5 Jenama Pam Susu Terbaik Untuk Ibu Menyusu - Mana Yang Anda Pakai?

lead image

Serabut nak beli atau syorkan pam payudara terbaik apa yang paling sesuai untuk ibu menyusu? Jom semak senarai yang telah kami buat ini!

Pam susu terbaik yang paling sesuai digunakan

Pam susu terbaik boleh jadi penyelamat untuk mana-mana ibu yang tak boleh memberi susu badan dengan serta-merta pada si manja mereka.

Dengan pam susu terbaik ini, semua ibu yang beri susu badan boleh menyediakan susu dengan cepat lalu susu tersebut boleh disimpan dalam peti sejuk atau dibekukan. 

Tak payahlah risau lagi si manja nak minum susu badan macam mana jika ibu tiada atau sibuk bekerja selepas ini.

Tapi… nak cari pam susu terbaik yang paling sesuai dengan anda bukan mudah. Ha… jangan risau! Sebab itu kami di theAsianparent telah membuat tinjauan untuk mengetahui apakah 5 pam susu terbaik untuk ibu menyusu.

Semua pam yang kami senaraikan ini telah dicuba oleh ibu-ibu menyusu lain. Mereka juga siap undi pam payudara mana yang paling terhebat! Jom tengok apa keputusannya?

5 Jenama Pam Susu Terbaik

Pam susu terbaik 1 – Pam Payudara Medela

pam susu terbaik, pam payudara terbaik

Pam susu terbaik ini menduduki takhta teratas kerana ia merupakan pam payudara kegemaran hampir 285 orang ibu yang memberi undian!

Walaupun pam Medela tidak terlalu murah, namun ia terkenal paling terbaik untuk memimik cara bayi menghisap susu badan.

Malah, teknologi canggihnya juga merangsang payudara untuk mengeluarkan susu sebaik saja anda menekan butang on!

Untuk maklumat lanjut tentang produk ini, sila layari Laman Facebook Official Medela Malaysia atau pesan terus dari Lazada

Pam susu terbaik 2 – Philips Avent

pam susu terbaik, pam payudara terbaik

Pam payudara Philips Avent menerima undian sebanyak 84 undi. Maka, ia berhak mendapat tempat kedua dalam carta.

Pam Philips Avent unik kerana reka bentuknya membenarkan susu badan yang dipam terus masuk ke dalam botol.

Ibu tak payah lagi kena bersandar untuk mengepam susu. Sebaliknya, mereka boleh saja duduk dengan selesa lalu menggunakan pam ini. 

Pam ini juga sesuai dengan semua produk penyusuan lain dari Philips Avent.

Jika anda ingin membelinya, sila semak Avent Store atau beli atas talian dengan Lazada.

Pam susu terbaik 3 – Unimom Forte/Allegro

pam susu terbaik, pam payudara terbaik

Pam payudara yang menduduki takhta ketiga pula adalah pam payudara elektronik jenama Unimom. Jenama ini mengeluarkan 2 jenis pam yang berbeza – Forte atau Allegro. 

Allegro adalah pam payudara tunggal yang ringan dan mudah untuk dibawa ke mana saja. Manakala Forte pula adalah pam double dengan gred hospital

Ia betul-betul boleh mencepatkan reflex dan memudahkan sedutan.

Untuk maklumat lanjut, layari Unimom, Lazada atau One Baby World 

Pam susu terbaik 4 – Ameda

pam susu terbaik, pam payudara terbaik

Pam payudara Ameda menampilkan kawalan bebas sepenuhnya untuk menyedut dan pantas. Anda boleh membeli pam payudara double Ameda’s Purely Yours atau Lactaline yang memaksimumkan pengaliran susu.

Tiub pam juga bebas lembapan, lalu ia boleh melindungi susu badan daripada bakteria atau virus ketika mengepam.

Anda boleh mendapatkan pam ini di Isetan dan kedai Babies “R” Us.

Pam susu terbaik 5 – Ardo

pam susu terbaik, pam payudara terbaik

Akhir sekali adalah pam payudara elektronik Ardo Calypso. Ia bagus untuk mengepam sejumlah besar susu dalam jangka masa yang pendek.

Sudahlah memudahkan kerja, pam ini juga senyap dan mempunyai 64 tetapan untuk membenarkan ibu-ibu memilih kuasa menyedut mengikut keselesaan mereka.

Jom dapatkan pam payudara ini di pasaran!

Apa pendapat anda? Adakah anda bersetuju dengan senarai yang dibuat kami? Kalau anda menggunakan mana-mana pam payudara lain yang juga berkesan dan memberi keselesaan, kongsikan ia di ruangan komen di bawah, okay!

Selamat mencuba semua ibu-ibu menyusu sekalian!

Artikel ini diterjemah daripada theAsianparent Singapura.

Kredit gambar: 

Baca juga:

Panduan Membersihkan Pam Payudara Yang Harus Dibaca Semua Ibu