Pentingya 'eye contact' dengan bayi baru lahir, si kecil suka lihat wajah mulus ibu!

lead image

Pandangan mata si kecil buat bonda tercinta tanda dia ingin ungkapkan sesuatu dan ingin lebih fokus kepada insan yang melahirkannya itu.

Pertama kali bertentang pandangan mata dengan bayi, ini masa paling berharga dan terus melakar seribu kenangan buat ibu dan bapa. 

Dan ternyata, memori itu akan terus melekat di hati apabila si kecil itu yang hanya fokus dan terarah kepada wajah ibunya. Seronoknya rasa tatkala itu!

Wajahnya juga terlihat tenang dan tersenyum bahagia. Bahkan, ibu rasa cukup sempurna, bagaikan tak mahu alih pandangan bila melihat si kecil merenung ibunya. Ini antara kesempurnaan yang paling diimpikan

Pandangan mata antara ibu dan anak merupakan saat yang paling berharga dan istimewa.

Hal ini kerana, magik pandangan mata antara kedua-duanya tampak sempurna seolah-olah sudah lama kenal. Inilah cara bagaimana bayi baru lahir mengenali ibunya

Tapi, ibu tahu tak , anda sebenarnya boleh membaca pemikiran bayi?

Percayalah bahawa bila pandangan mata anda dan bayi bersatu, otak anda sedang bersinar dan bergelora. Kajian berkaitan ini telah dijalankan oleh saintis di University of Cambridge. 

Pandangan mata ibu dan anak ada pentingnya!

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/07/anaptiksi vrefoys 6.jpg Pentingya 'eye contact' dengan bayi baru lahir, si kecil suka lihat wajah mulus ibu!

Berdasarkan keputusan kajian yang diterbitkan dalam Proceedings of National Academy of Sciences (PNAS), pengkaji mengatakan apabila pandangan mata ibu dan bayi bertemu, sel otak ibu akan menghasilkan aliran yang tepat dan sempurna. 

Apa yang berlaku seterusnya adalah bayi seolah-olah ingin berkomunikasi dengan ibunya

Para saintis menjalankan dua percubaan berasingan di mana mereka mempelajari gelombang otak terhadap 36 bayi. 

Semua bayi kecil itu memakai satu alat kepala yang boleh mengukur aktiviti dan isyarat elektrik otak. Proses ini dikenali sebagai electroencephalography.

Pada pusingan pertama, si kecil itu akan melihat video wanita dewasa menyanyi lagu kanak-kanak. Wanita tersebut tetap mengekalkan pandangan mata dengan bayi tersebut dalam masa tertentu sebelum mengalihkan pandangan ke arah lain. 

Di hujung video, wanita dewasa itu melakukan pandangan mata kembali dengan bayi tersebut. 

Menjelang akhir video, wanita itu membuat pandangan mata lagi ke arah bayi. Lalu gelombang otak direkodkan.

Keputusan kajian pandangan mata ibu dan bayi

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/07/care.com .jpg Pentingya 'eye contact' dengan bayi baru lahir, si kecil suka lihat wajah mulus ibu!

Kredit: Care.com

Semasa berpandangan mata, otak bayi dan wanita dewasa itu menghasilkan pancaran otak yang sama di antara satu sama lain.

Bila wanita tersebut cuba mengalihkan kepalanya tapi masih berpandangan mata, bayi itu cuba untuk berkomunikasi dengan wanita itu!

Percubaan bayi pada ingin berkomunikasi terbabit diukur dengan jumlah suara yang dikeluarkan.

Menurut Dr. Victoria Leong, apabila orang dewasa dan bayi melihat antara satu sama lain, mereka memberi isyarat kepada persediaan untuk saling berkomunikasi. 

“Kami mendapati kedua-dua otak dewasa dan bayi bertindak balas terhadap isyarat pandangan yang menjadi lebih selari dengan pasangan mereka.

Mekanisme ini boleh mempersiapkan ibu bapa dan bayi untuk berkomunikasi dengan cara mengegrakkan bibir dan mendengar akan memberi kesan terhadap pembelajaran yang lebih berkesan.”

Apakah maksud yang sebenarnya di sebalik pandangan mata? 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/07/Beacon House Adoption Services.jpg Pentingya 'eye contact' dengan bayi baru lahir, si kecil suka lihat wajah mulus ibu!

Dalam penemuan ini, kajian membuktikan bayi dilahirkan dalam keadaan yang cukup luar biasa. Dengan isyarat pandangan mata saja, mereka boleh faham dan bantu perkembangan mereka sejak kecil.

Oleh itu, untuk memupuk proses pembelajaran, ibu boleh lakukan pandangan mata dengan bayi. Bahkan, ikatan ibu dan bayi sentiasa istimewa dan penemuan dalam kajian ini telah membuktikannya. 

Jadi teruskan aktiviti ini kerana pemikiran dan kehendak kalian berdua boleh menjadi satu! Kongsikan artikel ini di laman socmed anda. 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Penulis asal Nalika Unantenne. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Singapore untuk diterjemah 

Baca juga

6 cara bermain dengan bayi yang berumur 0-3 bulan