Wanita boleh atasi masalah cepat lupa ketika hamil dengan 2 trik mudah ini

undefined

Anda jadi pelupa ketika hamil? Jangan risau. Dengan trik mudah ini, anda tak perlu tulis pun untuk ingat sesuatu. Lepas ini anda takkan asyik lupa lagi!

Pelupa ketika hamil

Masalah asyik lupa ketika mengandung adalah perkara normal. Jadi, ibu-ibu jangan panik. Secara umumnya, menurut kajian, pelupa ketika hamil adalah disebabkan oleh perubahan emosi dan hormon ketika ibu hamil.

Pelupa ketika hamil dikenali sebagai ‘momnesia’. Salah seorang kawan saya yang sedang sarat mengandung sering “dibahan” kerana asyik lupa. Sebenarnya, ia boleh diatasi dengan 2 cara mudah yang akan kami ajar di bawah ini. 

Ibu hamil yang pelupa masih boleh mengingati sebarang maklumat penting tanpa perlu menulis ia sebagai nota! Bagaimana caranya? Ha… begini.

pelupa ketika hamil

Ibu mengandung yang selalu lupa boleh mengatasi masalah ini dengan 2 cara mudah. Kredit: Mother How

Masalah pelupa ketika hamil boleh diatasi dengan 2 cara mudah ini:

Seorang spy untuk Former British Secret Service M16 bernama Ejen Warren Reed telah mendedahkan 2 trik mudah untuk mengingati maklumat tanpa menulis ia sebagai nota.

Trik ini dipelajari beliau sebagai satu latihan ketika menjalankan tugas sebagai seorang spy. Trik ini digelar sebagai “rumah saya“. Ia merupakan teknik mengingati gambar.

Menurut Reed, apa yang ibu hamil perlu adalah membayangkan 2 perkara ini dalam minda mereka:

  1. Bayangkan sebuah rumah (known)
  2. Bayangkan maklumat tentang benda yang perlu diingati dalam bentuk imej (unknown).

Mari kita mulakan latihan kita. Pertama sekali, bayangkan sebuah rumah, seperti rumah di mana anda membesar. Tak kisahlah ia rumah kampung, flat atau banglo besar. 

pelupa ketika hamil

Kredit: Freestockphotos.biz

Yang penting di sini adalah anda tahu tentang selok-belok rumah tersebut. Sekarang, selepas anda membayangkan rumah itu, cuba bayangkan laluan mana yang selalu anda ambil ketika berjalan dalam rumah tersebut.

Contohnya mula dari pintu depan. Kemudian anda akan berjalan di ruang tamu. Dapur, bilik mandi dan bilik tidur berada di sebelah kiri anda. Jalan pusing-pusing dalam rumah kemudian kembali ke pintu depan. 

Ketika berjalan di sekeliling rumah itu, lihat semua benda-benda kecil seperti rak, meja atau kerusi yang ada dalam rumah. Simpan imej tersebut dalam minda anda.

pelupa ketika hamil

Kredit: All Women’s Talk

Sekarang masa untuk membayangkan benda nombor 2 iaitu maklumat yang perlu diingati.

Apakah benda yang perlu anda ingat itu? Adakah ia dalam bentuk nombor? Atau ia satu tugasan yang anda perlu buat? Cuba ingat maklumat tersebut dan bentuk ia menjadi satu benda.

Contohnya anda kena ingat nombor plat kereta. Cuba bentuk imej kereta dengan nombor plat tersebut. 

Bentuk imej dalam gaya penuh grafik dan kreatif. Ini untuk memudahkan anda mengingatinya. Okay sekarang anda kena letak imej yang dibentuk tadi dalam “rumah anda” (rumah dalam minda anda tadi).

Wanita boleh atasi masalah cepat lupa ketika hamil dengan 2 trik mudah ini

Cuba letak ia di rak yang ada di ruang tamu rumah anda. Selepas anda meletak ia dalam rumah, cuba kembali ke pintu depan. Sekarang masuk dari pintu depan dan jalan melalui laluan yang anda selalu jalan itu.

Anda pasti akan nampak ada imej kereta dengan nombor plat di rak ruang tamu anda. Taraa! Anda akan ingat maklumat itu kelak. 

Faham, kan?

Trik atasi masalah pelupa ketika hamil

Dengan meletakkan sesuatu maklumat yang anda perlu ingat ke dalam imej/laluan yang paling anda faham selok-beloknya, ia akan membuatkan anda menukar elemen unknown kepada known.

Jadi, anda akan ingat dan simpan kemas maklumat tersebut dalam memori anda. Apabila anda memerlukannya, cuba ulang 2 trik tadi dan cari informasi yang anda perlukan.

Macam mana? Senang saja, kan? Apa kata anda cuba perlahan-lahan. Selamat mencuba ibu hamil semua!

 

 

Sumber rujukan: The Independent

Kredit gambar: bellybelly.com.au

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comtips-untuk-pelupa-hilang-fokus/

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!