Netizen Bengang Iklan Sugar Daddy Terpampang Di KL, Pengasas Kata Ini Aplikasi Cari Jodoh?
Netizen pertikai bagaimana iklan aplikasi mencari pasangan terpampang besar di bandar KL?
Tular di media sosial apabila papan iklan yang berunsur lucah dikatakan terpampang secara terbuka, lantas ia mengejutkan rakyat di Malaysia. Bahkan, perkara ini sangat memalukan di negara yang penduduknya majoriti adalah Islam.
Papan iklan itu difahamkan untuk memuat turun aplikasi mencari pasangan yang telah dipasang di kawasan Bangsar dan Bukit Kiara.
Jelas gambar itu memaparkan seorang wanita memeluk bahu seorang lelaki berumur. Susulan penularan itu, rata-rata netizen tertanya, bagaimana iklan berkenaan boleh mendapat kelulusan untuk dinaikkan di bandar tersebut.
Apatah lagi, netizen turut mempersoalkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang seolah terlepas pandang tentang perkara berkenaan.
Papan iklan Sugar Daddy terpampang di bandar KL
Menurut perkongian Khairul Azri di laman Twitter miliknya, dia bertanyakan hal tersebut kepada Menteri Khalid Samad sama ada beliau sedar atau tidak akan hal tersebut.
Beliau menambah, ia sama sekali tidak sesuai dengan adab dan budaya kita di Malaysia.
Walau bagaimanapun, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah mengarahkan papan iklan tersebut diturunkan serta merta. Malah dalam satu kenyataan, iklan tersebut tidak mendapat kebenaran daripada pihak DBKL dan Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP).
Dalam masa yang sama, pemilik akaun Persatuan Pengguna Cyber Malaysia memberitahu di status Facebooknya dengan mendedahkan, Sugarbook itu adalah aplikasi untuk mendapatkan perkhidmatan pelacuran.
Sementara orang awam yang ada pengalaman bekerja di syarikat pengiklanan memberitahu, iklan seperti itu tidak memerlukan kelulusan daripada DBKL dan badan kerajaan yang lain. Tapi, iklan berkaitan kesihatan sahaja yang perlukan pengesahan.
Kesimpulannya, diharap hal sebegini tidak berulang lagi dan terima kasih kepada penduduk setempat yang begitu prihatin kepada masalah yang berlaku di sekitar kita.
Sugarbook bukan aktiviti pelacuran tapi app cari jodoh
Menurut pengasas aplikasi Sugarbook, Darren Chan, aplikasi mencari pasangan dalam talian itu tidak wajar diharamkan oleh kerajaan kerana ia bukan mempromosikan aktiviti pelacuran.
Beliau menambah, objektif mewujudkan aplikasi itu adalah bertujuan untuk memberi platform kepada kaum wanita dalam memilih pasangan hidup tanpa sebarang kekangan.
Kata kunci di sini adalah “pilihan” dan Sugarbook merangkumi usaha menyediakan pilihan yang tepat kepada pelanggannya.
Terma “Sugar Babies” dipakai kepada wanita yang mencari pasangan dan bukan merujuk kepada pekerja seks secara haram.
Malah mereka tidak memperdagangkan tubuh mereka dan kebanyakannya terdiri daripada orang biasa yang berstatus janda, suri rumah dan baru bercerai.
Di sebalik kerisauan rakyat Malaysia terhadap dua papan iklan LED di Bangsar dan Bukit Kiara, beliau menyifatkan tidak adil jika kerajaan terus mengambil tindakan untuk mengharamkan aplikasi sosial itu.
Buat pegetahuan, Sugarbook ialah aplikasi mencari pasangan atas talian yang diasaskan di Malasia. Ia dikatakan boleh menghubungkan sugar daddy atau sugar mommy dengan sugar baby dari negara ini atau seluruh Asia.
Maksud disebalik ‘Sugar daddy’ atau ‘sugar mommy‘ iaitu lelaki atau perempuan yang berusia tetapi sanggup menawarkan wang, hadiah atau habuan lain kepada temannya yang lebih muda iaitu ‘sugar baby’ sebagai pertukaran kepada jalinan hubungan.
Apapun, selepas ditular di laman sosial iklan Sugarbook ini telah dihentikan dari terpampang besar di jalan utama sekitar ibu kota Kuala Lumpur.
Malah, pihak operator sendiri memaklumkan kandungan iklan itu bersifat sensitif dan melanggar norma masyarakat Malaysia.
Bagaimanapun, risau juga kalau ada aplikasi sebegini di negara kita malah ia tentunya boleh mengeruhkan sesebuah ikatan yang telah terjalin.
Biasalah kan, bila ada aplikasi yang berbentuk begini seolah-olah kita membuka peluang kepada individu untuk berlaku curang di belakang pasangan. Sebabnya, belum tentu orang yang download itu betul-betul memiliki status seperti yang diperkatakan tadi.
Hmm…apapun, tepuk dada dan tanya iman masing-masing.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Sumber: Vit Daily , Sinar Harian
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.comiklan-penderaan-tersembunyi-mesej-rahsia-untuk-mangsa