Pelembap Bibir Buatan Sendiri Untuk Anak Anda

lead image

Sekarang, anda boleh membuat sendiri pelembap bibir yang selamat buat anak.

Jika anda mempunyai anak perempuan terutamanya, pasti anda sering kali ‘berebut’ gincu dengan anak anda.

Biasalah, anak pasti mengikut tingkah laku ibunya. Mereka nampak anda kelihatan cantik memakai gincu, mereka juga mahukan perkara yang sama.

Sekarang, anda boleh membuat sendiri pelembap bibir yang selamat buat anak. Yang pasti, ia menjimatkan dan selamat! Tidak perlu ‘berebut’ lagi dengan si kecil anda.

Jom kita lihat bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat pelembap bibir (resipi ini adalah untuk 5 hingga 6 bekas pelembap bibir bergantung pada bekas):

  1. 2 sudu besar lilin lebah (beeswax)beeswax lotion bars Pelembap Bibir Buatan Sendiri Untuk Anak Anda
  2. sudu kecil shea butter

    better shea butter shea butter Pelembap Bibir Buatan Sendiri Untuk Anak Anda

  3. 1 sudu kecil minyak kelapa dara (virgin coconut oil)

    Minyak Cem Ceman Pelembap Bibir Buatan Sendiri Untuk Anak Anda

  4. 5 titis minyak pati (essential oil)

    YLOrange Pelembap Bibir Buatan Sendiri Untuk Anak Anda

  5. Spatula

    short plexi glass spatula Pelembap Bibir Buatan Sendiri Untuk Anak Anda

  6. Double boiler atau pencair coklat

    images 2 Pelembap Bibir Buatan Sendiri Untuk Anak Anda

  7. Bekas atau tiub berpenutup

     Pelembap Bibir Buatan Sendiri Untuk Anak Anda

  8. Pewarna makanan organik (tidak semestinya perlu ada)

    2d2f8f2b7d4884770cf0aa4c886a06bc Pelembap Bibir Buatan Sendiri Untuk Anak Anda

Bahan-bahan ini sangat mudah didapatkan dari kedai-kedai kraf. Manakala bagi pewarna makanan organik pula boleh didapatkan di kedai bakeri.

Cara membuatnya:

  1. Pasangkan double boiler atau pencari coklat dan cairkan lilin lebah sehingga menjadi cecair.
  2. Kemudian campurkan shea butter dan minyak kelapa dara. Kacaukan.
  3. Anda boleh memilih untuk meletakkan pewarna makanan organik bagi menambah warna.
  4. Tutupkan pemanas double boiler dan tunggu sehingga campuran sedikit sejuk.
  5. Titiskan beberapa titis minyak pati (saya memilih oren) ke dalam adunan dan kacaukan.
  6. Sebelum campuran menjadi sejuk dan mengeras, masukkan ke dalam bekas atau tube.
  7. Biarkan ia mengeras dan pelembap bibir sudah siap untuk digunakan.
     Pelembap Bibir Buatan Sendiri Untuk Anak Anda

    Foto ehsan Linna Faizal

Sekiranya pelembap bibir anda terlalu keras, lebihkan kuantiti shea butter dan sebaliknya jika terlalu lembut, kurangkan shea butter.

Anda juga boleh menambah madu untuk menambah kekilatan pelembap bibir anda.

Pastikan anda menggunakan bahan-bahan yang organik untuk membuat pelembap bibir ini.

Anda juga boleh membuat pelbagai warna dan perisa (menggunakan minyak pati berbeza) untuk mempunyai lebih banyak pilihan.

Ia bukan sahaja bagus untuk anak anda tetapi juga untuk anda.

Anda juga boleh mengajak anak anda turut sama membuat pelembap bibir ini. Mereka pasti seronok dapat membuat pelembap bibir mereka sendiri.

Selamat mencuba!