Hebatnya kuasa peluk dan dukung anak ini! Anda dah peluk mereka hari ini?

lead image

Kajian mendapati semakin kerap anda peluk anak, semakin mereka sihat, tidak tertekan dan mampu membesar dengan lebih cepat!

Kuasa peluk anak – ia ubah DNA anak dalam diam!

Jika anda salah seorang ibu bapa yang suka peluk anak, jangan berhenti melakukannya sekarang! Perbuatan memeluk dan mendukung anak itu terbukti lebih hebat dari yang dijangka.

Sebuah kajian dari University of British Columbia mendedahkan kaitan antara sentuhan ibu bapa dengan anak-anak yang mampu menjejaskan tahap molekul mereka.

Apabila anda sering memeluk dan mendukung anak, anda sebenarnya sedang menukar DNA mereka. Ya, DNA! Anda tidak salah baca.

Kajian ini mendapati kanak-kanak yang kurang sentuhan fizikal dari ibu bapa akan lebih mudah tertekan. Malah, sentuhan ini juga mengubah profil molekul mereka.

Akibatnya, mereka tidak berkembang dengan sehabis baik.

Saintis saran ibu bapa kena selalu peluk anak

peluk anak

Kredit: Mom Junction

Untuk menjayakan kajian ini, saintis telah mengkaji hampir 94 bayi dalam masa 4 tahun. 

Ibu bapa dengan bayi yang dijadikan subjek kajian harus menyimpan jurnal yang mencatit segala perbuatan anak mereka. Mereka perlu mengenalpasti corak makan, corak tidur dan tangisan bayi.

Mereka juga harus mencatit berapa kerap mereka memeluk dan mendukung bayi. 

Selepas 4 tahun, saintis akan memeriksa DNA bayi tersebut dengan mencalit pipinya. Ini dapat membantu pengkaji mengenalpasti satu pengubahsuaian biokimia yang dipanggil sebagai “melitasi DNA”.

Melitasi DNA adalah molekul yang mampu menjejaskan kematangan gen aktif. Hasil kajian sungguh mengejutkan!

Peluk anak boleh buat bayi lebih cepat membesar

Kanak-kanak yang kurang menerima sentuhan fizikal dari ibu bapa mereka memiliki “umur epigenetik” yang lebih rendah. 

peluk anak

Kredit: BabyCentre

Hal ini bermaksud, kematangan molekul mereka lebih perlahan berbanding yang sepatutnya. Lalu, mereka menghadapi masalah kesihatan dari tahap sel.

Sarah Moore, penulis dan pengkaji utama dalam kajian itu menjelaskan –

“Dari kajian ini, kami dapat menekankan kepentingan hubungan fizikal antara ibu bapa dan anak. Hubungan fizikal ini termasuklah perbuatan memeluk, mendukung dan menenangkan anak yang menangis.

Ia boleh mengurangkan tekanan dan mengelak bayi daripada mengalami sebarang masalah kesihatan.”

5 sebab saintifik kenapa anda perlu kerap peluk anak

Jika anda memerlukan peringatan dan sebab saintifik untuk membuktikan mengapa perbuatan peluk anak ini sungguh bermanfaat, sila rujuk senarai di bawah:

  • Sentuhan fizikal buat anak lebih bijak: Kajian dari Nationwide Children’s Hospital di AS menunjukkan sentuhan fizikal beri respon otak yang lebih kuat.
  • Pelukan bantu anak membesar: Kajian dari University of California mendapati pelukan merembeskan hormon oksitoksin (hormon gembira). Hormon ini menggalakkan pertumbesaran.
  • Pelukan buat anak lebih sihat: Kajian pada tahun 2013 mendapati pelukan buat bayi lebih sihat dan kuat. Hormon oksitoksin mengurangkan tahap plasma dan kortisol
  • Pelukan menghentikan tantrum: Pelukan boleh membantu ibu bapa mengawal tantrum anak kerana ia mengurangkan stres dan menenangkan.
  • Pelukan buat anak lebih dengar kata: Kajian mendedahkan kanak-kanak yang selalu tertekan dan kurang menerima sentuhan fizikal dari ibu bapa akan lebih mudah terkena penyakit. Pelukan boleh meningkatkan emosi dan sistem imun badan anak. Ia buat minda lebih berfungsi dan emosi lebih stabil. Maka, anak lebih mendengar kata.

Nampaknya, kajian ini membuatkan ibu bapa perlu lebih kerap memeluk dan mendukung anak lah, kan! Barulah anak lebih sihat dan kurang stres.

Jom snuggle mereka yang masam-masam itu sekarang! Hehe

 

 

Sumber rujukan: The University of British ColumbiaScience Daily

Kredit gambar: Verywell

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

7 Sebab Mengapa Anda Perlu Peluk Anak Ketika Mereka Mengamuk