Pasangan Yang Bahagia Selalu Buat 9 Rutin Harian Ini Sebelum Mereka Tidur

undefined

Melakukan sesuatu bersama pasangan sebelum tidur mampu merapatkan hubungan kalian, malah mengukuhkan lagi cinta dalam rumah tangga. Anda dan pasangan ada buat 9 rutin ini tak?

Rutin harian pasangan yang bahagia

Ramai yang ingat rutin harian bersama pasangan adalah perkara yang paling membosankan dalam perkahwinan.

Asyik-asyik benda yang sama diulang dan diulang entah sampai beberapa kali. Tapi, itu bukanlah tanggapan yang betul.

Mana-mana pasangan bahagia yang bersama sehingga lebih 35 tahun akan mengatakan mereka kekal bahagia kerana rutin harian yang mereka lakukan dengan pasangan.

pasangan bahagia

Bagaimana pasangan ingin mengekalkan rumah tangga yang bahagia?

Ya, jangan lagi anggap rutin harian sebagai satu benda yang membosankan. Sebaliknya, ia mampu merapatkan hubungan antara anda dan pasangan!

Sebab itu, kali ini… kami akan mendedahkan pada anda apa yang dibuat oleh pasangan bahagia SETIAP HARI sebelum mereka tidur.

Semoga perkongsian ini mampu memberi anda idea untuk merapatkan hubungan yang terjalin dengan cinta hati anda!

1. Nikmati hadiah bersama 

Bukan hadiah yang besar pun. Cukuplah kalau ia “satu benda” yang menggembirakan.

Menurut Dana M, wanita yang telah berkahwin selama 20 tahun – rahsia beliau dan pasangan akan buat sebelum tidur adalah dengan menikmati ais krim.

Pasangan Yang Bahagia Selalu Buat 9 Rutin Harian Ini Sebelum Mereka Tidur

Jadi, tak kisahlah apa yang telah anda buat seharian itu, apabila anda dan pasangan sudah berdua-duaan pada waktu petang, nikmatilah ais krim sama-sama!

Dana M mengatakan biasanya beliau dan suami akan “ambil giliran” siapa yang perlu ambil ais krim dalam peti ais dan bawa ia untuk dimakan bersama.

Awww, sweet sangat, kan!

2. Jalan atau ambil angin bersama

Jika anda dan pasangan bekerja di rumah, ambillah masa selama 30 hingga 45 minit untuk berjalan di sekitar kawasan perumahan dengan pasangan.

Ia bagus demi menjernihkan fikiran dan merapatkan hubungan kalian. Sambil jalan bersama-sama itu, kalian boleh bergurau senda.

3. Rancang hubungan intim

Pasangan bahagia tahu kunci kebahagian rumah tangga terletak pada hubungan intim yang mesra. Namun, semakin usia bertambah, bagaimana dengan hubungan intim kalian? 

Kaitlin S, seorang wanita yang telah berkahwin selama 40 tahun mendedahkan rahsianya adalah dengan merancang

pasangan bahagia

Tak kira berapa lama anda sudah tidak “bersama” dengan pasangan pun, jangan biar diri kalian tidak mendapat sentuhan dengan terlalu lama.

Cuba rancang bila masa yang paling sesuai untuk melakukannya.

Artikel berkaitan: 10 Tip Berasmara Diam-Diam Selepas Anak Tidur

4. Luang masa di dapur bersama

Rutin harian ke-4 yang selalu dibuat pasangan bahagia sebelum tidur adalah dengan bersama-sama di dapur.

Tak kisahlah jika anda dan pasangan memasak makan malam bersama atau membelinya. Kalian boleh menemani pasangan jika salah seorang sedang memasak.

5. Tonton rancangan TV kegemaran bersama

Pasangan Yang Bahagia Selalu Buat 9 Rutin Harian Ini Sebelum Mereka Tidur

Kredit gambar: Wikimedia Commons

Ini rutin harian kegemaran saya dan suami! Biasanya, kami akan menghabiskan masa sebelum tidur dengan menonton rancangan TV kegemaran kami bersama.

Mungkin anda juga boleh mencubanya. Lepas anak-anak tidur, tengoklah sebarang filem atau siri (Game of Thrones, contohnya) sambil kunyah-kunyah. 

Anda dan pasangan pasti akan lebih bahagia dan mesra jika kalian selalu melakukan rutin ini!

6. Cipta “masa bersama”

Memang susah kalau anda dan pasangan kerja berasingan dengan jadual yang berbeza. 

Seorang sudah sibuk di rumah, tapi seorang lagi masih di pejabat. Namun, jangan jadikan ia sebagai alasan untuk tidak bersama-sama pasangan.

Cuba juga cipta “masa bersama” agar kalian boleh buat sesuatu bersama-sama.

7. Pillow talk sebelum tidur

pasangan bahagia

Sebelum tidur, pasangan bahagia akan sering berkongsi sebarang detik manis dan pahit yang terjadi pada mereka hari tersebut. 

Ia merapatkan hubungan malah memberi peluang untuk mereka memahami apa yang telah terjadi dalam kehidupan seharian pasangan (terumatanya ketika kerja).

8. Tidurkan pasangan

Biasanya, kita akan tidur sama-sama dengan pasangan. Tapi ada juga waktu di mana kita mungkin akan tidur lebih awal berbanding mereka.

Kunci kebahagiaan jika situasi ini berlaku adalah dengan menidurkan pasangan sebelum anda menyambung kerja semula.

Tuck in pasangan tidur adalah satu rutin mudah yang boleh membuatkan anda dan pasangan rasa masih mesra walaupun kalian sibuk bekerja.

9. Keluar dari rumah

“Date night” amat penting dalam sesebuah perkahwinan. Jangan anggap ia satu perkara remeh!

Keluar dari rumah untuk berdua-duaan dengan pasangan mampu mengeratkan hubungan kalian. Makan di luar bermaksud anda tak perlu kelam-kabut mengemas pinggan mangkuk yang perlu dibasuh. 

Pasangan Yang Bahagia Selalu Buat 9 Rutin Harian Ini Sebelum Mereka Tidur

Anda dan pasangan juga boleh bersantai dan bertenang sambil menikmati makanan dan bersembang. Bukankah ia satu rutin harian yang sihat?

Mengekalkan kebahagiaan rumah tangga bukanlah perkara yang mudah. Hubungan yang sihat memerlukan usaha kedua-dua belah pihak.

Jika anda ingin kekal bahagia hingga ke anak cucu, mungkin sudah tiba masanya anda dan pasangan melakukan sebarang rutin harian di atas yang bersesuaian dengan anda, ya!

Selamat mencuba semua pasangan. Jangan lupa kongsi juga apa rutin harian antara anda dan pasangan sebelum tidur. 

Sumber rujukan: Men’s Health

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comrahsia-perkahwinan-suami-bijak-kendali-emosi/

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!