Ibu Bapa Pantau Anak Di Sekolah Secara ‘Live Streaming’

Jika sistem siaran secara langsung seperti ini dipasang di sekolah-sekolah Malaysia, adakah ini akan mengurangkan kes buli, kes dera dan membantu pelajar untuk berkelakuan dengan lebih baik?

Ibu bapa di negara China sekarang boleh memantau anak-anak mereka di dalam kelas dan firma yang menawarkan perkhidmatan terbaru ini bernama Shuidi Zhibo.

Ibu bapa cuma perlu log masuk ke dalam sistem tersebut untuk melihat segala perbuatan anak mereka dalam bilik darjah melalui siaran secara langsung.

Shuidi Zhibo

Perkhidmatan ini telah menerima pelbagai reaksi daripada netizens di negara China. Ramai yang mengkritik program itu dan menegaskan bahawa pemantauan secara “live streaming” itu sebenarnya pelanggaran privasi pelajar.

Mengikut laporan The Paper melalui Daily Mail, Shuidi Zhibo sudah pun menyediakan beratus-ratus saluran live dari tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah seluruh negara.

Di sesetengah sekolah, pemantauan CCTV ini meliputi koridor sekolah dan kantin, malah sehingga ke asrama murid-murid.

Keselamatan

Kes guru dera pelajar baru-baru ini, mungkin sebab utama mengapa sistem ini popular dan telah mendapat sokongan dari ramai ibu bapa.

Ada juga yang berpendapat video kanak-kanak yang disiarkan kepada orang ramai dengan menggunakan platform terbuka, juga boleh menimbulkan risiko keselamatan.

Bayangkan kalau perkhidmatan ini buat “live streaming” dari asrama murid perempuan. Bagaimanakah perasaan ibu bapa, sedangkan mereka tahu orang ramai boleh mendapatkan akses untuk memantau kegiatan anak mereka sepanjang masa?”

Bagaimana pula dengan sekolah di Malaysia?

Terutamanya selepas berlakunya kejadian kes buli, kes dera, kes culik yang semakin kerap? Saya rasa jika idea ini dicadangkan di Malaysia, pasti ada ibu bapa yang akan menyokong agar perkhidmatan ini dipasang.

Kita seolah-olah beralih ke era di mana ibu bapa kelihatan mempunyai banyak “kuasa” apabila ia datang kepada hal ehwal anak mereka di sekolah.

Ini jauh nyata di sekolah swasta tempatan berbanding dengan sekolah kerajaan. Tetapi secara am, dengan peningkatan kes-kes yang tidak diingini baru-baru ini, ibu bapa sangat mementingkan keselamatan anak mereka.

 

sumber: newsbytes.ph

 

Namun begitu, adakah perkhidmatan seperti ini boleh memberi manfaat kepada pelajar secara keseluruhan. Jika sistem siaran secara lansung ini dipasang untuk memantau kegiatan mereka, adakah ini akan membantu pelajar untuk berkelakuan dengan lebih baik?

Bolehkan sistem ini membendung kegiatan jenayah dan membuat anak berasa lebih selamat tanpa sebarang kesan sampingan? Bagaimana pula dengan tekanan yang mungkin dirasai apabila pelajar tahu mereka sentiasa dipantau?

Apakah pendapat anda?