X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Pantang Larang Suami Ketika Isteri Hamil, Kena Selalu Jaga Agar Tidak Beri Kesan Pada Bayi

3 min bacaan
Pantang Larang Suami Ketika Isteri Hamil, Kena Selalu Jaga Agar Tidak Beri Kesan Pada BayiPantang Larang Suami Ketika Isteri Hamil, Kena Selalu Jaga Agar Tidak Beri Kesan Pada Bayi

Pantang larang suami ketika isteri mengandung tidak boleh dipandang mudah. Ramai mengatakan ia boleh memberi kesan pada ibu dan bayi

Biasanya bila isteri sedang mengandung, kita hanya tahu suami tak boleh pergi memancing, tak boleh bunuh binatang dan banyak lagi. Tapi sebenarnya pantang larang suami semasa isteri mengandung ini juga membabitkan soal emosi dan perasaan isteri.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Adab & pantang larang suami semasa isteri mengandung

Maksudnya di sini, apabila tahu isteri sedang berbadan dua, suami mesti benar-benar bertanggungjawab dan menjalankan tugas dengan sebaiknya kerana emosi isteri pada masa ini sangatlah sensitif. 

Adab & pantang larang suami semasa isteri mengandung

Jadi anda jangan terkejut sekiranya melihat isteri tiba-tiba tak ada mood, menangis, berdiam diri dan lain-lain. Sebab itu, mereka memerlukan perhatian dan sokongan dari suami.

Berikut ini kami kupaskan beberapa pantang larang suami semasa isteri mengandung yang perlu dilakukan sepanjang tempoh sembilan bulan ini.

#1. Tunjukkan kasih sayang

adab suami

Perkara pertama yang perlu suami buat adalah menunjukkan kasih sayang dan perhatian pada isteri. Ini kerana suami adalah teman hidup yang paling dekat dengan mereka selain ibu, ayah dan adik beradiknya.

Inilah masanya untuk menghargai mereka seperti memenuhi keperluan mereka, bantu dia memasak, tolong kemas rumah dan lain-lain.

#2. Jujur dan setia

Semasa mengandung, ada ketikanya isteri sedikit malas nak melawa hingga kadang-kadang dia nampak seperti tidak terurus. Jadi, suami jangan beri alasan ini untuk tidak berlaku jujur atau curang di belakang mereka. Ingatlah ada janin dalam kandungan yang harus mereka bawa setiap hari.

#3. Selesaikan perselisihan faham

Sebelum masuk tidur selesaikan siap-siap segala masalah yang menganggu fikiran atau mungkin kalian baru saja bergaduh.

Maafkan isteri jika mungkin dia ada berbuat salah supaya tidurnya lebih tenang dengan bayi yang dikandungkan.

#4. Elak perkataan talak

adam suami semasa isteri mengandung

Sepanjang isteri mengandung tentulah anda juga tidak dapat lari dengan pergaduhan. Namun, sejauh mana pun serius masalah itu jangan pernah menuturkan perkataan talak, cerai atau berpisah dengan mereka. Ini sangat bahaya kalau sudah dimulakan.

#5. Membaca doa

Jika isteri sudah hampir dengan due date, suami boleh amalkan membaca doa

“La ila ha illa anta subha naka inni kun tum minadzolimin”

Yang bermaksud:

“Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Maha Suci. Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang yang zalim”

#6. Buat solat sunat & solat hajat

Semasa isteri mengandung, suami mesti selalu lakukan solat sunat atau solat hajat serta mendoakan kesejahteraan bayi dan isteri.

Kesimpulannya suami harus bijak tangani emosi dan perasaan isteri semasa hamil. Jika ada salah di mana-mana berlapang dada dan berfikiran positif sekaligus ia bantu kesihatan isteri dan janin dalam keadaan baik. 

Semoga bermanfaat.

Ibu Comel

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Nasib Isteri Mengandung Masuk ICU, Suami & Ibu Mentua Lepas Tangan Anak Menangis Di Rumah

Baca juga: 8 ayat yang suami tak patut sebut pada isteri mengandung

Baca juga: Perkara Yang Wajib Suami Lakukan Sewaktu Isteri Mengandung

Stories Rakan Kongsi
The Lazy Mum’s Guide to Leading a Healthier Life
The Lazy Mum’s Guide to Leading a Healthier Life
These 3 Things Could be Killing Your Child’s Gut Health
These 3 Things Could be Killing Your Child’s Gut Health
Vitamins and supplements you need during pregnancy
Vitamins and supplements you need during pregnancy
Facts Vs Myths About Formula Milk Every Parent Should Know
Facts Vs Myths About Formula Milk Every Parent Should Know

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Suami & Isteri
  • /
  • Pantang Larang Suami Ketika Isteri Hamil, Kena Selalu Jaga Agar Tidak Beri Kesan Pada Bayi
Kongsikan:
  • 9 Amalan Ketika Hamil Yang Terbukti Merepek, Tapi Masih Diikut Orang Seluruh Dunia

    9 Amalan Ketika Hamil Yang Terbukti Merepek, Tapi Masih Diikut Orang Seluruh Dunia

  • 9 Pengorbanan Suami Bila Isteri Hamil, No #6 Paling Kena Banyak Sabar!

    9 Pengorbanan Suami Bila Isteri Hamil, No #6 Paling Kena Banyak Sabar!

  • Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

    Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

  • Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

    Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

app info
get app banner
  • 9 Amalan Ketika Hamil Yang Terbukti Merepek, Tapi Masih Diikut Orang Seluruh Dunia

    9 Amalan Ketika Hamil Yang Terbukti Merepek, Tapi Masih Diikut Orang Seluruh Dunia

  • 9 Pengorbanan Suami Bila Isteri Hamil, No #6 Paling Kena Banyak Sabar!

    9 Pengorbanan Suami Bila Isteri Hamil, No #6 Paling Kena Banyak Sabar!

  • Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

    Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

  • Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

    Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.