Pasangan Suami Isteri Terbunuh Disambar Kilat

lead image

Amalkan langkah-langkah ini untuk mengelakkan dari disambar kilat

Sepasang suami isteri yang dipercaya telah disambar kilat, ditemui mati di sebuah taman di Jalan Kenari 10, Bandar Puchong Jaya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang Supt Lee Wai Leong berkata, polis telah dimaklumkan mengenai kejadian tersebut petang hari Ahad. Mangsa lelaki itu dikenali sebagai Yee Boon Koo, 59 dan mangsa wanita dikenali sebagai Ooi Lee Chen, 57.

Beliau berkata kedua-dua mayat ditemui dalam keadaan meniarap di atas jalan laluan di taman. Sebuah payung yang belum dibuka di jumpa berdekatan dengan mayat, dan kepala mangsa lelaki itu berdarah. Polis juga telah menemui serpihan batu, yang dipercayai turut rosak, akibat kejadian tersebut.

Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh kakitangan ambulans dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Pasangan suami isteri dipercayai sedang bersenam apabila kejadian itu berlaku.

sumber gambar : NST

Kenapa kilat berlaku

Kilat adalah kuasa alam yang sangat kuat dan merupakan nyahcas elektrik yang dilepaskan dari awan. Kebanyakan nyahcas elektrik ini berlaku di dalam awan itu sendiri, tetapi kadang-kadang ia boleh berlaku antara awan dan tanah.

Ini disebabkan oleh pembentukan cas positif di atas tanah kerana tertarik dengan caj negatif di bahagian bawah awan. Apabila caj positif dari tanah bergabung dengan cas negatif dari awan, ini menghasilkan kilat.

Caj positif tanah boleh berkumpul dan ditumpukan kepada apa sahaja yang dalam keadaan tegak contohnya pokok, konduktor kilat ataupun manusia.

Jadi apabila seseorang berjalan-jalan di kawasan lapang sambil memegang payung, terutamanya apabila cuaca kurang baik, orang dan payung itu boleh menjadi seumpama “konduktor kilat”. Risiko untuk disambar adalah lebih tinggi.

sumber gambar: National Geographic Kids

Langkah-langkah untuk mengelakkan dari disambar kilat

  1. Semak ramalan cuaca dan beri perhatian kepada perubahan cuaca. Cara terbaik untuk mengelak daripada disambar kilat adalah untuk menjauhkan diri daripada ribut petir.
  2. Turun dengan serta-merta dari kawasan tinggi seperti bukit, atau puncak gunung apabila mendengar bunyi guruh.
  3. Jangan berlindung di bawah pokok yang terpencil
  4. Segera jauhkan dari kolam, tasik dan sumber air lain.
  5. Elakkan kawasan terbuka dan objek tinggi kerana arus elektrik itu mungkin boleh “melompat” ke badan manusia.
  6. Jauhkan diri daripada objek yang boleh mengalirkan elektrik. Pagar dan tiang logam adalah contoh yang biasa ditemui di luar. Jangan membawa objek logam seperti payung. Jika cuaca buruk, baik tinggal je dalam rumah. Boleh buat senaman-senaman yang ringan.

sumber: Star, Planet Science, WikiHow, Tree Hugger