Dilema ibu bekerja: Nak terus menyusu bayi ke tak? Ini 8 langkah anda WAJIB tahu

lead image

Setiap ibu yang ingin sambung kerja pasti akan lalui dilema ini. Nak terus menyusukan anak atau tak? Ini 8 panduan menyusu ibu bekerja yg anda wajib baca.

Dilema ibu nak sambung kerja: Patut terus menyusu bayi atau tidak?

Selepas tamat tempoh cuti bersalin yang diberi majikan, ibu pasti berdepan dengan satu dilema penting: nak terus kerja ataupun berhenti?

Mana tidaknya, rutin sepanjang tempoh dua hingga tiga bulan selepas bersalin banyak diisi dengan menyusu bayi. Jika sudah memulakan kerja di pejabat nanti, bagaimana ibu ingin meneruskan penyusuan susu ibu?

src=https://assets my.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/12/menyusukan bayi baru lahir kekerapan.jpg Dilema ibu bekerja: Nak terus menyusu bayi ke tak? Ini 8 langkah anda WAJIB tahu

Antara cabaran yang dihadapi oleh ibu berkerja untuk meneruskan penyusuan susu badan adalah:

  •         Sukar mengikut rutin penyusuan
  •         Tiada masa atau tidak pandai membahagikan waktu menyusu dengan waktu berkerja.
  •         Tempat kerja dan rumah jauh, jadi sukar untuk berulang-alik.
  •         Susu menjadi sedikit apabila mula berkerja.
  •         Bayi keliru puting.
  •         Anak tidak mahu menyusu botol.
  •         Kurang pengetahuan tentang persediaan penyusuan bagi ibu berkerjaya.

Bagi membantu para ibu berkerjaya meneruskan penyusuan susu ibu, ketahui 8 panduan menyusu ibu bekerja yang perlu dibuat oleh ibu sebelum anda mula bekerja ini.

8 panduan menyusu ibu bekerja

src=https://assets my.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/01/cara menyimpan susu ibu bekas.jpg Dilema ibu bekerja: Nak terus menyusu bayi ke tak? Ini 8 langkah anda WAJIB tahu

  1. Selepas bayi lahir, atur jadual penyusuan yang sesuai dengan keadaan anda sudah mula berkerja.
  2. Sediakan barangan penyusuan dengan cukup seperti pam susu, botol, pemanas susu dan beg simpanan penyusuan.
  3. Dapatkan pam susu yang selesa dengan anda bagi memudahkan pengeluaran susu dengan lancar. Antara pam yang terdapat di pasaran adalah pam susu manual, pam susu elektrik dan dwi pam susu.
  4. Belajar cara guna pam susu seperti bagaimana nak letak pam susu pada payudara dan teknik yang perlu dibuat bagi melancarkan pengeluaran susu badan.
  5. Sediakan susu yang diperah beberapa minggu lebih awal sebelum anda mula kerja. Belajar cara menyimpan susu yang sudah diperah, kemudian tandakan masa dan tarikh susu dipam. Ketahui bagaimana untuk mengenal pasti sama ada susu tersebut masih elok ataupun tidak.
  6. Beberapa minggu sebelum mula kerja, sesekali berikan si manja susu ibu yang diletakkan dalam botol dan lihat penerimaannya. Pilih botol yang sesuai dengan bayi dan pelajari tips supaya bayi tidak keliru puting.
  7. Bincang dengan majikan tentang perancangan anda untuk meneruskan penyusuan susu badan. Nyatakan kekerapan yang anda perlukan dalam sehari (di tempat kerja) untuk mengepam susu.
  8. Sediakan senarai semak barangan penyusuan yang perlu dibawa ke tempat kerja supaya tiada barang yang tertinggal. Jangan lupa tinggalkan barang penyusuan seperti botol penyusuan, susu yang sudah diperah dan pemanas botol kepada pengasuh bayi.

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel ini merupakan sumbangan daripada Hello Doktor untuk diterbitkan semula oleh theAsianparent Malaysia atas keizinan 

src=http://images.says.com/uploads/story source/source image/620251/1d2f.png Dilema ibu bekerja: Nak terus menyusu bayi ke tak? Ini 8 langkah anda WAJIB tahu

Hello Doktor: Laman web rasmi | Facebook 

Baca juga:

Cara menyimpan susu badan dengan betul, petua berguna buat ibu bekerja