9 Cara Atasi PEDIH ULU HATI Semasa Hamil, #8 Mesti Ramai Tak Sangka&Selalu Buat!

Pedih ulu hati semasa hamil ada perkara biasa yang dialami wanita berbadan dua. Memang tidak senang duduk dibuatnya. Jom cuba tips ini untuk atasinya.

Pedih ulu hati semasa hamil antara perkara yang memang tidak dapat dielak. Ia seakan perkara wajib yang berlaku kepada hampir majoriti wanita yang pernah hamil.

Pedih ulu hati ini ibarat rakan karib ibu hamil, justeru wanita hamil harus belajara bagaimana cara mengatasinya supaya tidak terus dibelenggu rasa sakit dan tidak selesa.

Bila diserang pedih ulu hati semasa hamil segalanya jadi serba tak kena, malah rasa tidak selesa sepanjang masa. 

Pedih ulu hati semasa hamil, ini cara atasinya

Pedih ulu hati semasa hamil

Kredit: verywellfamily

Pedih ulu hati adalah salah satu simptom dan merupakan sesuatu yang biasa semasa kehamilan, sebahagiannya disebabkan oleh perubahan hormon dalam trimester pertama dan rahim yang membesar memberi tekanan terhadap perut apabila bayi membesar.

Selain itu, pedih ulu hati boleh juga disebabkan oleh gaya hidup dan tabiat pemakanan. Dengan membuat perubahan pada gaya hidup dan pemakanan, anda akan dapat mengelakkan penyebab pedih ulu hati, dan menangani sakit dan rasa tidak selesa pedih hulu hati dengan lebih baik.

Anda berisiko tinggi alamai pedih ulu hati semasa hamil apabila:

  • Ini bukanlah kehamilan pertama anda
  • Anda telah mengalami ketidakhadaman dan pedih ulu hati semasa kehamilan sebelumnya.
  • Anda berada di peringkat akhir kehamilan (dari minggu 27 dan seterusnya)

Simptom pedih ulu hati semasa kehamilan

Pedih ulu hati semasa hamil

Kredit: healthline

Simptom utama pedih ulu hati adalah rasa sakit atau rasa tidak selesa dalam dada anda (biasanya di belakang tulang dada) – sama seperti jika anda tidak hamil.

Simptom-simptom adalah paling kerap dirasai sejurus selepas minum atau makan, namun ada kalanya terdapat kelewatan antara memakan hidangan dan mengalami ketidakhadaman.

Anda mungkin mengalami pedih ulu hati pada bila-bila masa semasa kehamilan anda, walaupun simptom-simptom anda mungkin lebih kerap dan teruk semasa peringkat akhir kehamilan, dari minggu 27 dan seterusnya1.

Seperti mana sakit di bahagian atas abdomen, pedih ulu hati semasa hamil boleh menyebabkan perkara berikut:

  • Kesukaran untuk menelan
  • Rasa pedih di dada atau tekak
  • Rasa ketat di dada atau tekak
  • Sakit tekak

Penyebab utama pedih ulu hati semasa hamil yang perlu diberi perhatian 

  • Lada hitam, bawang putih, bawang mentah dan makanan pedas yang lain
  • Coklat
  • Buah dan produk buah sitrus, seperti oren dan jus oren
  • Kopi dan minuman berkafein, termasuk soda
  • Pudina
  • Hidangan besar
  • Makanan berlemak
  • Hidangan lewat malam

Bagaimana untuk menghindari pedih ulu hati semasa hamil

Kini, pelbagai penyebab pedih ulu hati telah dikenal pasti, membuat perubahan kepada gaya hidup dan pemakanan anda adalah salah satu cara yang paling berkesan untuk membantu mengurangkan risiko mengalami pedih ulu hati semasa mengandung.

Berikut adalah beberapa petua untuk mengelakkan ketidakhadaman dan pedih ulu hati semasa hamil:

#1. Sentiasa pantau berat badan anda

Pantau berat badan supaya tidak ke arah berat yang tidak sihat

#2. Tiada keperluan untuk “makan untuk dua orang” semasa hamil

Makan hidangan yang kecil lebih kerap sepanjang hari

#3. Ambil masa untuk makan

Kunyah setiap makanan perlahan-lahan, ini akan membantu memecahkan makanan menjadi cebisan yang lebih kecil yang membantu penghadaman

#4. Elakkan makan pedas

Pedih ulu hati semasa hamil

Kredit: emmadiary

Elak makanan pedas, berasid dan berlemak kerana ini boleh merosakkan lapisan perut dan menyebabkan lebih banyak asid perut dihasilkan.

#5. Duduk menegak

Duduk dalam kedudukan menegak apabila anda makan. Jika boleh elakkan berbaring di atas sofa atau katil

#6. Pakai pakaian longgar

Longgarkan pakaian atau tali pinggang yang terlalu ketat, pilih pakaian ibu hamil yang longgar

#7. Jangan makan lewat, tergesa-gesa

Jangan makan lewat atau tergesa-gesa. Ambil masa untuk makan dan makan perlahan-lahan

#8. Minum air dgn betul

Hindarkan dari menggogok cecair, sebaliknya hirup. Minum secara sopan seperti gunakan straw

#9. Tinggikan badan di atas bantal 

Jika anda cenderung mengalami simptom waktu malam dan ketika tidur, tinggikan sedikit badan anda di atas katil.

Jadi, jika anda lah orangnya yang sedang menghadapi pedih ulu hati ketika hamil, kami harap artikel ini dapat bantu anda untuk kurangkannya!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: gaviscon

Baca juga: Masalah Pedih Ulu Hati Ketika Hamil – Tips No #4 Paling Menjadi!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!