Panduan lengkap sebelum ibu bapa memberi susu formula pada anak

Jika anda akan memberikan susu formula pada anak, penting untuk anda semak panduan susu formula yang lengkap ini. Ia sungguh berguna sebagai rujukan anda!

Menyediakan susu formula untuk si kecil bukanlah semudah ABC. Terdapat banyak perkara yang anda perlu pertimbangan seperti kandungan gula susu itu, adakah anak anda alergi terhadap susu itu dan sebagainya. Jadi hari ini, kami ingin menyediakan panduan susu formula yang lengkap mungkin boleh membantu anda.

Mari semak apakah panduan susu formula terbabit.

Panduan susu formula : apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan oleh ibu bapa?

1. Semak label

panduan susu formula, susu formula, formula, susu, untuk bayi, susu untuk bayi, susu formula untuk bayi, panduan untuk ibu bapa

Kredit: CenturyLife.Org

Pastikan anda membaca semua maklumat pada label susu formula sebelum membeli. Selain tersenarai kandungan nutrisi dan bahan yang digunakan, dari label juga anda dapat mengetahui sama ada susu tersebut sesuai dengan umur bayi anda atau tidak.

Sekiranya anda ada bayi pramatang, dapatkan nasihat doktor terlebih dulu kerana bayi pramatang lebih sensitif.

Jangan lupa, pada label juga, anda harus semak tarikh luput susu tersebut. Elakkan membeli susu yang hampir dengan tarikh luput.

2. Pentingkan kebersihan

Satu perkara yang sangat penting apabila melibatkan bayi ialah KEBERSIHAN. Peralatan yang digunakan untuk susu sangat mudah berkulat dan diserang bakteria. Jadi, pastikan kebersihan alatan dan tempat menyimpan alatan susu anak anda. 

Begitu juga dengan tempat menyimpan susu formula. Pastikan ia diletak di kawasan bersih. Juga pastikan tangan dan penutup tin susu formula telah dibersihkan terlebih dahulu.

3. Sukat dan campur susu formula dengan betul

panduan susu formula, susu formula, formula, susu, untuk bayi, susu untuk bayi, susu formula untuk bayi, panduan untuk ibu bapa

Nisbah air dan susu pada label susu formula telah diuji oleh pakar. Jadi, janganlah anda cuba untuk mengubahnya. Ikut arahan yang disediakan, atau dapatkan nasihat pakar.

Juga penting untuk anda tidak menggunakan air yang sangat panas atau terlalu sejuk. Ini kerana air yang terlalu panas tidak bagus untuk mengekalkan nutrien.

Manakala air terlalu sejuk pula boleh menyebabkan bakteria membiak.

4. Cara simpan susu formula yang betul

Pastikan cara menyimpan susu formula tersebut dengan betul dan selamat. Sama ada yang sudah dibancuh atau belum. 

Jika ingin menyimpan baki susu yang sudah dibancuh, pastikan ia di simpan dalam peti sejuk dan bukan di bahagian sejuk beku. Dan pastikan untuk membuang susu tersebut sekiranya ia sudah disimpan lebih 24 jam.

Untuk menyimpan susu yang belum dibancuh, pastikan anda menyimpan di tempat yang kering dan tidak terlalu panas.

Pastikan juga anda menggunakan bekas yang berpenutup serta lutsinar atau bekas yang  anda boleh melihat ke dalam agar boleh nampak sekiranya terdapat benda asing di dalam nya.

5. Jangan paksa bayi habiskan semua susu dalam botolnya

panduan susu formula, susu formula, formula, susu, untuk bayi, susu untuk bayi, susu formula untuk bayi, panduan untuk ibu bapa

Jika bayi anda sudah berhenti menyusu namun susu di dalam botol masih lagi berbaki, jangan memaksa bayi anda menghabiskan susu tersebut.

Ini boleh menyebabkan kenaikkan berat badan yang berlebihan. Susu formula tidak sama seperti susu ibu, jadi ia tidak digalakkan untuk di ambil secara berlebihan.

6. Jangan panaskan susu dalam ketuhar gelombang mikro bersama botol

Elakkan memanaskan susu di dalam botol menggunakan ketuhar gelombang mikro. Ini akan membuatkan terwujudnya poket haba yang boleh menyebabkan mulut bayi anda melecur.

Cara paling selamat ialah dengan melalukan air panas pada luar botol atau merendam botol susu di dalam air panas.

Susu formula bukanlah pengganti susu ibu. Namun lebih kepada makanan tambahan. Jadi untuk mengambil susu formula, pastikan anda telah mendapatkan nasihat dari yang pakar.

 

 

 

 

 

Sumber: theAsianparent SingaporeBreastfeeding SupportToday’s ParentAmerican Academy of PediatricsDr Sears  

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Cara membancuh susu formula dengan betul

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!