Semua Yang Anda Perlu Tahu Tentang Parut Pembedahan Caesar

Semua Yang Anda Perlu Tahu Tentang Parut Pembedahan Caesar

Adakah ia akan rasa gatal? Adakah ia akan rasa seperti ia terbakar? Apa akan berlaku untuk kehamilan yang seterusnya? Baca lanjut untuk mendapatkan jawapan kepada semua persoalan yang anda ada tentang pembedahan caesarean.

Kebanyakan ibu baru akan memilih untuk melahirkan anak secara normal tetapi ada juga yang memilih pembedahan secara elektif.

Namun, bukan kita yang menentukannya dan kadang-kadang ibu yang mengharapkan kelahiran yang normal akhirnya masuk ke bilik pembedahan juga.

Selain dari rasa bimbang untuk nyawa diri dan nyawa anak, mereka masuk ke bilik pembedahan sambil tertanya-tanya:

Macam mana saya akan pulih nanti? Bagaimana pula dengan bekas parut pembedahan caesar?

Saiz dan lokasi parut
bersalin czer

Apakah saiz biasa bekas parut pembedahan caesar?

Saiz biasa bekas parut adalah di antara 4-6 inci panjang dan ia adalah pemotongan melintang yang dibuat berdekatan dengan garis “bikini” anda.

Sekarang, pakar tidak lagi melakukan permotongan secara menegak seperti masa dulu, iaitu dari pusat ke bawah.

Negara maju tidak lagi melakukan pembedahan caesar secara menegak melainkan adanya kecemasan atau komplikasi tertentu.

Ia sangat jarang berlaku; jadi anda tidak perlu terlalu risau tentangnya.

Rupa dan tekstur parut
bersalin secara pembedahan, bersalin secara czer, bersalin secara caesarean, czer, caeserean, pembedahan caeserean, risiko czer, risiko bersalin bedah, risiko bersalin pembedahan, risiko bersalin, risiko bersalin induce,

Beberapa bulan selepas pembedahan, ia adalah normal jika bekas parut pembedahan caesar kelihatan merah atau merah jambu.

Jangan bimbang, itu bukan tanda keradangan atau sebagainya. Ini adalah proses penyembuhan yang normal, dan merah itu akan pudar lama-kelamaan.

Parut itu akan kelihatan seperti garis rata dan nipis yang tidak ketara.

Orang tidak perasan bekas luka anda itu, kecuali jika seseorang datang dekat dan melihat dengan teliti.

Dunia perubatan sudah bertambah canggih berbanding dengan zaman ibu bapa kita, jadi, parut anda tidak akan sehodoh parut zaman mereka!

Walau bagaimanapun, sesetengah wanita lebih cenderung untuk mendapat keloids, dan ini boleh menyebabkan parut itu menjadi tebal, atau kelihatan mengembung.

Doktor biasanya akan memberi krim kolagen untuk mengurangkan kemungkinan parut ini membesar.

Tetapi, jika anda ditentukan secara genetik untuk mendapat keloids, anda tidak akan dapat melakukan apa-apa untuk mengelakkannya daripada berlaku.

parut pembedahan caesar

Bekas parut pembedahan caesar zaman dulu.

Apa akan berlaku jika bekas parut pembedahan caesar diregangkan?

Ini adalah soalan yang paling banyak ditanya oleh ibu yang telah melalui pembedahan caesar.

Mereka ingin merancang untuk hamil lagi tetapi bimbang apa yang akan berlaku kepada parut mereka jika ia diregangkan ketika mengandung.

Bekas parut pembedahan caesar biasanya tidak akan rasa gatal, terbakar atau sakit selepas ia sudah pulih. Namun, ia mungkin akan rasa gatal ketika anda hamil.

Sebenarnya, ramai wanita telah mengadu rasa yang membakar atau rasa gatal di sekitar parut mereka seawal 6 minggu kehamilan.

Rasa gatal pada parut semasa mengandung adalah perkara yang biasa. Jangan rasa takut dan ingat parut anda akan pecah.

Yang paling penting tentang pembedahan caesar dan kehamilan berikutnya adalah penyembuhan dalaman.

Jika anda tidak mendapat rehat secukupnya untuk badan anda sembuh sepenuhnya, mungkin ada risiko untuk rahim anda pecah apabila mengalami kontraksi.

Untuk mengelakkan ini daripada berlaku, dan jika perlu, pakar ginekologi akan melakukan pembedahan caesar elektif sebelum anda cukup bulan.

Baca juga: 

8 Tip Cara Pulih Selepas Pembedahan Caesar

Adakah saya akan mendapat bekas luka baru setiap kali saya mengandung?

Tidak. Anda tidak akan mendapat bekas luka baru untuk setiap pembedahan.

Ada para ibu yang menjalani pembedahan caesar yang memberi nama gelaran kepada parut lama sebagai ‘zipper‘.

Setiap kali anda melahirkan anak, zip itu akan dibuka dan ditutup semula di tempat yang sama

parut pembedahan caesar

Apabila ‘zipper’ sudah ada, ia dibuka semula untuk pembedahan berikutnya.

Apakah rasa sensasi di sekeliling parut?

Jangan terkejut jika bahagian parut dan otot-otot di sekelilingnya menjadi kebas.

Rasa sensasi di sekitar parut anda akan kembali selepas beberapa bulan bersalin, tetapi untuk sesetengah ibu, rasa kebas-kebas itu mungkin akan menjadi kekal.

Pengalaman ibu-ibu lain

Kami sempat bertanya beberapa ibu tentang pengalaman pemulihan mereka.

Kebanyakan mereka telah menyatakan bahawa selepas mereka sembuh, mereka tidak perasan kewujudan parut sehinggalah tiba kehamilan seterusnya.

Ada yang mengadu rasa gatal atau sedikit kerengsaan dari masa ke semasa.

Ada yang berkongsi pengalaman rasa sedikit kesakitan apabila melakukan senaman berat, mengangkat objek yang berat atau naik tangga.

Terdapat juga kes terpencil dimana rasa sakit pada bekas parut pembedahan caesar yang berlarutan untuk bertahun-tahun.

Saya mempunyai seorang kawan yang ibunya masih terasa gatal, 32 tahun selepas pembedahan terakhirnya.

Tetapi ibu-ibu jangan lupa: cara pembedahan zaman mereka jauh berbeza dengan apa yang dilakukan sekarang.

Sebagai rumusannya, pembedahan caesar adalah pembedahan yang sangat biasa.

Kira-kira 3 daripada 10 kehamilan di Singapura berakhir dengan pembedahan dan ia adalah pembedahan yang paling biasa di Amerika Syarikat.

Kebanyakan masanya, penyembuhan dan pemulihan selepas pembedahan caesarean ternyata baik.

Ramai ibu-ibu masih kuat walaupun telah melalui 4 pembedahan caesar dalam tempoh masa 5 tahun.

Tidak ada bekas luka yang akan menghalang mereka dari menjalani hidup mereka dengan sepenuhnya!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner