Pelajar Cemerlang Dirogol 4 Sepupu Akibat Cemburu Keputusan Baik Yang Diperolehi Dalam Peperiksaan

Pelajar Cemerlang Dirogol 4 Sepupu Akibat Cemburu Keputusan Baik Yang Diperolehi Dalam Peperiksaan

Disebabkan cemburu gadis ini mendapat keputusan baik dalam peperiksaan, empat sepupu itu rancang membalas dendam dengan merogolnya beramai-ramai. Sampainya hati mereka!

Pelajar cemerlang sebuah sekolah yang berumur 16 tahun dirogol setelah diberikan dadah oleh empat sepupu dan gurunya gara-gara cemburu kerana dia memperoleh keputusan baik dalam peperiksaan. Kejadian ini berlaku di Sitapur, Uttar Pradesh India.

Menurut laporan media di sana, empat sepupu terbabit tinggal serumah dengan gadis berkenaan. Namun oleh kerana cemburu melihat kecemerlangannya dalam akademik, mereka bertindak kejam untuk membalas dendam.

Semasa hari kejadian, keempat-empat suspek mempelawa mangsa makan tengah hari, namun mereka telah bersepakat mencampurkan makanan tersebut dengan dadah. Seusai makan, mangsa berasa pening kepala sebelum pengsan tidak sedarkan diri.

Setelah itu, mereka membawa mangsa ke bilik khas kakitangan sebuah sekolah lalu bergilir-gilir memperkosa mangsa. Lebih menyedihkan, seorang guru turut terbabit dengan perbuatan terkutuk itu sambil tolong rakam video.

Sebar video rogol pelajar cemerlang menerusi WhatsApp 

dirogol

Selepas merogolnya, mereka sebarkan pula video kejadian itu menerusi aplikasi WhatsApp bagi menayangkan kebanggaan mereka memperlakukan gadis itu dengan cara yang paling teruk!

Setelah melihat video tersebut, ibu bapa mangsa segera melaporkan kejadian itu di balai polis.

Menurut polis yang menjalankan siasatan, apabila mangsa sedar dari pengsan semua suspek memberitahu yang dia pengsan di taman permainan dan kemudian di bawa ke bilik tersebut.

Siasatan juga mendapati, kesemua suspek cemburu dengan mangsa yang merupakan pelajar cemerlang itu dan sering mendapat markah tinggi dalam peperiksaan berbanding mereka yang selalu mendapat keputusan tercorot dalam kelas.

Akhirnya polis berjaya memberkas seorang suspek dan yang lain masih diburu.

Apa yang perlu dilakukan jika anda dirogol? 

merogol pelajar cemerlang

1) Jangan basuh atau menukar baju anda kerana semua itu adalah bukti penting bagi mengesan adanya air mani, darah, air liur atau rambut suspek.

2) Tanya rakan atau ahli keluarga untuk menemani anda ke hospital atau balai polis untuk membuat laporan dan pemeriksaan ke atas fizikal anda.

3) Segera melakukan pemeriksaan kesihatan di Jabatan Kecemasan & Trauma di hospital kerajaan. Doktor akan memeriksa anda di bilik peribadi – Pusat Krisis Bersepadu (OSCC) bagi mengumpul segala bukti yang ada. Apapun anda perlu mengisi borang bagi meminta kebenaran anda terlebih dahulu.

4) Buat laporan polis secepat mungkin.

5) Hubungi NGO wanita untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling bagi membantu anda yang mungkin mengalami perasaan takut, kebimbangan, sedih, kecewa dan sebagainya.

Kesan rogol

  • Kecederaan pada alat sulit dan dubur
  • Calar dan luka
  • Sukar tidur dan keletihan
  • Loya
  • Tegang di bahagian kepala
  • Sakit perut
  • Tekanan perasaan kerana takut
  • Kecacatan fizikal
  • Rasa diri terhina
  • Malu dengan orang sekeliling
  • Sering menyalahkan diri sendiri
  • Kemurungan dan membunuh diri

Sumber: News18

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga 

Bapa setan sengaja rogol anak gadis sendiri hingga HAMIL mengaku tak bersalah!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner