Payudara Saya Keluar Cecair Ketika Hamil. Adakah Ia Normal?

lead image

Anda panik apabila melihat ada cecair yang keluar dari payudara anda ketika hamil? Normal ke cecair ini? Jangan panik! Itu adalah cecair kolostrum. Jom semak apa patut anda buat.

Payudara keluar cecair ketika hamil? Normal atau tak?

Kenapa ada kesan cecair dari payudara pada bra saya?

Apabila puting dipicit, keluar pula cecair melekit yang berwarna oren kekuningan. 

Adakah ini susu badan

Tapi kenapa payudara saya sudah ada susu badan? Saya masih hamil dan bayi saya belum keluar lagi!

Jangan terkejut ibu-ibu hamil semua.

Cecair melekit itu bukan susu atau nanah (eewwww) tapi sebenarnya adalah kolostrum.

Kolostrum itu apa?

Kolostrum adalah cecair yang kaya dengan nutrien untuk bayi anda. Ia juga dikenali sebagai cecair emas susu ibu.

Anda boleh lihat perbezaan antara susu badan dengan kolostrum seperti di bawah:

Payudara Saya Keluar Cecair Ketika Hamil. Adakah Ia Normal?

Gambar bandingan antara kolostrum (payudara anda keluar cecair ini) dan susu ibu. Sumber gambar: Wikimedia

Kolostrum rendah lemak, kaya dengan karbohidrat, protein, dan antibodi untuk membantu menjaga kesihatan bayi.

Adakah kolostrum bagus untuk si manja?

Ya! Sudah tentu.

Kolostrum biasanya keluar dalam jumlah yang sedikit (beberapa sudu teh saja), tapi ia sangat tepu dengan sel hidup yang boleh melindungi bayi dari pelbagai penyakit.

Kepekatan antibodi dalam kolostrum jauh lebih tinggi berbanding dengan susu matang. 

Ia juga sangat mudah untuk dihadam. Oleh itu kolostrum adalah makanan pertama yang sempurna dan sesuai untuk keperluan bayi anda.

Peralihan daripada kolostrum ke susu badan sebenar

Kolostrum akan berubah menjadi susu matang secara beransur-ansur pada 2 minggu pertama selepas anda bersalin.

Semasa peralihan ini, kepekatan antibodi dalam susu akan semakin kurang, dan jumlah susu ibu akan bertambah.

Susu anda juga akan berubah warna menjadi lebih putih dan kepekatannya semakin nipis. 

Namun, jangan khuatir. Ini tidak bermakna bayi anda akan kehilangan kekebalan dan terdedah pada penyakit apabila kolostrum sudah habis.

Bayi anda masih akan menerima perlindungan dari susu ibu untuk virus dan bakteria yang berbeza.

Artikel berkaitan: Adakah Pemakanan Mempengaruhi Kualiti Susu Ibu?

Perlukah saya bimbang jika payudara selalu bocor ketika hamil?

Payudara Saya Keluar Cecair Ketika Hamil. Adakah Ia Normal?

Tidak, anda tidak perlu bimbang kalau payudara asyik keluar kolostrum apabila anda hamil.

Keadaan ini adalah gejala biasa yang sering dialami oleh semua ibu-ibu hamil. 

Payudara sesetengah ibu hamil boleh mula bocor pada minggu ke-14.

Ada yang mengalaminya kemudian, dan ada yang langsung tidak akan mengalaminya!

Kadang-kadang payudara anda mungkin bocor sebelah sahaja, ataupun dua-duanya sekali. Kuantiti cecair yang keluar juga bergantung kepada individu.

Badan anda cuma sedang membuat persiapan untuk mula menyusukan anak.

Apa yang saya patut lakukan jika payudara bocor?

Payudara Saya Keluar Cecair Ketika Hamil. Adakah Ia Normal?

Cloth breast pad yang boleh dibeli dari Lazada untuk menyerap kolostrum yang bocor

Untuk ibu-ibu yang mengalami kebocoran yang banyak, anda boleh menggunakan breast pad di dalam bra.

Breast pad ini direka khas untuk menyerap kolostrum dan mencegah kebocoran yang tidak diingini.

Terdapat dua jenis breast pad dalam pasaran yang boleh membantu: breast pad pakai buang ataupun breast pad jenis kain yang lebih mesra alam. 

Anda masih bimbang?

Jika anda masih bimbang atau ada apa-apa pertanyaan, sila jumpa doktor atau pakar laktasi yang boleh memberi nasihat yang lebih khusus dan sesuai untuk situasi anda.

Sumber: La Leche League

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Wahai Ibu Yang Sedang Menyusu: Adakah Bayi Anda Cukup Makan?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner