Pakai bra punca payudara jatuh dan kendur? Anda pasti terkejut dengan kajian ini!

lead image

Kajian baru-baru ini mendapati bra ialah punca mengapa payudara jatuh selepas bersalin. Biar betul??!! Tapi mengapa pula? Apa alasannya?

Payudara jatuh selepas bersalin pasti akan buat kita risau dan tidak berkeyakinan. Tapi, kita juga dibesarkan dengan pemahaman kalau tidak pakai bra, lagi senang payudara jatuh dan kendur. 

Sebenarnya, ada banyak sebab mengapa payudara jatuh selepas bersalin – atau kendur. Antaranya ialah kerana umur, genetik atau kurang bersenam.

Akan tetapi, kajian baru-baru ini mendapati pakai bra juga punca mengapa payudara anda kendur! Mengapa pula?

Payudara jatuh selepas bersalin kerana pakai bra

Sebuah kajian yang dilakukan di Perancis pada tahun 2013 mendapati bra boleh menyebabkan payudara jatuh selepas bersalin dan menjadi kendur. 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/06/27980878 1519517987.4349.jpg Pakai bra punca payudara jatuh dan kendur? Anda pasti terkejut dengan kajian ini!

Kajian mendapati pemakaian bra selama 24 jam sehari adalah tidak sihat dan ia boleh membantutkan perkembangan tisu payudara yang menyokong bentuknya. Sebab itu, banyak payudara jatuh selepas bersalin atau ketika masih muda lagi!

Kajian ini membandingkan hasil kajian selama 16 tahun daripada 330 wanita berusia 18 hingga 35 tahun. Kajian mendapati, kejatuhan payudara semakin berkurang jika wanita itu tidak memakai bra.

Walaubagaimanapun, kesan payudara jatuh selepas bersalin seakan tidak memberi kesan pada wanita atau ibu yang sudah lebih berusia. 

Menurut ketua kajian, Jean-Denis Rouillon, wanita yang berumur 45 tahun ke atas tidak menerima sebarang faedah jika tidak memakai bra. Sebaliknya, mereka harus sentiasa memakainya.

Akan tetapi, lebih banyak kajian harus dilakukan untuk membuktikan bra punca payudara jatuh selepas bersalin. Lagipun, kita sendiri tahu kita tak boleh lari dari faktor umur dan graviti juga.

Semakin dimamah usia, semakin banyak tisu payudara dan ligamen Cooper merenggang lalu kehilangan elastik. 

Apabila wanita mencapai menapaus, payudara jatuh akan semakin mudah berlaku kerana tisu digantikan dengan lemak.

Tips mengatasi payudara jatuh selepas bersalin

src=https://assets sg.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/12/2018/05/breast exam stock.jpg Pakai bra punca payudara jatuh dan kendur? Anda pasti terkejut dengan kajian ini!

Walaupun umur, genetik dan tarikan graviti mampu mengakibatkan payudara jatuh, tapi ibu-ibu jangan risau. Ada cara untuk melambatkan proses ini.

Cuba buat 4 cara berikut untuk menjaga bentuk payudara anda dan mengelak kejadian payudara kendur sebelum usianya:

1. Buat senaman yang betul

Ada yang mengatakan senaman mampu buat payudara tidak kendur. Betul ke? Jawapannya bergantung kepada senaman jenis apa.

Senaman yang anda perlu buat untuk mengelak payudara jatuh atau kendur ialah senaman dada, bukannya senaman lain.

2. Jaga berat badan ketika mengandung

Menyusu tidak akan menyebabkan payudara kendur. Namun, kehamilan boleh menjejaskan keelastikan payudara. Ia buat ligamen payudara merenggang hingga payudara kendur.

Bagaimana anda nak mengelaknya? Jaga berat badan ketika mengandung. Amalkan diet yang sihat dan jangan makan lemak tidak sihat hingga berat anda naik mendadak.

3. Pakai bra yang sesuai dengan saiz payudara

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/06/m 5ad8224ef9e501c3bb0ae201.jpg Pakai bra punca payudara jatuh dan kendur? Anda pasti terkejut dengan kajian ini!

Doktor menasihatkan agar anda memilih bra dengan saiz yang tepat. Jangan pilih bra yang terlalu ketat kerana ia akan membantutkan tumbesaran tisu payudara.

Jangan pilih bra yang terlalu longgar kerana ia akan menjejaskan keelastikan payudara. 

4. Amalkan gaya hidup yang sihat

Tahukah anda yang merokok dan mengamalkan tanning mampu menjejaskan bentuk payudara? Jangan lupa untuk pakai krim perlindungan UV jika anda ke pantai.

Akan tetapi, jangan risau sangat tentang masalah payudara jatuh selepas bersalin. Apapun, anda ialah wanita hebat dan anda harus meraikan anugerah menjadi seorang ibu.

Jangan lupa itu dan jom nikmati sepuas-puasnya nikmat menjadi seorang ibu 😉

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan: CBS NewsLive ScienceHealth, Women’s Health 

Baca juga:

Bagaimana menegangkan payudara selepas menyusu bayi?