Pantang Larang Ibu Mengandung Mengikut Trimester, Suami Isteri Kena Sama-Sama Jaga

Pantang larang ibu mengandung hendaklah diikuti bagi mengelakkan bahaya pada diri dan bayi dalam kandungan sehinggalah tibanya detik bersalin

Mengandung adalah perkara yang cukup menggembirakan bagi wanita. Lebih-lebih lagi kandungan pertama. Tapi kalau anda tidak tahu, ada beberapa pantang larang ibu mengandung yang harus anda elak.

Jadi jika anda sedang mengandung sekarang atau bakal mengandung, ketahui pantang larang ibu mengandung mengikut trimester ini sebagai panduan untuk anda.

 4 pantang larang ibu mengandung trimester pertama

pantang larang ibu mengandung, tip mengandung, hamil mengikut trimester, elak semasa hamil

80% keguguran terjadi semasa trimester pertama. Oleh itu, penjagaan ketika 13 minggu awal ini sangat penting.

Anda perlu elakkan apa-apa yang boleh merosakan janin. Jadi, pantang larang ibu mengandung trimester pertama ini lebih banyak dari trimester lain.

Antara pantang larang ibu mengandung trimester pertama ialah:

1 – Jangan ambil sebarang alkohol

Alkohol boleh mendedahkan janin kepada bermacam-macam risiko seperti berat kelahiran rendah, sakit hati dsb.

Alkohol juga boleh memberikan masalah kesihatan yang serius seperti gangguan spektrum yang boleh menyebabkan kerosakan jantung dan gangguan tingah laku.

2 – Berhenti merokok

pantang larang ibu mengandung, tip mengandung, hamil mengikut trimester, elak semasa hamil

Merokok semestinya tidak boleh. Merokok boleh menyebabkan keguguran dan sindrom bayi mati mendadak (SIDS). Janin juga terdedah pada berat kelahiran rendah, kelahiran pramatang dan masalah pernafasan.

Merokok juga tidak baik untuk kesihatan seseorang dan sangat berbahaya untuk bayi dan tumbesaran mereka.

Jika anda bukan seorang perokok, anda juga tidak boleh mendedahkan diri dan kandungan pada perokok.

3 – Jangan ambil kafein

Kafein yang berlebihan boleh menyebabkan risiko kelahiran pra-matang dan juga boleh menyebabkan keguguran. Pengambilan kafein sehari tidak boleh melebihi 200 ml.

Lebih baik untuk anda elak  minuman kafein sekaligus kerana ia juga boleh menyebabkan masalah lain seperti kurang tidur dan pedih ulu hati. Bincang dengan doktor jika anda ada masalah untuk elak kafein.

4 – Jangan ambil dadah

Dadah seperti kokain, skunk, dan ekstasi boleh menyebabkan abnormal yang serius kepada janin dan komplikasi yang lain. Dadah yang masuk ke dalam uri juga akan membuatkan tumbesaran bayi dalam perut terganggu.

Makan makanan sihat

Makan dengan sihat adalah penting semasa mengandung.

Ibu mengandung perlu elak makan makanan seperti ikan mentah, telur mentah, susu mentah dan lain-lain. Ini kerana, beberapa bakteria boleh menjadi bahaya untuk tumbesaran janin.

4 pantang larang ibu mengandung trimester kedua

pantang larang ibu mengandung, tip mengandung, hamil mengikut trimester, elak semasa hamil

Risiko keguguran akan berkurang apabila anda masuk trimester yang kedua. Walau bagaimana pun, anda masih perlu berhati-hati.

Pada peringkat ini, anda tidak boleh mendedahkan janin kepada bahaya yang boleh menyebabkan pertumbuhan abnormal atau terencat.

2 – Elak strok haba

Strok haba boleh menyebabkan keletihan yang melampau bukan saja pada ibu mengandung, malah ia juga bahaya untuk bayi kerana oksigen akan berkurang secara mendadak.

Jangan lupa untuk banyak minum air dan elakkan berjemur bawah matahari.

3 – Elak toksik dari masuk dalam sistem badan

Elakkan sentuhan toksik yang boleh menyebabkan bakteria dan virus masuk ke dalam sistem badan seperti bekebun atau membersihkan tempat tahi binatang peliharaan.

4 – Berhenti kerja yang membahayakan kandungan

pantang larang ibu mengandung, tip mengandung, hamil mengikut trimester, elak semasa hamil

Beberapa pekerjaan boleh mengundang bahaya kepada kandungan seperti pekerjaan yang melibatkan kimia yang boleh secara langsung atau tidak langsung membahayakan janin.

5 – Doktor gigi

Adalah baik untuk anda elak segala prosedur yang melibatkan doktor gigi sehingga selepas bersalin kerana beberapa ubat dari doktor gigi adalah bahaya kepada janin.

3 pantang larang ibu mengandung trimester ketiga

pantang larang ibu mengandung, tip mengandung, hamil mengikut trimester, elak semasa hamil

Semasa trimester ketiga, anda terdedah pada risiko kelahiran pra-matang. Ketidakselesaan dari bayi yang semakin membesar dalam kandungan membuatkan ibu mengandung mahu berehat.

1 – Jangan lari

Sudah pasti sukar untuk ibu yang sarat mengandung untuk lari. Anda juga perlu elak senaman yang berat, kerja rumah, stress dan kepenatan semasa dalam trimester ketiga.

2 – Dehidrasi

Penting untuk anda mengekalkan hidrasi dan mengelakkan dehidrasi kerana dehidrasi boleh menyebabkan jangkitan saluran kencing (UTI).

UTI yang serius akan menyebabkan bayi juga terdedah pada risiko jangkitan.

3 – Elakkan stress

Elakkan stress adalah sangat penting pada trimester ketiga. Stress boleh menyebabkan abnormal pada bayi dan menyebabkan kelahiran pra matang.

Mengikuti pantang larang ibu mengandung ini bukan bermakna anak anda mempunyai masalah. Tapi pantang larang ini adalah sebagai langkah keselamatan untuk anda dan juga menjamin kesihatan anda dan anak sepanjang proses kehamilan.

Kelahiran si comel nanti pasti berbaloi dengan segala pantang larang yang telah kita ikuti.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Pantang Larang Semasa Mengandung Yang Perlu Suami & Isteri Ikut, Elak Bahaya Pada Bayi Dalam Kandungan

Baca juga: Pantang Larang Suami Ketika Isteri Hamil, Kena Selalu Jaga Agar Tidak Beri Kesan Pada Bayi

Baca juga: 11 Pantang Larang Ketika Bergaduh Suami Isteri, Jangan Naik Tangan & Biarkan Lebih Tiga Hari!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!