"Pembunuh Senyap" Ketika Wanita Berpantang - Hati-Hati Ibu Semua!

lead image

Proses berpantang memang nampak leceh. Tapi, anda perlu jaga kesihatan diri sepanjang tempoh ini. Tiada jalan short-cut! Jom baca apa lagi panduan yang anda perlu ikut!

Berpantang Sendirian

Baru-baru ini, Malaysia digemparkan dengan kematian seorang wanita di Kulai ketika beliau berpantang sendirian.

Beliau melahirkan anaknya dengan prosedur C-seksyen dan berpantang sambil menjaga anak pertama berusia 19 bulan.

Punca kematian disahkan akibat paru-paru berair dan masalah jantung. Semoga arwah tenang di sana. 

Kalau anda wanita yang sedang dalam proses berpantang dan mungkin tanpa mak atau mertua di sisi, hati-hati.

Anda perlu melengkapkan diri dengan segala ilmu yang penting agar proses berpantang ini berjalan lancar!

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/07/kurus lepas bersalin 1.jpg "Pembunuh Senyap" Ketika Wanita Berpantang   Hati Hati Ibu Semua!

Kredit gambar: Ulam Pegaga

Proses berpantang dikategorikan sebagai sebuah rawatan tradisional selepas bersalin

Sebab itu anda perlu mengetahui tentang panduan berpantang bagi menjaga kesihatan anda.

Pembunuh Senyap Ketika Wanita Berpantang

Anda pasti biasa mendengar tentang insiden tumpah darah selepas bersalin, kan? Tapi, pernahkah anda dengar tentang pulmonary embolism

Ha, ini salah satu pembunuh senyap ketika wanita dalam proses berpantang!

Ia adalah penyakit darah beku dalam saluran darah ke paru-paru. Menurut Dr. Mardiana Kipli, penyakit darah beku ini jarang berlaku namun ia mampu mengakibatkan kematian secara mengejut!

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/07/ds00223  ds00429  ds01005 im01276 mcdc7 pulmonaryembolismthu jpg.jpg "Pembunuh Senyap" Ketika Wanita Berpantang   Hati Hati Ibu Semua!

Kredit gambar: Mayo Clinic

Apakah tanda-tanda penyakit ini?

Wanita sedang berpantang mempunyai darah yang lebih pekat daripada biasa

Akibatnya, mereka akan mengalami kesakitan di bahagian betis ketika berjalan, sukar untuk bernafas, sakit dada, batuk berdarah dan denyutan nadi menjadi laju.

Anda berisiko tinggi untuk mengalami “pembunuh senyap” ini jika anda:

  • berusia 35 tahun ke atas
  • mempunyai lebih daripada 2 anak
  • menjalani pembedahan c-seksyen
  • dehidrasi
  • tumpah darah semasa bersalin
  • mengandung kembar

Jadi, apa yang perlu anda buat?

Oleh sebab itu anda perlu lebih berhati-hati! Jangan ambil mudah proses berpantang selama 44 hari ini.

Kalau anda melalui pembedahan c-seksyen, proses pantang harus lebih lama!

Antara perkara penting yang wajib anda (atau minta tolong suami) buat ketika berpantang sendirian adalah:

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/07/img 20140205 wa0013.jpg "Pembunuh Senyap" Ketika Wanita Berpantang   Hati Hati Ibu Semua!

Kredit gambar: Urut dan Penjagaan Pantang

  1. Cari tukang urut. Amalan bertungku dan berurut akan mempercepatkan proses pemulihan. Malah, ia juga melancarkan pengeluaran susu badan.
  2. Ambil suplemen dan ubat-ubatan penting
  3. Jangan takut untuk mandi. Sediakan mandian berpantang yang senang seperti – daun pandan dan serai kayu.
  4. Pakai bengkung
  5. Minum banyak air.
  6. Atur masa anda dengan bijak. Jangan kelam kabut nak buat semua benda. Kongsi beban kerja rumah dengan suami.
  7. Sediakan resepi berpantang yang mudah. Beli stok makanan mentah yang segar. Minta suami masak jika tak larat. 

Dan apa yang jangan dibuat?

Jangan sesekali buat perkara-perkara ini pula, okay! Antaranya:

  1. Jangan makan makanan sejuk, gatal, tajam, berbisa, berangin dan terlalu berminyak. Senang suruh suami kukus atau bakar saja makanan anda.
  2. Jangan lupa pakai stokin! Stokin mampu mengelakkan kaki anda dimasuki “angin”. Kalau angin masuk badan, anda akan cepat tak bermaya dan pening.
  3. Jangan terlalu aktif sampai semua benda dalam rumah anda nak buat. Duduk berehat! 
  4. Jangan bersendirian dalam masa yang lama. Anda boleh “meroyan” ketika dalam proses ini. Minta suami sentiasa teman atau ambil berat. Kalau suami kerja, telefon pun sudah mencukupi. 

Semoga semuanya berjalan lancar untuk anda. Ingat, anda seorang wanita kuat yang takkan memandang mudah tentang kesihatan diri sendiri, apatah lagi kesihatan anak-anak anda.

Jaga diri anda kerana si manja memerlukan ibunya!

Sumber rujukan: The Malaysian Medical Gazette dan Harian Metro 

Baca juga

Pantang larang semasa berpantang cara Melayu