-

Pam Susu Dicuri Dari Fabulous Mom TTDI dan Puchong

Share this article with other mums

Berhati-hati dan jangan terbeli unit pam susu yang telah dicuri!

2 unit pam susu Medela Freestyle dan 2 unit pam susu Spectra 9 Plus telah dicuri dari Fabulous Mom di cawangan TTDI dan Puchong baru-baru ini.

Di Cawangan TTDI

Pencuri warganegara Malaysia itu adalah seorang lelaki muda, yang berpengetahuan banyak mengenai produk penyusuan. Dia telah mencuri 1 unit Medela Freestyle dan 2 unit Spectra 9 Plus. Mukanya jelas dirakam CCTV Fabulous Mom dan juga CCTV kedai jiran mereka.

Pam susu Spectra 9 Plus. Sumber gambar: http://spectrababy.com.my

Di Cawangan Puchong

Satu lagi unit Medela Freestyle telah dicuri dari cawangan Puchong mereka oleh sepasang suami isteri yang telah membawa seorang kanak-kanak muda.
Kanak-kanak yang suka bercakap itu dipercayai anak mereka, dan telah digunakan untuk mengalihkan perhatian ahli kakitangan.
Muka pencuri telah jelas dirakam dalam CCTV dan CCTV kedai jiran juga.
Semua di Fabulous Mom patah hati melihat wajah kanak-kanak tersenyum yang tidak bersalah ditangkap CCTV. 

Pam susu Medela Freestyle. Sumber gambar: mumsandbabes.com.my

Getah daun akan mengalir ke batang jua

Fabulous Mom sugguh kecewa melihat trend jenayah yang semakin meningkat di Malaysia, terutamanya apabila ia melibatkan kanak-kanak.

Kanak-kanak belajar daripada apa yang mereka lihat, kerana ibu bapa adalah contoh yang terbaik. Anak-anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang akan mencorakkkanya.

Semua 3 pencuri dewasa tersebut dipercayai adalah ibu bapa dan perbuatan mereka sungguh menyedihkan. Fabulous Mom berharap mereka akan sedar kesalahan mereka dan kembali ke jalan yang benar.

Fabulous Mom ingin menggesa semua ibu bapa, untuk membeli pam susu daripada peruncit yang berdaftar. Elakkan diri dari risiko membeli unit yang telah dicuri.

Anda boleh menghubungi Lactaequip (M) Sdn Bhd (Medela) dan Histopoint (M) Sdn Bhd (Spectra) jika mempunyai sebarang keraguan. Semua pam susu mempunyai nombor siri yang unik.

Fabulous Mom telah menyerahkan nombor siri unit-unit yang telah dicuri kepada pihak polis dan juga Lactaequip serta Histopoint. Unit-unit yang dicuri ini kini TIADA JAMINAN dan TIDAK AKAN LAYAK SERVIS / KERJA PEMBAIKAN.

 

Sumber: Fabulous Mom

Berita Breastfeeding Keibubapaan