Panduan Seks Berguna Untuk Ibu Bapa Yang Tidur Bersama Anak

undefined

Ya, artikel ini untuk semua ibu bapa yang tidur sekali (co-sleeping) dengan anak mereka. Anda pasti akan berterima kasih pada kami kelak!

Apabila anak masih tidur sekali dengan ibu bapa

Masih ingat hubungan intim anda dan pasangan sebelum kalian ada cahaya mata? Pasti ada beberapa kenangan yang mampu buat anda tersenyum nakal!

Hasil momen seksi itu membenihkan si kecil (atau dua) yang kini sedang berkongsi katil dengan anda!

Bila kali terakhir anda mahu belaian dari pasangan, tapi… bila anda ingin memegangnya yang seksi itu, anda terpegang kaki montel atau lampin?

Bila anda fikir mungkin suami yang meraba-raba payudara anda, tapi sebenarnya… si kecil sedang mencari sumber susunya?

tidur bersama anak

Kredit: Sleep Junkies

Jangan salah faham!

Memang tidur bersama anak itu bagus. Perbuatan ini terbukti secara saintifik mampu membantu si kecil tidur dengan lebih aman, suhu badan yang lebih stabil dan degupan jantung lebih normal.

Tidur dengan anak juga memberi manfaat bagi kesihatan emosi mereka untuk jangka masa panjang.

Tapi mengaku saja lah… bila ada anak-anak atas katil ketika anda ingin melakukan hubungan intim… agak potong, bukan? Tidur bersama anak dan seks… boleh ke?

Ibu bapa semua, saya di sini ingin membantu anda!

Ada 5 tips hebat bagaimana kalian boleh ‘beraksi’ walaupun jika kalian tidur dengan anak. Maklumat ini disediakan oleh ibu dan bapa yang tidur dengan anak mereka juga.

1. Luar dari bilik tidur

posisi seks kegemaran suami

Tak ada peraturan yang kata anda harus buat seks dalam bilik tidur saja. Cuba bawa seks keluar dari bilik tidur anda!

Dapur kan ada kaunter berguna, ruang tamu ada sofa empuk… dan lantai! 

Untuk yang lebih nakal, buat saja dalam kereta sebelum kalian pulang. Tapi jangan sampai jiran nampak, ya!

2. Ambil tahu tentang masa

tidur bersama anak

Kredit: Aptaclub

Dulu ketika si kecil baru lahir, memang susah nak melakukan hubungan seks terancang.

Tapi  kini jika si kecil anda itu sudah semakin membesar, anda patut belajar tentang masa tidurnya!

Contoh, si kecil akan bangun setiap malam pukul 11 malam untuk bermanja. Lakukan seks sebelum itu!

Jika anda betul-betul ingin yakin, catat bila si kecil anda dalam keadaan ‘deep sleep‘ — selalunya dalam 70 hingga 90 minit terawal tidur. Lakukan seks anda yang seksi itu sekarang!

3. Rancang hubungan intim anda

Image result for woman planning

Kredit: Christianity

Ini untuk ibu yang ‘pakar dalam merancang’. Ya, rancang hubungan seks anda!

Telefon semua orang yang boleh membantu anda. Cth: nenek, kawan,  jiran, makcik pasaraya (gurau, hehehe!)

Sebaik saja mereka mengalihkan perhatian si kecil selama satu atau dua jam, jangan sia-siakan masa anda itu! Terus ‘beraksi’!

Ingat: Jangan guna masa ini untuk (a) tidur, (b) tonton program TV kegemaran anda, (c) memasak, (d) kemas rumah, (3) telefon nenek anda.

4. Beraksi dalam bilik tapi dengan BIJAK

tidur bersama anak

Kredit: AARP

Okay, kadang-kadang anda tak mahu tinggalkan ‘si pengacau’ ini dalam bilik seorang diri.

Terutamanya jika dia masih kecil. Cuba anda ikut cara berikut:

  • Seks sambil berdiri di sudut gelap
  • Guna katil bayi – Letak si kecil dalam katil bayi, sepanjang anda ‘beraksi’.
  • ‘Beraksi bawah selimut’ 
  • ‘Beraksi’ di sudut katil – Tak semestinya seks. Oral seks pun bawa nikmat! 
  • Letak tilam lebih di lantai – mudah saja, tiada penjelasan diperlukan!
  • Bina kubu dari bantal

5. Keluar dari rumah

Panduan Seks Berguna Untuk Ibu Bapa Yang Tidur Bersama Anak

Rancang satu malam tanpa si kecil… kalian berhak!

Tak, saya bukan suruh kalian nakal di halaman jiran!

Sebaliknya, rancang escape semalaman dengan cinta hati. Jadi, telefon sekali lagi bantuan yang anda ada. Sama ada pengasuh yang dipercayai atau pembantu.

Rancang betul-betul! Pastikan:

  • Anda telah pilih tarikh ketika pengasuh/pembantu boleh menjaga si kecil
  • Tempah bilik hotel
  • Beli pakaian dalam yang seksi
  • Hantar pesanan ringkas yang nakal/seksi pada pasangan & bina mood
  • Pada hari yang ditunggu, padatkan aktiviti si kecil dengan berenang/trip ke taman permainan dan sebagainya untuk (a) pastikan mereka tidur lebih cepat dan (b) hilangkan rasa bersalah anda!
  • Bag anda telah dikemas

Selamat mencuba wahai ibu bapa semua! Saya harap artikel ini dapat membantu anda menghangatkan lagi momen-momen yang ‘bergetah’ dulu!

Ada sebarang tips seks untuk pasangan yang tidur bersama anak-anak? Kongsikan ia dengan kami di ruangan Komen di bawah!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!