Rahsia pantang selepas bersalin ikut adat Melayu, India dan Cina (info lengkap)

Rahsia pantang selepas bersalin ikut adat Melayu, India dan Cina (info lengkap)

Kalau ibu betul-betul amalkan berpantang selepas bersalin ini, pasti badan boleh kembali macam zaman anak dara. Tak caya cubalah nanti...

Ada pelbagai pantang selepas bersalin yang perlu kita ikuti mengikut kepercayaan kaum masing-masing, seperti di Malaysia kita ada kaum Melayu, Cina dan India.

Dengan hidup berbilang kaum ini  tentunya ada pantang selepas bersalin tertentu yang sudah lama diamalkan oleh masyarakat kita.

Jadi hari ini, kami di theAsianparent akan membawakan kepada anda panduan lengkap tentang pantang selepas bersalin mengikut 3 kaum di Malaysia.

Pantang selepas bersalin: Ikut adat tradisional kaum Melayu 
pantang selepas bersalin, amalan dalam pantang, tip berpantang, penjagaan berpantang, mandian berpantang, pantang selepas bersalin berapa hari,

Kredit: Blog Bonda Miza

Ada banyak pantang selepas bersalin dari kaum Melayu yang kami bawakan buat anda. Antaranya seperti:

  • Rawatan mandian haba boleh memanaskan dan melegakan kesakitan, selain meningkatkan peredaran darah. 
  • Pakai bengkung untuk memulihkan otot abdomen yang lemah, buncit dan gelebeh. 
  • Pantang selepas bersalin juga terdapat 3 mandian selepas bersalin yang wajib dibuat.
  • Rawatan pantang selepas bersalin juga mampu merawat ibu-ibu yang mengalami penyakit seksual atau yang berkaitan dengan rahim. 
  • Membasuh faraj dengan air rebusan herba dapat menghilangkan bau dan mengetatkan otot faraj. 
  • Bertungku untuk pecahkan lemak, kecutkan rahim dan kembalikan bentuk badan. 
  • Urut selepas bersalin bagi menggalakkan peredaran darah dan mengelakkan rahim dari kendur. Perlu dilakukan sekurangnya 6 ke 7 kali semasa berpantang. 
  • Ibu tak dibenarkan minum air dengan banyak bimbang perut bertabah buncit. 
  • Dilarang minum ais kerana dipercayai kendurkan otot dan perut gelebeh. 
  • Ambil makanan dalam kuantiti kecil tapi kerap. 
  • Elakkan ambil makanan berminyak dan berlemak. 
  • Pantang selepas bersalin juga ibu tak boleh terlanggar atau tersepak sesuatu. Bimbang tumpah darah atau bentan
  • Memastikan tubuh sentiasa panas setiap masa. 
  • Wajib pakai stokin dan pakaian tebal. 
Pantang selepas bersalin: Ikut adat tradisional India 

pantang selepas bersalin, amalan dalam pantang, tip berpantang, penjagaan berpantang, mandian berpantang, pantang selepas bersalin berapa hari,

Jangan tak tahu, pantang selepas bersalin cara India pun best tau. Anda boleh la cuba nanti bila selamat melahirkan. Jom tengok, apa pantang kaum India ini…

  • Kaedah urutan atau maalish serta herba balutan bertujuan untuk ibu dapatkan kembali bentuk badan yang asal. 
  • Para dai mengurut ibu dan bayi setiap hari dengan minyak sapi bagi amalan India Utara dan minyak mustard untuk keluarga yang berasal dari India Timur. Manakala minyak kelapa banyak digunakan dari mereka yang berasal dari Selatan India.
  • Memakai bengkung.
  • Menggunakan minyak zaitun untuk bantu tona dan tekstur kulit bayi. 
  • Mandikan bayi dalam air nasi (kanji) untuk kuatkan tulang bayi. 
  • Kaum India percaya, amalan makan sayuran hijau, daging yu, bawang putih, kacang dal dan biji halba bantu banyakkan susu ibu. 
  • ‘Omam’ iaitu sejenis rempah disapu di seluruh badan bagi bersihkan dan lembutkan kulit. 
Pantang selepas bersalin: Ikut adat tradisional Cina 
pantang selepas bersalin, amalan dalam pantang, tip berpantang, penjagaan berpantang, mandian berpantang, pantang selepas bersalin berapa hari,

Kredit: Natural Food Series

Ha…prinsip utama pantang selepas bersalin tradisional Cina adalah bertujuan menghalang badan masuk angin. 

  • Ibu selepas bersalin tidak dibenarkan mandi atau mencuci rambut sepanjang waktu berpantang sekurangnya 30 hari.
  • Mereka percaya, tubuh wanita akan lemah dan mudah kena penyakit selepas bersalin. 
  • Makanan yang digalakkan selama pantang selepas bersalin ini seperti halia tua, minyak bijan, lada hitam, wain dan cuka hitam. 
  • Bahan makanan juga perlu berasaskan organik, segar dan semulajadi.
  • Herba cina seperti ginseng dan ‘dong quai’ merupakan herba penting untuk bantu badan pulih semula. 
  • Bagi elak tubuh masuk angin, ibu tidak dibenarkan keluar rumah, tidur bawah kipas mahupun air cond. 
  • Ibu akan dibalut dengan lapisan pakaian tebal dan sarung kaki untuk elak angin masuk ke tubuh. 
  • Ibu dilarang buat kerja rumah. 
  • Dilarang membaca, menonton TV atau menangis . Bimbang penglihatan akan ada masalah. 
  • Hubungan seks dengan suami juga dilarang selama 100 hari. 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Set bersalin danita, Fitrah Sunnah

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

25 set makanan berpantang yang ibu boleh cuba di rumah

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner