Remaja Bawah Umur Dipaksa Layan 10 Pelanggan Sehari, Kes Pemerdagangan Orang Ini Mulai Terungkai!

undefined

Kes pelacuran kanak-kanak bawah umur terjadi melibatkan kanak-kanak berusia 14 tahun!

Kes pemerdagangan orang yang berlaku di Indonesia ini terbongkar apabila terungkainya kes pelacuran remaja bawah umur di daerah Trenggalek, Jawa Timur.

Kes tersebut diketahui setelah pihak polis daerah Tulungagung berjaya menangkap seorang nelayan yang didapati sedang menyewa seorang pelacur yang masih berusia di bawah umur!

Kes Pemerdagangan Orang Mula Terungkai

Nelayan tersebut, Suwaji, ingin mendapatkan khidmat seks dari seorang gadis yang baru berusia 14 tahun di sebuah kafe yang terletak di Pantai Prigi, Trenggalek, Jawa Timur, namun dia tertangkap bersama pemilik kafe berkenaan yang merupakan seorang wanita.

“Suwaji mengatakan ini adalah kali kedua dia menyewa layanan seks dari pelayan kafe,” kata Adj. Comr. Septiadi., Ketua Unit Jenayah Polis Tulungagung.

Wanita berusia 35 tahun tersebut juga ditangkap atas tuduhan pemerdagangan manusia. Penangkapan kedua-dua suspek membuktikan yang kes pelacuran remaja bawah umur masih berlaku di daerah tersebut.

Remaja Bawah Umur Dipaksa Melacur Untuk 10 Lelaki Sehari

pelacuran kanak-kanak

Perkara ini mula terungkai apabila salah seorang pekerja membuat satu status di akaun Facebooknya tentang kerja kosong di kafe tempat dia bekerja. Hasil dari periklanan tersebut, pihak kafe telah menggaji 2 orang gadis yang bernama APM (16 tahun) dan WA (15 tahun).

Walau bagaimanapun, polis terlebih dahulu berjaya memberkas mereka berdua sebelum memulakan kerja sebagai pelayan di kafe tersebut. Kedua-duanya ditangkap ketika dalam perjalanan ke Pantai Prigi bersama pengurus kafe yang berusia 30 tahun.

Jurucakap polis Tulungangung, Brigadir Endro Purnomo berkata, terdapat seorang gadis berusia 14 tahun terlah bekerja di kafe berkenaan selama 3 bulan. Menurut laporan, gadis itu dipaksa melayan nafsu serakah para pengunjung sehingga 10 orang sehari!

Gadis tersebut dikatakan menjadi sangat penat dan mula mengeluh kepada pengurus kafe, dan dia diminta untuk mencari rakan-rakan untuk membantu di kafe. Gadis itu dibayar upah Rp200.000 (RM58.93) dari setiap pelanggan, tapi dia harus memberikan Rp 50.000 (RM14.73) kepada pemilik kafe.

Penangkapan pengurus kafe tersebut telah membebaskan ketiga-tiga remaja yang kini di bawah pengawasan Dinas Sosial Tulungagung.

Pengambilan Pelacur Remaja Dilakukan Menerusi Media Sosialpemerdagangan maanusia

Berdasarkan maklumat yang diperolehi dari laman web Suara.com, Komisi Perlindungan Anak Indonesia (KPAI) menyatakan yang mangsa kes pelacuran telah direkrut melalui media sosial sahaja. Malahan pada awal 2019 sahaja sudah ada 8 kes besar di bawah pantauan KPAI.

“Dari 8 kes tersebut, sebanyak 80% rekrutmen adalah melalui online,” ujar Komisioner Bidang Trafficking dan Eksploitasi Anak KPAI, Ai Maryati Solihah.

Ai menambah, proses rekrutmen melalui media sosial berbeza dengan cara biasa. Melalui media sosial, pengguna dapat berinteraksi pada bila-bila masa dan di mana sahaja, berlainan dengan cara konvensional yang memerlukan banyak kos.

Pelacuran secara atas talian sangat sering terjadi di kebanyakkan daerah di Indonesia. Ibu bapa  dan keluarga disarankan memberikan pengawasan yang ketat pada anak-anak.

Ibu ayah, lindungi anak-anak dengan baik agar tidak terjerumus ke kancah pelacuran dan kes pemerdagangan orang. Semoga dijauhkan.

****

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Remaja Bawah Umur Dipaksa Layan 10 Pelanggan Sehari, Kes Pemerdagangan Orang Ini Mulai Terungkai!

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Finna Prima Handayani dan mendapat keizinan theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.

Baca juga:

https://my.theasianparent.compelacuran-di-malaysia

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!