahayakan, cukup hanya lakukan yang sederhana dan yang termampu, selebihnya minta bantuan ahli keluarga lain atau suami.

4. Bertungku

Amalan bertungku selepas bersalin sudah menjadi satu kemestian ramai buat para ibu sejak azali lagi selepas proses bersalin. Namun, hendaklah ianya tidak secara berlebihan. Ingat, jangan bertungku pada bahagian luka akibat pembedahan caesarean.

Menurut sains, bertungku adalah di mana haba yang terkumpul pada batu tungku dituam pada permukaan kulit yang mana akan membuatkan saluran darah pada bahagian yang ditungku akan mengembang. Ini sekaligus menjadikan yang peredaran darah bertambah baik apabila saluran darah berkembang.

Namun, perlu diingat untuk tidak menuam batu tungku lebih daripada 30 minit pada satu-satu tempat kerana bimbang akan saluran darah menjadi mengecut. 

5. Segera ke hospital jika mempunyai masalah kesihatan

Ibu berpantang yang mengalami sebarang masalah kesihatan perlu segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital jika perlu.

Antara simptom yang merbahaya untuk ibu-ibu selepas bersalin adalah demam melebihi 38 darjah celsius, sakit kepala bersama mata kabur, muntah dan kaki bengkak, darah nifas yang keluar terlalu banyak dengan tiba-tiba, sekaligus datang dengan pening kepala atau denyutan nadi yang pantas, serta sakit dada atau sukar untuk bernafas.

6. Elak penat dan sentiasa berfikiran positif

Sememangnya bergelar ibu adalah satu perubahan yang besar berlaku buat mereka yang baru bergelar ibu. Dengan tanggungjawab baru yang dipikul semestinya ada membuat sesetengah ibu bimbang dan gusar.

Di waktu inilah yang mana suami dan ahli keluarga terdekat perlu memberi sokongan dari segi mental, fizikal, emosi dan moral. Ini sedikit sebanyak dapat membuatkan para ibu sentiasa berfikiran positif dan tidak membawa kepada aktiviti merbahaya.

Jika para ibu merasakan seperti gangguan emosi atau terlalu penat sehinggakan mengganggu fikiran, segera dapatkan rawatan dari pakar.

Semoga artikel ini bermanfaat buat ibu-ibu yang tidak lama lagi bakal menimang cahaya mata.

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Berpantang Sendiri Ketika PKP Agak Mencabar, Ibu Perlu Tahu Cara Betul Uruskan Diri

Baca juga:  Berpantang Selepas Bersalin Mengikut Adat Melayu, India dan Cina

Baca juga: 9 Pantang Larang Selepas Bersalin, Jika Ibu Tidak Ikut Boleh Mudaratkan Diri & Bayi!

Nota Editor: Pautan produk yang disediakan di sini bertujuan untuk membantu memudahkan carian produk untuk pembaca kami. Beli barang adalah mengikut budi bicara anda sendiri. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang pertikaian dan masalah transaksi. Sekiranya anda membeli item dari post ini, theAsianparent mungkin menerima potongan kecil. Setiap item dan harga adalah terkini pada masa pengeluaran; namun, item mungkin habis terjual atau harganya sedikit berbeza pada hari berikutnya.
img

Penulis

communityfreelancer

Kongsi artikel ini

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community diiOS danAndroid sekarang!

  • Wah, Wanita Berbadan Dua Pun Boleh Bergaya Dengan 8 Pilihan Seluar Jeans Perempuan Untuk Materniti!

    Wah, Wanita Berbadan Dua Pun Boleh Bergaya Dengan 8 Pilihan Seluar Jeans Perempuan Untuk Materniti!

  • 8 Pilihan Minyak Canola Yang Bagus, Malah Menyihatkan & Makanan Pun Lebih Sedap!

    8 Pilihan Minyak Canola Yang Bagus, Malah Menyihatkan & Makanan Pun Lebih Sedap!

  • Bengkung Antara Keperluan Penting Ketika Berpantang, 8 Bengkung Terbaik Ini Antara Yang Mesti Dicuba Untuk Kekal Langsing!

    Bengkung Antara Keperluan Penting Ketika Berpantang, 8 Bengkung Terbaik Ini Antara Yang Mesti Dicuba Untuk Kekal Langsing!

  • Wah, Wanita Berbadan Dua Pun Boleh Bergaya Dengan 8 Pilihan Seluar Jeans Perempuan Untuk Materniti!

    Wah, Wanita Berbadan Dua Pun Boleh Bergaya Dengan 8 Pilihan Seluar Jeans Perempuan Untuk Materniti!

  • 8 Pilihan Minyak Canola Yang Bagus, Malah Menyihatkan & Makanan Pun Lebih Sedap!

    8 Pilihan Minyak Canola Yang Bagus, Malah Menyihatkan & Makanan Pun Lebih Sedap!

  • Bengkung Antara Keperluan Penting Ketika Berpantang, 8 Bengkung Terbaik Ini Antara Yang Mesti Dicuba Untuk Kekal Langsing!

    Bengkung Antara Keperluan Penting Ketika Berpantang, 8 Bengkung Terbaik Ini Antara Yang Mesti Dicuba Untuk Kekal Langsing!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.