Pantang larang semasa berpantang cara Melayu

Pantang larang semasa berpantang cara Melayu

Sekiranya penjagaan diri semasa dalam pantang bersalin diabaikan, kesannya mungkin tidak berlaku serta-merta.

Penjagaan diri bagi ibu-ibu bersalin sangat dipandang remeh oleh ramai orang pada hari ini. Terutamanya larangan semasa berpantang, amalan berurut, bertuam, bertungku, bertangas dan berbengkung. Sememangnya diakui, amalan-amalan ini diakui remeh dan leceh, namun demi untuk kesihatan badan jangka masa panjang, ia wajar diamalkan.

Sekiranya penjagaan diri semasa dalam pantang bersalin diabaikan, kesannya mungkin tidak berlaku serta-merta. Namun apabila melalui kelahiran yang banyak, usia mula meningkat, daya tenaga semakin menurun, barulah terasa lenguh-lenguh dan bisa urat, sendi serta otot, sakit pinggang dan kebas tangan. Apabila keadaan ini berlaku, kebanyakan ibu menjadi dingin dan lemah tenaga batin.

Berikut adalah larangan ketika dalam pantang yang perlu dihindari semasa berpantang:

Jangan makan ubi-ubian 

Ubi-ubian seperti keladi, keledak dan daun ubi kayu boleh mengganggu sistem penghadaman ibu berpantang kerana boleh menyebabkan perut berasa kembung dan tidak selesa. Malah, bayi yang menyusu susu ibunya juga boleh terkena kembung dan perut tidak selesa.

Mandi atau buat kerja dalam keadaan duduk di kerusi

Ini sebagai salah satu cara menjaga peranakan. Ibu berpantang masih di dalam proses menyihatkan badan mereka, jadi penggunaan tenaga haruslah diminimumkan.

Jangan bercangkung

Bercangkung boleh menyebabkan tumpah darah dan rahim terkeluar. Oleh itu bercangkung sangat dilarang bagi ibu baru bersalin.

Tidak memakai stokin
Imej ehsan masammasammanis

Imej ehsan masammasammanis

Membiarkan kaki sejuk dan dimasuki angin akan mengganggu proses ibu berpantang untuk sembuh. Jadi, pemakaian stokin sangat disarankan bagi ibu berpantang.

Ibu jari tidak terhantuk

Ibu jari jika terhantuk boleh menyebabkan bentan. Ada ibu yang sakit sehingga pitam akibat bentan. Ibu jari mempunyai titik tertentu yang boleh memberi kesan kepada badan lebih-lebih lagi badan yang lemah selepas bersalin.

Elakkan mandi air sejuk
Imej ehsan manjakuhappy

Imej ehsan manjakuhappy

Semasa berpantang, digalakan mandi air rebusan daun herba yang suam. Tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Elakkan badan menggigil ketika mandi. Ratakan air menggunakan tangan.

Jangan tidur atau keluar rumah ketika senja

Selepas bersalin, badan masih lemah dan belum suci sepenuhnya. Syaitan yang berkeliaran akan mengganggu ibu berpantang dari segi fizikal mahupun emosi.

Tidak tidur terlentang

Semasa berpantang, ibu-ibu disarankan tidur dengan bantal yang tinggi bagi mengelakan kepala selari dengan badan. Ini bagi mengurangkan risiko ibu-ibu berpantang pening kepala.

Demikianlah beberapa larangan semasa berpantang yang wajar untuk ibu-ibu baru bersalin ikuti untuk kesihatan jangka masa panjang. Selamat berpantang!

Baca juga:

Faktor penting dalam berpantang

Bilakah sepatutnya haid kembali selepas bersalin?

Cuti bersalin di Malaysia: Apa anda patut tahu?

8 Cara Untuk Meningkatkan Susu Badan

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Aqma

app info
get app banner