Pasangan Tak Semestinya Curang Dengan Orang Yang Lebih Cantik/Kacak, Ini Sebabnya...
Masih ingat lagi dengan skandal Aliff Aziz dan Bella Astillah yang membawa ke penceraian? Selepas kecohnya insiden tersebut, ramai tertanya-tanya kenapa masih ada pasangan curang walaupun memiliki isteri yang cantik atau suami yang tampan.
Sebenarnya, perkara ini bukanlah benda pelik. Ramai kes pasangan curang di luar sana yang curang dengan seseorang yang dianggap tidaklah “lebih baik” dari pasangan sahnya.
Malah ada juga yang curang dengan seseorang yang “lebih teruk” dari pasangan asal! Contohnya seperti seorang isteri curang dengan lelaki yang menganggur, sedangkan suaminya bergaji besar.
Ada juga suami yang curang dengan wanita yang lebih tua dan tidak bekerja, sedangkan isteri mereka lebih muda, cantik dan berkerjaya.
Ini membuatkan ramai orang tertanya-tanya, apa alasan suami atau isteri ini curang dengan orang yang lebih kurang dari pasangan sebenar?
Nah, jom kami bongkarkan mengapa!
Alasan Pasangan Curang Dengan Orang Yang Tidak Setanding Langsung Dari Pasangan
Jadi, anggapan yang mengatakan setiap orang hanya akan curang dengan orang yang lebih menarik dari pasangan masing-masing adalah tidak benar. Sebuah kajian dari laman web Victoria Milan telah membuktikan perkara ini.
Laman web tersebut telah menyediakan perkhidmatan untuk orang yang sudah berkahwin, bagi mencari hubungan sulit “di luar” pernikahan mereka.
Victoria Milan kemudiannya telah melakukan polling terhadap 4,000 orang ahli laman webnya itu dan mendapati kebanyakan orang yang menggunakan perkhidmatan laman web tersebut menganggap isteri dan suami mereka JAUH lebih menarik daripada “kekasih gelap” mereka.
Menariknya, responden lelaki mengatakan selain penampilan, isteri mereka juga jauh lebih superior berbanding kekasih gelap mereka.
Hanya 30% responden lelaki yang memiliki kekasih gelap lebih muda dari isteri mereka. Manakala hanya seperempat dari para lelaki tersebut mengatakan “kekasih gelap” mereka lebih menarik dari pasangan asal.
Jadi, kenapa mereka curang? Responden lelaki ini mengaku mereka curang kerana “kekasih gelap” mereka lebih ghairah berbanding pasangan, malah lebih memberi perhatian dan mahu mendengar berbanding isteri mereka.
Sementara itu buat kaum wanita pula, lebih dari setengah responden wanita mengatakan bahawa suami mereka jauh lebih tampan daripada kekasih gelap yang mereka pilih.
Namun, 50% dari mereka juga mengatakan kekasih gelap mereka memiliki badan yang lebih tegap berbanding si suami.
Tak jauh berbeza dari responden lelaki, responden wanita juga mengatakan kekasih gelap mereka adalah pendengar yang lebih baik, malah lebih passionate berbanding suami. Ditambah lagi, 89.6% dari responden wanita mengatakan kekasih gelap mereka lebih bijak menghargai berbanding suami sendiri.
Sebuah kajian dari American Association of Marriage and Family Therapy mendapati, lebih 45% lelaki dan 35% wanita mengaku mereka pernah curang secara emosional dari pasangan.
Sedangkan, hanya 20% saja responden yang mengaku pernah curang secara fizikal. Curang secara emosional cenderung lebih sukar untuk dikesan.
Kerana itulah, anda sebagai suami isteri harus tahu untuk mengenali tanda-tanda curang “kecil” yang mungkin boleh berlaku pada pasangan.
Sheri Meyers, seorang pakar terapi perkahwinan dan keluarga mengatakan, ada beberapa tanda curang bahaya yang perlu dilihat. Antaranya seperti:
- Ketika bergaduh, pasangan sering sebut untuk berpisah
- Ketika ditanya adakah dia memiliki hubungan dengan orang lain, dia akan menjadi defensif atau mengalih cakap.
Dalam sebuah kajian tahun 2011 yang diterbitkan oleh Journal Archives of Sexual Behavior, sekitar 23% lelaki dan 19% wanita berlaku curang.
Kajian lain pada tahun 2015 pula mengatakan sekitar 2,800 orang yang berusia 18-32 tahun cenderung untuk curang jika dia bergantung sepenuhnya pada pasangannya dalam hal kewangan.
Terutamanya bagi suami yang ditanggung oleh isteri. Sekitar 15% lelaki yang bergantung sepenuhnya pada si isteri pasti akan berlaku curang.
Sedangkan buat wanita pula, hanya 5% daripada mereka yang bergantung sepenuhnya pada suami untuk nafkah, akan curang.
Menariknya, pengkaji juga mendapati lelaki lebih cenderung tidak curang jika mereka memiliki gaji yang lebih besar dari isteri. Sedangkan, hal sebaliknya yang berlaku pada wanita.
****
Sekarang sudah jelas ya, pasangan curang tidak semestinya kerana suami atau isteri anda “terjumpa” orang yang lebih tampan atau cantik dari anda.
Sebaliknya, mereka lebih cenderung curang kerana ingin rasa dihargai, didengari, dan rasa diambil berat oleh orang lain.
Hal ini mungkin kerana mereka tidak mendapatnya dari pasangan asal.
Artikel ini asalnya ditulis oleh Fitriyani dan mendapat kebenaran theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.
Baca juga:
Anda Syak Pasangan Mungkin Curang Guna Facebook? Lihat 7 Tanda-Tandanya!