Hati-hati Ibu, Jika Salah Bersihkan Pam Payudara, Boleh Jadi Punca Penyakit Cronobacter!
Tahukah anda jika pam tidak dibersihkan dengan betul, bayi boleh terdedah pada jangkitan? Jom semak bagaimana ingin membersihkan pam payudara dengan betul!
Bagi ibu-ibu yang selalu menggunakan pam susu badan, anda pasti sedar bahawa pam susu ini sangat leceh. Nak pasang pun memakan masa, nak pam badan lagi apatah lagi nak bersihkan! Malah ramai ibu-ibu tidak tahu panduan membersihkan pam payudara dengan cara betul.
Bahaya tau ibu-ibu!
Ini kerana jika tersalah langkah membersihkan pam susu badan dengan betul, bayi boleh mendapat jangkitan penyakit Cronobacter. Ia satu penyakit yang jarang sekali berlaku namun serius dan membahayakan.
Kuman penyakit Cronobacter boleh menyebabkan jangkitan darah berbahaya (sepsis) atau membuat lapisan di sekitar otak dan saraf tunjang membengkak (meningitis).
Peristiwa tragis ini mendorong Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) di Amerika Syarikah mengeluarkan panduan membersihkan pam payudara yang betul.
Garis panduan baru mereka bertujuan untuk menyebarkan kesedaran tentang apa yang perlu dilakukan dan berapa kerap ia perlu dilakukan.
Panduan Membersihkan Pam Payudara Untuk Ibu Baru
Ingat, anda perlu membersihkan bahagian pam selepas setiap penggunaan!
Selain itu, ini garis panduan lain yang setiap ibu wajib ikuti:
- Basuh tangan sebelum menggunakan pam dan guna kain lap disinfektan untuk membersihkan bahagian luar pam.
- Selepas setiap penggunaan, ambil bahagian-bahagian pam dan bilasnya dengan air. Jangan letak terus dalam sinki!
- Bersihkan bahagian pam secepat mungkin dengan air panas, air sabun
- Bilas menggunakan air yang bersih (jangan masukkannya semula ke dalam bekas air yang sama).
- Biarkan ia kering di atas tuala pinggan yang bersih, tapi jangan gosok bahagian dalam pam dengan tuala kerana ia boleh menyebarkan kuman.
- Basuh bekas dan berus yang telah digunakan
- Simpan barang di kawasan yang bersih dan dilindungi hanya selepas ia benar-benar kering.
Jangkitan Yang Jarang Berlaku Tapi Berbahaya
Dalam kes yang disertakan di dalam laporan CDC minggu ini, seorang bayi pramatang telah terkena jangkitan!
Ibu bayi tersebut dilaporkan meninggalkan pam payudara yang direndam dalam air sabun, kemudian membilasnya beberapa jam kemudian.
Air itu mungkin menjadi tempat pembiakan kuman, di mana sampel bakteria telah dijumpai pada bahagian pam, sinki, dan juga pada susu yang dipam di rumah.
Tragisnya, otak bayi baru lahir boleh terjejas dengan jangkitan, yang mengakibatkan meningitis.
Adakah Pam Ini Selamat?
Ibu yang mengepam pasti pernah mendengar tip menyimpan pam dalam peti sejuk di antara sesi pam susu untuk mengelak perlu mencucinya sekerap mungkin.
Tapi adakah ia selamat?
“Membersihkan pam selepas setiap penggunaan adalah paling selamat dan sangat penting untuk bayi dua hingga tiga bulan, pramatang, atau yang mempunyai sistem imun lemah,” kata Dr. Bowen.
Mudah-mudahan garis panduan yang ketat ini tidak akan menghalang ibu-ibu daripada mengepam ketika jauh dari bayi mereka, kerana susu ibu mempunyai banyak ciri-ciri bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 5 Jenama Pam Susu Terbaik Untuk Ibu Menyusu – Mana Yang Anda Pakai?